Tuesday, February 23, 2010

Inilah tarbiyah terhebat!

Permulaan kalam,bismillah.

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." - Al-baqarah,286.

Memegang jawatan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini adalah tugasan yang amat sukar. Menjadi lumrah bagi kita yang bernama hamba untuk selalu menerima ujian dan dugaan dariNya. Tanpa kita sedari,hidup ini dipenuhi ujian setiap hari. Kadang2 kita diuji dengan perkara yang remeh. Ketiadaan bas untuk ke kampus. Ujian. Cafe berpindah ke Pk. Ujian. Dan pelbagai lagi ujian yang menimpa kita setiap hari. Dan hari ini saya di uji dengan ujian yang 'comel'. Menunggu bas untuk bergerak dari jam 8 malam,dan akhirnya penantian saya berakhir dengan pergerakan bas dari kampus pada pukul 9.20! Syaitan mula menyucuk dan membisikkan kata2 yang membangkitkan kemarahan saya. Istighfar. Saya hampir tewas dengan ujian yang 'comel' tadi.

Saya mula terfikir,sekiranya ujian yang kecil saya gagal untuk menghadapinya,bagaimanakah dengan ujian2 yang hebat dugaannya?

***************************

Kembali kepada realiti kehidupan,kadang2 apabila ditimpa ujian,keyakinan kepadaNya Yang Satu mula goyah. Keimanan mula rapuh. Jiwa mula mula memberontak.

"mengapa aku diuji? sdangkan aku telah berusaha menjadi hambaMu yang taat.mengapa?mengapa?" persoalan demi persoalan kita lontarkan dalam diam. Kita sering berasa,sekiranya kita telah berusaha untuk menjadi hambaNya yang taat, kita tidak pantas untuk menerima ujian dari Dia yang berkuasa ke atas diri kita, kita tidak pantas untuk menerima ujian dari Dia yang memegang hati2 dan jiwa2 hamba2Nya. Siapakah kita untuk berasa sedemikian?
Kita mengaku bahawa kita beriman,tetapi apabila diuji,pegangan kita mulai goyah.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan:'kami telah beriman',sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang terdahulu sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang berdusta" -Al-ankabut,2-3.

Hakikatnya,kita terlupa bahawa Allah mendidik kita melalui ujian2 yang diberikan kepada kita. Ujian adalah tanda Allah mengingati kita,dan Dia sentiasa menginginkan hambaNya merintih dan merayu kepadaNya. Adakah kita lupa bahawa ujian adalah tarbiyah terhebat? Ujian juga adalah sebagai kayu ukur keimanan kita.

Ujian mengajar kita bersabar.
Ujian mendidik kita bertolak ansur.
Ujian memupuk sifat2 mahmudah dalam diri kita.
Dan yang penting,ujianlah yang semakin mendekatkan kita kepada Allah.
Lumrahnya,sudah terhantuk baru nak terngadah.
Sudah tersungkur,barulah kita akan berhati2 dalam setiap langkah kita.
Begitu juga dengan ujian. Sudah diuji barulah kita akan kembali kepada Pencipta Yang memahami hakikat hamba2Nya yang sebenarnya. Inilah kemanisan ujian yang bernama tarbiyah.

Tanpa kita sedari,Allah telah memujuk hamba2Nya yang ditimpa ujian melalui mu'jizat yang diwahyukan kepada baginda Rasul S.A.W.
Firman Allah,mafhumnya:
"janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang2 beriman" - Ali 'imran,139.

*****************************

Adakah kita lupa, kekasih yang amat kita cintai ditarbiyah melalui ujian yang pelbagai? Kematian bapa semasa baginda di dalam kandungan. Kehilangan bonda ketika berusia 6 tahun. Pemergian bapa saudara yang sentiasa melindungi baginda dan juga gerak kerja da'wahnya. Kehilangan isteri yang amat baginda sayangi,isteri yang beriman kepada baginda ketika mana semua orang mendustakan baginda,isteri yang sanggup membelanjakan seluruh harta demi membantu gerak kerja da'wah baginda,isteri yang menenangkan baginda ketika baginda menerima wahyu buat pertama kalinya. Betapa hebat ujian yang baginda tempuhi sehinggakan tahun kematian kedua2 insan yang baginda sayangi ini digelar sebagai 'tahun kesedihan'.

Maka,berasa malulah kita,sekiranya ujian yang tidak seberapa ini tidak mampu untuk kita hadapinya. Ujian ini tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan ujian yang ditempuhi baginda rasul.
Bersabarlah duhai hati.
Bertahanlah wahai diri.


*******************************

Begitu Penyayang Allah,begitu Pengasih Allah. Dia menghantar ujian kepada kita sebagai tanda kasihNya kepada kita. Dia menghantar ujian kepada kita agar kita sentiasa mengingatiNya. Dalam keadaan senang mahupun susah. Maka, hargailah tarbiyah ini wahai sahabat2ku sekalian, kerana sesungguhnya ujian merupakan tarbiyah yang terhebat!

*peringatan untuk diri,berfikir dan terus berfikir*

Friday, February 19, 2010

Soleh vs Musleh

Cuti mid-sem semakin menghampiri ke penghujungnya. Cuti kali ini terasa begitu pantas berlalu. Saya hanya sempat menghabiskan masa bersama adik-beradik dalam tempoh lebih kurang 3 hari. Ternyata misi yang telah dirancang, tidak dpt dilaksanakan. Semalam (19 Feb) merupakan ulangtahun saya yg ke 20. Sehari sebelumnya, merupakan ulngtahun abg saya yg ke 23. Sedar atau tidak, kami adik beradik telah meningkat dewasa. Saya sendiri merasa tidak percaya umur saya telah berubah drpd 'teen' kpd 'ty'.Jikalau dahulu, saya ternanti2 kedatgn hari ulangtahun saya,mungkin kerana ingin dirai oleh rakan2,namun pada tahun ini, perasaan itu berubah sama sekali. Tiada lagi keterujaan saya. Yang ada hanyalah kerisauan saya yang amat sangat.

"Apakah kamu mengira bahawa KAMI menciptakan kamu secara main2, dan sesungguhnya, kamu tidak akan dikembalikan kpd KAMI?"-Surah Al-mu'minun,115.

Ayat cinta dari ALLAH telah membuatkan saya tersentak. Fikir.

"Dan tidaklah AKU menciptakan jin dan manusia melainkan untuk meraka menyembahKU. AKU tidak menghendaki rezeqi sedikitpun dari mereka,dan AKU tidak menghendaki supaya mereka memberi AKU makan."-surah Al-Zariyat,56-57.

Berfikir.

"Katakanlah sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku semata2 untuk ALLAH,tuhan semesta alam."surah al-An'am,162.

Berfikir lagi.
Sedih. Sedih dengan kealpaan saya.

Ulangtahun kali ini, saya sambut dengan memikirkan pelbagai perkara. Sudah 20 tahun saya hidup di atas dunia ini. Segala ni'mat yang saya terima yang kadangkalanya,saya mensyukurinya dan adakala saya lupa untuk berterima kasih kepada Sang pencipta yang Agung tidak terhitung banyaknya. Saya jadi malu. Jikalau Zaid bin harithah menjadi panglima perang ketika berusia 18 tahun,saya? Saya termanggu sendiri. Kejayaan Sultan Muhammad Al-fateh menawan kota Constantinople ketika berusia 21 tahun membuatkan saya bertambah malu. Jikalau saya hidup di zaman mereka berdua, nescaya sayalah orang yang paling 'lekeh' di kalangan mereka.

Mengapakah Allah menciptakan aku? Sekadar untuk beribadah kepadaNYA? Selama 20 tahun saya hidup, saya terlupa bahawa ALLAH yang Maha sempurna tidak menciptakan segala sesuatu dengan sia2. Mustahil DIA menciptakan hambaNya sekadar main2. Saya termanggu lagi. Peluang yg saya dpt ketika menghabiskan masa bersama sahabt2 seperjuangan sebelum pulang ke kampung minggu lepas, amat saya hargai. Di situla saya mula menilai nilai yg terdapat pada diri saya. Dan ternyata nilaian yang terdpt pada diri saya amat rendah. Dan saya berasa amat malu dgn sahabat2 saya yang saya kira hebat dari pelbagai segi. Saya mula membandingkan diri saya dan mereka.

Mereka. Hebat dari segi kepimpinan.
Saya. Masih kekosongan.
Mereka. Hebat dari segi dakwahnya.
Saya. Ilmu pun cetek,boleh di kira.
Mereka. Istiqamah dengan pegangan.
Saya. Masih terumbang ambing di atas 'jalan'.

Saya mula menyedari. Kehidupan ini bukan untuk kita seorang. Kehidupan ini untuk dikongsi bersama. Kehidupan di dunia hanya sementara. Akhirat jua yang kita cari. Kehidupan di akhirat lebih utama. Saya berharap, di 'sana' nanti, saya dapat bersama2 dengan meraka yang saya sayangi. Bukankah kita ingin bercinta sampai ke syurga? Cinta kita kepada ibu dan bapa harapnya berkekalan sampai ke syurga. Cinta kepada sahabat harapnya begitu juga. Dan misi saya kali ini, selepas menginjak ke umor 20 ialah, ingin menjadi 'solehah' dan juga 'muslihah'.

Solehah= mengislahkan diri sendiri.
Muslihah= mengislahkan keluarga, masyarakat dan sebagainya. Saya tahu, peranan muslihah ini amat berat. Dan saya bukanlah orang yg terbaik untuk melakukannya. Tetapi, saya ingin menyahut seruan Allah di dalam surah Al-asr, 'maka berpesan2lah kamu dgn kebenaran, dan berpesan2lah kamu dgn kesabaran'
Saya akan mencuba. Hati saya pernah terdetik, lantaran memujuk diri yang merasakan tidak layak untuk tugasan ini. 'Jikalau bukan aku, siapa lagi?' Ya. Siapa lagi. Saya membayangkan, jikalau semua orang yg ada memikirkan tidak layak untuk memuslihkan masyarakat sekeliling,maka saya rasa,sesuatu masyarakat itu tidak akan berubah untuk selamanya. Seorang sahabt mengatakan kepada saya, pengislahan diri dan pengisalahan keluarga, masyarakt sekeliling adalah berjalan secara seiring. Dalam mengislahkan diri, kita harus mencuba unutuk mengislahkan masyarakat sekeliling. Keluarga terutamanya.

Saya cuma mengharapkan sokongan dari sahabat2. Saya takut, di 'sana' nanti,pabila saya di tanya, apakah sumbangan saya terhadap Islam,saya tidak mampu untuk menjawabnya. Na'uzubillah. Kepada sahabat2, saya mohon doa kalian untuk saya terus tetap dan tsabat atas 'jalan' ini. Saya tahu, 'jalan' yang bakal saya tempuhi ini pahit, kerana syurga Allah itu manis. Doakan saya terus istiqamah di dalam kebaikan.

*berfikir dan terus berfikir*