Thursday, October 28, 2010

sitrun minannar~

Firman Allah Taala:


'Dan Kami perintahkan kepada manusia untuk berbuat baik kepada orang tuanya yang telah mengandungnya dengan susah payah'. [surah luqman: 14].

Firman Allah lagi:


'Dan sembahlah Allah, dan jangan sekutukan Dia dengan sesuatu apa pun, dan berbuat baiklah kepada ibu bapa'. [surah an-nisaa: 36]


Firman Allah juga:


Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kau berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik baiknya. Jika salah seorang di antara kedua-duanya berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah kamu sekali-kali mengatakan kepada  keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkan kepada mereka ucapan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah “wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua telah, mendidikku sewaktu masih kecil.” [surah al-israa:23-23]


nama: ainsolehah.
status: seorang anak kepada kedua ibu bapa.
mood: rindukan mereka
harapan: moga aku bisa menjadi pendinding bagi mereka dari api neraka


nota kaki untuk diri: 'jikalau insan lain menghadiahkan kemewahan kepada mereka, aku hanya ingin menghadiahkan mereka dengan ingin menjadi pendinding bagi mereka dari api neraka'.
moga doaku menjadi harta buat mereka di sana...


********************************


Wednesday, October 13, 2010

.:Bahagia:.

Perbualan saya dan rakan2 bersama seorang ustaz.

' Bahagia ini, sebenarnya terletak kepada seseorang individu untuk mendefinasikannya'
''Terletak pada hati sebenarnya'
'Kita bisa merasa bahagia walaupun hanya menaiki bas ke kampus'
'Kita bisa merasa bahagia walaupun jadual pembelajaran sehari2an, tersangat padat.'

Dan saya pun terfikir.
Benar, dengan menaiki bas bertolak2an, dan berhimpit2an mampu mendatangkan bahagia. 
Bayangkan, adakah kita berpeluang untuk berebut dan bertolakan untuk menaiki bas dan berperangai seperti keanak-anakan di 'bus stop' yang lain selain dari USIM?
Tentu malu bukan?
Oleh itu, mari kita menikmatinya di sini..:)
[saya berasa sungguh positif mendengar bicara ustaz tersebut]
P/s: Niat saya bukan hendak menggalakkan kalian bertolak2an ketika menaiki bas, ya! :)


*sekadar gambar hiasan*

Bismillah dan segala puji bagi Allah.
Maqalah dan gambar diatas adalah sekadar iklan untuk berehat sebentar :)

Sekadar ingin berkongsi kata2 yang bermain di minda saya hari ini:

1- 'Yang paling pandai bersyukur kepada Allah adalah orang yang paling pandai bersyukur (berterima kasih) kepada sesama manusia.[ hadis riwayat at-tabrani]

2- 'Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan  antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia. Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan  kecuali  kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.'
[Surah Fussilat, 34-35]

3- Sofyan bin Dinar mengatakan kepada Abu Basyir-salah seorang sahabat Ali bin Abi Talib r.a: "Beritakan kepadaku tentang amal-amal perbuatan umat sebelum kita?”
Dia menjawab: " mereka sedikit berbuat, tetapi banyak mendapatkan pahala."
Sofyan bertanya: " apa sebabnya?"
Dia berkata: "dengan sebab kelapangan dada mereka."
(dikeluarkan riwayat oleh Hannad bab: az-Zuhd [2/600])

************************************************

Berlapang dada mampu menghilangkan duka cita.
Berlapang dada mampu mendatangkan bahagia.
Berlapang dada = serendah2 tingkatan ukhuwah.

P/s: sedang cuba mendidik diri untuk sentiasa berlapang dada dan bersangka baik.








Friday, October 8, 2010

Wanita~

Bismillah dan segala puji bagi Allah.



~wanita solehah~

Kali ini, saya teringatkan kata-kata Profesor 'Adel di dalam kuliah sirah beliau. Kuliah yang amat menarik perhatian dan minat saya.

' Yang pertama beriman kepada Rasulullah adalah wanita, iaitu Siti Khadijah'.
' Yang pertama syahid di dalam islam adalah wanita, iaitu Sumayyah, bonda Ammar bin Yasir'.
' Rasulullah menghembuskan nafas baginda yang terakhir adalah di pangkuan wanita, iaitu Aisyah'.
' Antara yang menjaga kerahsian Baginda Rasul semasa hijrah adalah wanita, iaitu Asma' binti Abu Bakar'.

Subhanallah..
Sungguh banyak keterlibatan wanita di dalam menyebarkan da'wah Rasul..

Dan, jika kita mengenangkan kembali pada awal sebelum tersebarnya agama Islam, betapa martabat wanita di injak dan dipijak. Wanita di jadikan bahan dagangan. Boleh ditukar ganti sesuka hati. Anak perempuan di katakan membawa sial. Dibunuh ketika masih bernyawa.

Sungguh datangnya Islam, membawa sinar. Maruah wanita di angkat. Menjadikan wanita di tempat yang mulia. Perintah menutup aurat, sungguh, sungguh, dan sungguh melindungi seseorang muslimah.

Perang Bani Qainuqa' menjadi bukti betapa maruah wanita itu sangat berharga.
Perang yang terjadi di sebabkan oleh orang yahudi yang memaksa seorang wanita untuk membuka hijabnya (purdahnya). Tambahan pula, dengan beraninya yahudi tersebut bertindak  menyingkap pakaian wanita tersebut sehingga terbuka auratnya. Lalu berteriak wanita itu, dan bangkitlah sang mujahid mampir ke arah yahudi terbabit dan membunuhnya! Tanpa kompromi! Dan akhirnya mujahid tersebut mati dibunuh oleh orang yahudi. Akhirnya, Rasulullah mengusir Bani Qainuqa' keluar daripada Madinah.

Subhanallah. 
Pengusiran yang dilakukan hanya kerana seorang wanita. Sungguh tinggi maruah wanita telah di angkat pada waktu itu..

Namun..
Itu semua cerita dahulu..
[Sekarang, bagaimana muslimahnya?]

*****************************


Anak: Mak, panaslah nak kena pakai tudung ni.
Mak  : [Sambil tersenyum]. Biar panas di dunia sayang, jangan panas di akhirat. [Dahi sang anak dikucup.]
Anak: Allah marah ke kalau tak tutup aurat?
Mak  :Mestilah. Allah sayang hambaNya yang menutup aurat ni.
Anak: Kalau macam tu, adik nak pakai tudunglah supaya nanti Allah sayang. [Senyum].
Mak  :Pandai... anak mak.

~iklan sebentar~

*****************************
Menutup aurat adalah untuk menjaga seseorang wanita tersebut.
Bukan untuk mengongkong seseorang wanita.

Maka, sahabat-sahabat, adik-adik perempuan, kakak-kakak, ayuh! Ayuh koreksi diri.
Semoga kita menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa.
Moga-moga kita diredhai Allah hendaknya. 
Ameen~

P/s: lagu ini ditujukan khas untuk para wanita terutamanya diri saya sendiri dan sahabat juga mereka yang bernama wanita~