Friday, January 14, 2011

Ayuh! Mulakan sekarang.

Bismillah thumma Alhamdulillah.         


           Dalam perjalanan pulang daripada menghantar sahabat ke KTM nilai, terlintas di hati untuk singgah melakukan solat jemaah di rumah Allah. Kangan barangkali. Sudah lama tidak berjemaah di masjid. Ternyata zuq nya berbeza dibandingkan solat berjemaah di rumah.
Ketenangan yang berbeza.
Ketenangan yang dirasa.


Takbir diangkat. Imam dihadapan menjadi ikutan.
Dan salam yang terakhir akhirnya diberi.
Sengaja mengubah posisi ke bahagian yang paling belakang.
Baru tersedar akan kewujudan para ibu bersama anak-anak yang masih kecil.


Ada yang berlari ke hulu dan ke hilir.
Ada yang memakai telekung. Besar. Melurut sehingga ke leher. Namun, si kecil kelihatan gembira.
Dan ada yang terbaring.
Tidak kurang juga yang mengikuti pergerakan ibu yang menunaikan solat. Pergerakan yang tidak sempurna, namun cukuplah untuk mengajar si kecil untuk mengenal Pencipta.
Turut kelihatan seorang ibu yang mengusap muka anaknya apabila selesai bacaan doa yang dialunkan oleh Imam. Mengameenkan doa imam barangkali.
Senyuman terukir di bibir saya.


Rasulullah s.a.w pernah bersabda , yang bermaksud : “Seorang anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah dan ibu bapanyalah yang mencorakkan sama ada ia menjadi seorang Yahudi , Nasrani , atau Majusi" 



Dan saya mula menimbang-nimbangkan perkara ini.
Tarbiyah!!
Ya! Mungkin ini caranya para ibu mentarbiyah anak-anak yang masih kecil.
Diberi pakai telekung yang besar. Di baringkan anak-anak berdekatan mereka, supaya melihat pergerakan solat.
Dan ini semua dinamakan tarbiyah. Walaupun secara tidak langsung.
Sungguh, saya berasa teruja dengan keadaan ini.


Teringat kisah bapa kepada Imam Abu Hanifah. Pabila ditanya kepadanya, bagaimanakah beliau mendidik anaknya sehingga menjadi begitu hebat. Jawapan yang di berikan sungguh menghairankan.
"Aku mendidik anakku, 40 tahun sebelum dia dilahirkan".
Jawapan yang diberikan oleh seseorang yang berjiwa besar. Tersirat maksudnya.
Sudah pasti, jika ingin melahirkan zuriat yang berkualiti, ibu bapa seharusnya menjadi yang berkualiti terlebih dahulu.
Semua itu bermula dari pembentukan diri mengikut ajaran Islam.
Ya! Memang kelihatan sukar. Namun, perkara yang sukar itulah, dipenghujungnya akan disajikan dengan seribu kemanisan. 
Dan pentarbiyahan itu bermula sekarang. 
Kerana matlamat kita adalah ingin membina masyarakat muslim yang akan membentuk kerajaan muslim. Masyarakat yang muslim pula lahir daripada keluarga-keluarga yang mengamalkan kefahaman Islam seperti yang dibawa oleh junjungan besar, Muhammad S.A.W. Dan seharusnya ianya bermula daripada individu muslim.




*Peringkat-peringkat pembinaan.*


P/s: Tahun ini, usia bakal meningkat. Angka 0 bakal digantikan dengan angka 1.
Teringat Sultan Muhammad Al Fateh. Pada usia 21 telah membebaskan constantinople dari penjajahan kuffar.
Sedangkan aku?
* Masih mencuba membebaskan diri daripada penjajahan jahiliyyah dalam diri* -kerdilnya aku-*






















Tuesday, January 4, 2011

Jom berehat.

[Berehat sebentar bersama Kit Kat]- iklan TV

*Jom tukar iklan!*



Berehat sebentar bersama.....


Solat!


'Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan rukuklah beserta orang-orang yang rukuk' {Al-Baqarah: 43}


.:: Diantara azam saya juga untuk menjadi kan solat sebagai rehat, sebelum saya mampu mendapat rehat di tempat istirehat di akhirat::.


Dan saya tahu, setiap azam pastikan di uji.
Ujian itu tingkatan iman. Jika mampu mengharunginya.
Dan manusia itu tidak diuji melainkan dengan kesanggupannya.


'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.' {Al- Baqarah: 286}


P/s: Moga langkah kita sentiasa dituntun Allah.


'Wahai tuhan kami, curahkanlah ke dalam hati kami kesabaran, tetapkanlah tapak kaki kami, dan menangkan kami keatas golongan kafir' {al Baqarah:250}



Sunday, January 2, 2011

Ghuraba'

Bismillah thumma Alhamdulillah.


Teringat ketika saya berada di bumi tarbiyah, Maktab Mahmud Yan dahulu. Sekolah kami menyertai pertandingan nasyid. Dan lagu yang sekolah kami bawakan adalah lagu arab yang bertajuk 'Ghuraba'. Dahulu, saya meminati lagu tersebut kerana rentaknya yang mendayu. Dan semakin saya meniti usia remaja dan dewasa, saya kian mengerti maksud yang tersirat di sebalik lagu tersebut.


Sabda junjungn mulia yang dicintai:



'Islam datang dalam keadaan asing. Dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana kedatangannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.'

"Datang dalam asing."
"Kembali dalam asing."

Tidak hairanlah, pada zaman ini, mereka yang mengamalkan agama Islam dikatakan jumud dan aneh. Hadith nabi telah membenarkannya. 
Tidak peliklah, wanita yang menutup aurat secara sempurna di katakan kuno, berbanding wanita yang terdedah auratnya.

'maka beruntunglah orang-orang yang asing itu'
'maka beruntunglah orang-orang yang asing itu'




p/s: sila 'pause' kan MP3 saya di sebelah untuk mendengar lagu ini. :)

Lirik lagu Ghuraba'.

غرباء غرباء غرباء غرباء
غرباء غرباء غرباء غرباء

غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
Ghuraba’ do not bow the foreheads to anyone besides Allah

غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
Ghuraba’ have chosen this to be the motto of life

إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
If you ask about us, then we do not care about the tyrants


نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
We are the regular soldiers of Allah, our path is a reserved path


لن نبال للقيود بل سنمضى للخلود
We never care about the chains, rather we’ll continue forever


لن نبال للقيود بل سنمضى للخلود
We never care about the chains, rather we’ll continue forever


فلنجاهد ونناضل ونقاتل من جديد
So let us make Jihad, and battle, and fight from the start

غرباء ... هكذا الأحرار في دنيا العبيد
Ghuraba’ this is how they are free in the enslaved world


فلنجاهد ونناضل ونقاتل من جديد
So let us make Jihad, and battle, and fight from the start

غرباء ... هكذا الأحرار في دنيا العبيد
Ghuraba’ this is how they are free in the enslaved world

كم تذاكرنا زمانا نحن يوم كنّا سعداء
How many times when we remembered a time when we were happy

بكتاب الله نتلوه صباحا و مساءا
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening

كم تذاكرنا زمانا نحن يوم كنّا سعداء
How many times when we remembered a time when we were happy


بكتاب الله نتلوه صباحا و مساءا
In the book of Allah, we recite in the morning and the evening


*********Ghuraba'*********

P/s: Selamat menjadi Ghuraba' wahai sahabat-sahabat dan para daie sekalian.
Selamat tsabat.







Saturday, January 1, 2011

Detik yang semakin hampir

Bismillah thumma alhamdulillah.






1 Januari 2011 bersamaan, 26 Muharram 1432 H.
Selamat Menyambut Tahun Baru Masihi. Dan tidak terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Hijrah. Masih sempat kiranya untuk kita sama-sama perbaharui niat dan azam kita untuk kedua-dua tahun baru ini.


Dan benarlah, semakin meningkat usia, semakin dekat kita kepada kematian. Selama ini, kita sering mendengar dan berbicara dengan mereka yang masih bernyawa. Pernah kah kita mendengar kata-kata orang yang telah tiada? Mereka yang telah mati?


'Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu):


"Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu) maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik sesungguhnya kami sekarang telah yakin". [As-sajdah: 12]


Ini adalah kata-kata dan bicara mereka yang menyesal di atas perbuatan mereka di atas dunia. Dan, nauzubillah. Moga kita semua tidak tergolong dalam golongan ini. 


Kita sering mendengar soal jawab diantara pelajar dan pensyarah, mahupun soal jawab antara ahli panel forum dan penonton. Jarang sekali kita mendengar soal jawab antara penjaga neraka dan ahlinya.


[Al-mulk: 7-9]


(7) Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya (neraka), mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.
(8)  Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: “Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?”
(9)  Mereka menjawab: “Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar!”


Mari sama-sama menghayati kalam Allah yang merupakan peringatan kepada kita:


'Dan (ingatlah bahawa) kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat).' [Al-ankabut: 64].


Dan saya akui, dalam melewati usia sebagai seorang hamba Allah, kadang-kadang saya terlupa akan hakikat ini. Terpesona dengan dunia yang sementara. Sungguh, saya terlalu leka dan alpa.


* Ya Allah, ampunilah kami. Tuntunilah kami*

Buat kaum keluarga dan sahabat-sahabat. mari bersama meletakkan azam yang baru pada tahun baru ini. Pasakkan azam untuk menjadi hambaNya yang lebih bertaqwa.

Karena, pada saat ini, sungguh, saya berasa gusar andai hayat saya berakhir pada ketika ini. Kerana, saya gusar untuk membawa bekalan apa untuk dipersembahkan di hadapan Allah. Sedangkan, ramai lagi hamba-hambaNya yang lagi mulia di sisiNya jika hendak dibandingkan dengan diri saya. Gusar. Gusar. Gusar andai saya tiada nilai di hadapanNya. Nauzubillah.

"Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa, dan bertakwalah kepadaKu( Allah) hai orang-orang yang berakal."

"Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa, dan bertakwalah kepadaKu( Allah) hai orang-orang yang berakal."

"Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa, dan bertakwalah kepadaKu( Allah) hai orang-orang yang berakal." {Al-Baqarah: 197}


* Dan detik itu semakin hampir*