Sunday, April 10, 2011

Di atas itu

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim.

Dan segala puji hanya kepada Allah.

      Gunung itu kami daki perlahan-lahan. Sungguh, penat dan lelah yang kami rasai. Timbul persoalan di hati saya, siapakah yang telah mencadangkan supaya mendaki gunung sebagai aktivi terakhir kami bagi semester ini. Kaki tetap melangkah walau hati sebenarnya merungut!

      Di dalam perjalanan mendaki gunung, teringat saya akan firman Allah di dalam Surah Al-Hasyr : 21. 

'Kalau sekiranya Kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung, niscaya akan engkau lihatlah gunung itu tunduk terpecah-belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami perbuat untuk manusia supaya mereka berfikir'.

     Ibn Kathir di dalam tafsirnya menerangkan, sekiranya gunung-gunung yang kukuh itu mempunyai akal fikiran, nescaya ia akan berasa takut dan khusyu' kepada Allah. Kerana, di dalam Al Quran itu sendiri terdapat peringatan dan ancaman bagi mereka yang ingkar kepadaNya. Jadi, seharusnya bagi manusia yang mempunyai akal fikiran untuk merasa takut, gerun, khusyu' dan tawaddu' kepadaNya. 

Gambar dari puncak gunung.

'Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan semua ini dengan sia-sia. 
Mahasuci Engkau,, maka peliharalah kami dari siksa neraka.'

Subhanallah!

Sungguh, tuhanku adalah Allah yang Maha Besar, Maha Hebat!

     Dan segala puji hanya bagi Allah. Sayu hati ini rasakan apabila berada di atas puncak gunung. Di atas itu, melihat ciptaanNya, terasa kerdil dan hina diri. Terus terlintas, andai nyawa ini diambil saat itu, adakah tempat bagi ku di sisiNya. *Astaghfirullah*

     Dan segala puji hanya bagi Allah.

Moga hati ini sentiasa tawaddu' kepadaNya. 

[Ya Allah, jika hati ini tidak mampu untuk membuatkan aku patuh, taat dan dekat padaMu, kurniakanlah aku hati yang baru.].

~Cacatan perjalanan mendaki Gunung Datuk, 10.4.2011~
segala puji hanya bagi Allah.




Saturday, April 9, 2011

Ulangtahun yang bermakna!

Dan segala puji hanya bagi Allah.


     Emak saya sering berkata. Tinggalkanlah perkara yang haram dan juga syubhah. InshaAllah, kita akan dipermudahkan dalam melakukan kebaikan.


     Dan saya melihatnya sendiri melalui pengalaman ayah saya. Ketika mana dia berjuang meninggalkan rokok yang telah sebati di dalam hidupnya. Rokok yang menjadi peneman selama 30 tahun.


     Ayah meninggalkan rokok, dan Allah meringankan dirinya untuk sering melakukan jemaah di surau dan masjid bagi bagi kebanyakan waktu solat, terutama Maghrib, Isya' dan Subuh.


'Dan nikmat tuhanmu yang manakah yang telah engkau dustakan?'


*Silalah klik link di bawah. :)
    http://ilmu-itu-cahaya.blogspot.com/2010_04_01_archive.html
    (post terdahulu)

9 hb 4 2010.
Tarikh keramat buat ayahanda saya. Malah diri saya juga.


9 hb 4 2011.
Genap setahun penghijrahan itu. Dan semakin bertambah sayang saya kepada ayahanda saya. 


Moga Allah menetapkan hati kita semua di atas jalan ketaatan dan keredhaan kepadaNya.


    
 Sungguh, untuk setiap kasih dan sayang yang telah diberi oleh kedua ibu bapa saya, saya tidak mampu untuk membalasnya. Moga Allah mengira setiap perbuatan mereka sebagai butir-butir dan buah-buah pahala yang bakal dikutip hasilnya di sana kelak.


P/s: Hari ini, ulangtahun yang pertama buat ayah saya dalam penghijrahannya. Moga Allah merahmatinya.