Thursday, July 7, 2011

Catatan senja

     Genggaman tangan kami semakin erat. Kecederaan yang dialami oleh sahabat kami agak kritikal. Patah kaki, tangan dan rahang amat mendukacitakan hati kami. Mulut yang membengkak, muka yang bercalar amat menyayat jiwa kami. 


Tuhan, dia hanyalah seorang wanita. Janganlah ya Tuhan.
Tuhan sayangkan dia. Ujian ini tanda kasihnya Allah kepada dia.


Dan kami akur akan ujian yang menimpa.


     Seorang jururawat membetulkan kedudukan kakinya yang patah.
" Allah.....". 
Perlahan kalimat mulia itu keluar dari bibirnya yang membengkak.
"Allah....."
Dan perlahan air mata kami mengalir melihat keadaan dia. Tangan kami yang bertautan semakin erat. Jiwa kami terasa berat.


" Allah. Hebatnya cara Engkau membuktikan kecintaanMu kepada dia."
Kerana dia juga seorang yang hebat. 


     Secara biologinya, dia bukan siapa-siapa pada kami. Bukan kakak, bukan adik. Namun, persaudaraan kami diikat dengan tali aqidah dan perjuangan.


Semoga Allah meringankan penderitaan sahabat kami.
Saya seolah-olah melihat ketabahan Asiah melalui matanya.
Dan ketabahannya menjadi semangat kepada saya untuk terus tsabat.


" Ya Allah, daripadaMu kami datang dan kepadaMu kami dikembalikan"




Catatan senja,
Desa Anggerik,
7hb Julai 2011,
6.53 petang.