Friday, July 30, 2010

'pembersihan sawang'..

Bismillahi wal hamdulillah.
Sudah lama benar saya kira blog ini tidak terupdate oleh saya sehingga bersawang blog saya ini. Sibuk barangkali dan mungkin juga kerana ketiadaan 'hammasah' di dalam diri untuk sentiasa mengupdate blog ini. Kemungkinan faktor utamanya adalah kerana saya kurang ilmu untuk berkata2 dan memberi. Saya khuatir jikalau apa yang saya omongkan hanyalah omongan kosong ataupun sekadar retorik semata-mata. Dan hari ini, tiada apa yang saya ingin perkatakan. sekadar ingin berkongsi 'input2' yang saya perolehi tanpa saya sedari selama saya 'menyendiri' dari blog ini.


Saya teringat ketika berada di dalam kelas Halaqah hari khamis yang lalu. Ustaz yang mengajar kelas saya secara luarannya, boleh saya klasifikasikan sebagai 'sempoi'. Pun begitu, apa yang keluar dari mulutnya umpama mutiara-mutiara. Sungguh bernilai. Tiada satu perkataan pun yang tidak berguna bagi saya. Dan saya terkesan dengan nasihat yang cuba di sampaikan melalui kisah para ulama' yang bersungguh-sungguh menjaga adab dan sopan ketika menuntut ilmu. Jika hendak dibandingkan dengan diri saya sendiri, sungguh, sungguh jauh beza antara mereka dan saya. Lewat ke kelas dan sebagainya, sudahlah lewat, meminta maaf di atas kelewatan pun tidak terucap oleh saya. Berkatkah ilmu yang bakal saya perolehi? 


Dan saya teringat ketika berjumpa dengan seorang ibu kepada sahabat saya. Pesannya, 'melakukan sesuatu bukan kerana mahukan pujian dan bukan juga kerana takutkan cercaan'. Saya sungguh terkesan dengan kata-kata tersebut. Saya sendiri selalu memikirkan penerimaan manusia kepada diri saya, dan saya terkadang melupakan penerimaan Allah terhadap saya. Alangkah ceteknya pemikiran saya. Sedangkan tiada yang kekal abadi melainkan Dia. Sedangkan semuanya adalah kepunyaan Dia. Saya seolah-olah terlupa akan kenyataan itu. *Ya Allah, janganlah Engkau menghukum kami jika kami terlupa ataupun melakukan kesalahan*.


Di dalam tempoh 'penyepian' saya, saya banyak belajar sesuatu daripada sahabat-sahabat seperjuangan. Ketika luahan saya di dengari oleh salah seorang sahabat saya, saya mendapat satu kata-kata yang saya kira azimat buat saya. 
Katanya, terdapat 4 golongan manusia:


1) Kaya di dunia, kaya di akhirat. Itulah yang rata-rata manusia pinginkan.
2) Kaya di dunia, miskin di akhirat. Nauzubillah.
3) Miskin di dunia,miskin di akhirat. Alangkah rugi dan tersangat-sangat rugi golongan ini. Nauzubillah.
4) Miskin di dunia, kaya di akhirat. 


Sahabat: "kemungkinan awak berada di dalam kelompok yang ke-4 ini. Namun bersabarlah. Di akhirat kelak, saat di hisab, mungkin awak akan tertanya-tanya..'di manakah datangnya pahala ini..?' Dan saat itu, awak akan tahu ianya datang dari segala kesabaran awak menghadapi ujian di dunia.."
Saya: *tersentap dan sedikit sayu*. See. Saya sering terlepas pandang perkara-perkara begini. Saya teringat penulisan Tok Guru Nik Aziz dalam bukunya, 'Nota untuk Diri'. Di akhirat kelak, terdapat beberapa golongan yang di beri ganjaran pahala. Antaranya,
1- Orang yang sentiasa mengerjakan solat.
2-Orang yang sentiasa berpuasa.
3-Orang yang sentiasa bersedeqah.
4- Orang yang sentiasa ditimpa musibah, dan mereka bersabar atas musibah2 tersebut.
*terasa ingin menangis kerana Allah itu sangatlah baik*


Seorang lagi sahabat saya menenangkan saya dengan berkata bahawa masuknya kita ke dalam syurga bukanlah kerana amal kita yang terlampau banyak, namun kerana rahmat Allah. Dan bukan senang untuk mendapat rahmat Allah. Oleh itu, yok kita berusaha!!


Allah yang Maha bijaksana, tidak akan menciptakan sesuatu dengan sia-sia. 
'Ampunkanlah kami sekiranya kami banyak mengeluh terhadap pemberianMu yang tidak kami senangi. Ya Allah, tuhan yang maha luas dengan sifat pengampun, ampunilah kami dan rahmatilah kami.'


Wallahu'alam. Sekadar coretan di petang hari. Moga-moga bermanfaat.