Genggaman tangan kami semakin erat. Kecederaan yang dialami oleh sahabat kami agak kritikal. Patah kaki, tangan dan rahang amat mendukacitakan hati kami. Mulut yang membengkak, muka yang bercalar amat menyayat jiwa kami.
Tuhan, dia hanyalah seorang wanita. Janganlah ya Tuhan.
Tuhan sayangkan dia. Ujian ini tanda kasihnya Allah kepada dia.
Dan kami akur akan ujian yang menimpa.
Seorang jururawat membetulkan kedudukan kakinya yang patah.
" Allah.....".
Perlahan kalimat mulia itu keluar dari bibirnya yang membengkak.
"Allah....."
Dan perlahan air mata kami mengalir melihat keadaan dia. Tangan kami yang bertautan semakin erat. Jiwa kami terasa berat.
" Allah. Hebatnya cara Engkau membuktikan kecintaanMu kepada dia."
Kerana dia juga seorang yang hebat.
Secara biologinya, dia bukan siapa-siapa pada kami. Bukan kakak, bukan adik. Namun, persaudaraan kami diikat dengan tali aqidah dan perjuangan.
Semoga Allah meringankan penderitaan sahabat kami.
Saya seolah-olah melihat ketabahan Asiah melalui matanya.
Dan ketabahannya menjadi semangat kepada saya untuk terus tsabat.
" Ya Allah, daripadaMu kami datang dan kepadaMu kami dikembalikan"
Catatan senja,
Desa Anggerik,
7hb Julai 2011,
6.53 petang.
'Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.' [9:41]
Showing posts with label perjalanan hidup. Show all posts

Thursday, July 7, 2011
Tuesday, August 31, 2010
21 vs 31
Alhamdulillah a'la kulli hal~
Seribu kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah di atas segala ni'mat yang diberikan. Sejak kebelakangan ini, saya seolah2 hilang segala upaya untuk mencoretkan sesuatu sebagai perkongsian bersama. Upaya di sini adalah dari sudut idea dan juga ilmu. Kurang membaca barangkali. Mana bisa orang yang tidak mempunyai apa-apa hendak memberi apa-apa kepada saudaranya yang lain. Begitulah juga halnya dengan saya.
Berbalik kepada hari ini, iaitu hari yang sangat-sangat bersejarah, siapa sangka tarikh keramat 31 Ogos jatuh pada tarikh keramat 21 Ramadhan, iaitu permulaan kepada 10 malam terakhir di bulan ramadhan. Sudah lama saya menyimpan angan-angan untuk bertemu saudara-saudara saya yang berada di luar sana yang mana biah mereka barangkali berbeza dengan biah yang kita perolehi di sini. Gusar. Saya cukup gusar, andaikata saya dipersoalkan di akhirat sana kerana tiada usaha untuk bertemu mereka. Atas ajakan beberapa orang sahabat, saya menerima pelawaan mereka untuk bertemu saudara seagama saya di luar sana. Pertama kali hati ini terdetik, mana mungkin kemungkaran itu bisa berleluasa di bulan yang penuh dengan rahmat dan keampunan Allah. Saya menyangka pasti ramai di antara kita yang sedang berlumba-lumba untuk mendapatkan satu malam yang mana lebih baik dari seribu bulan.
Bergerak untuk mengedarkan risalah kepada mereka. Dalam hati, saya berdoa, moga-moga risalah ini diterima dan dibaca oleh mereka. Moga risalah ini menjadi wasilah untuk mereka menerima hidayah daripada Allah. Peringatan diterima agar mereka didekati dengan penuh kasih sayang, bukan dengan pandangan yang jelik dan menghina. Ya! Kasih sayang. Teringat suatu petikan daripada majalah solusi yang berjudul 'melebur takabbur'. Apabila kita melihat seseorang itu melakukan maksiat, maka janganlah kita membenci pembuat maksiat tersebut, tetapi bencilah akan perbuatan maksiat itu. Kerana, kita sendiri tidak tahu, selama manakah kita akan terus berada di dalam kebaikan, dan selama manakah mereka yang melakukan maksiat akan terus melakukan maksiat. Kerana, segala-galanya yang berlaku adalah atas kehendak dan kekuasaan Allah. Maka, berdoalah moga-moga kita sering didorong untuk sentiasa mentaati Allah. Telah berkata Syeikh Ibn Ata'illah dalam al-hikam, bahawasanya: "sebaik-baik permintaan yang harus kamu pohon daripada Allah adalah kemampuan melaksanakan apa sahaja yang Allah perintahkan kepada kamu".
Bersua muka bersama saudara seagama yang berada di dunia luar banyak menyedarkan saya betapa bernilainya hidayah Allah itu. Janganlah kita mempersiakan hidayah tersebut. Takut takut, Allah tidak sudi untuk menghantar hidayahNya kepada kita lagi. *Nauzubillah*
Teringat satu kata-kata, bahawasanya ujian yang diterima oleh seseorang adalah berdasarkan tahap keimanannya kepada Allah. Semakin tinggi tahap keimanan, semakin besar tahap ujiannya. Setiap manusia itu, takkan terlepas daripada ujian Allah S.W.T. Menjadi orang biasa, kita akan diuji, menjadi orang yang 'luar biasa' pun turut diuji. Cuma tinggal pilihan kepada kita, samada hendak diuji sebagai orang yang biasa ataupun orang yang luar biasa. Samada hendak diuji sebagai seorang madu' ataupun diuji sebagai seorang daie.
Akhir kalam, moga sekolah ramadhan kali ini bakal melahirkan graduan-graduan yang berkualiti dari sudut iman dan juga taqwanya sekaligus menambahkan bilangan mereka yang menjadi mata-mata rantai perjuangan Rasulullah S.A.W. Moga-moga seluruh umat Islam mendapat taufiq dan hidayah Allah. Moga-moga Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang sudi untuk mengasihi dan menyayangi hamba-hambaNya yang amat membutuhkan kasih dan sayangNya. Wallahua'lam.
p/s: 9 hari lagi ramadhan bersama kita~
Friday, July 30, 2010
'pembersihan sawang'..
Bismillahi wal hamdulillah.
Sudah lama benar saya kira blog ini tidak terupdate oleh saya sehingga bersawang blog saya ini. Sibuk barangkali dan mungkin juga kerana ketiadaan 'hammasah' di dalam diri untuk sentiasa mengupdate blog ini. Kemungkinan faktor utamanya adalah kerana saya kurang ilmu untuk berkata2 dan memberi. Saya khuatir jikalau apa yang saya omongkan hanyalah omongan kosong ataupun sekadar retorik semata-mata. Dan hari ini, tiada apa yang saya ingin perkatakan. sekadar ingin berkongsi 'input2' yang saya perolehi tanpa saya sedari selama saya 'menyendiri' dari blog ini.
Saya teringat ketika berada di dalam kelas Halaqah hari khamis yang lalu. Ustaz yang mengajar kelas saya secara luarannya, boleh saya klasifikasikan sebagai 'sempoi'. Pun begitu, apa yang keluar dari mulutnya umpama mutiara-mutiara. Sungguh bernilai. Tiada satu perkataan pun yang tidak berguna bagi saya. Dan saya terkesan dengan nasihat yang cuba di sampaikan melalui kisah para ulama' yang bersungguh-sungguh menjaga adab dan sopan ketika menuntut ilmu. Jika hendak dibandingkan dengan diri saya sendiri, sungguh, sungguh jauh beza antara mereka dan saya. Lewat ke kelas dan sebagainya, sudahlah lewat, meminta maaf di atas kelewatan pun tidak terucap oleh saya. Berkatkah ilmu yang bakal saya perolehi?
Dan saya teringat ketika berjumpa dengan seorang ibu kepada sahabat saya. Pesannya, 'melakukan sesuatu bukan kerana mahukan pujian dan bukan juga kerana takutkan cercaan'. Saya sungguh terkesan dengan kata-kata tersebut. Saya sendiri selalu memikirkan penerimaan manusia kepada diri saya, dan saya terkadang melupakan penerimaan Allah terhadap saya. Alangkah ceteknya pemikiran saya. Sedangkan tiada yang kekal abadi melainkan Dia. Sedangkan semuanya adalah kepunyaan Dia. Saya seolah-olah terlupa akan kenyataan itu. *Ya Allah, janganlah Engkau menghukum kami jika kami terlupa ataupun melakukan kesalahan*.
Di dalam tempoh 'penyepian' saya, saya banyak belajar sesuatu daripada sahabat-sahabat seperjuangan. Ketika luahan saya di dengari oleh salah seorang sahabat saya, saya mendapat satu kata-kata yang saya kira azimat buat saya.
Katanya, terdapat 4 golongan manusia:
1) Kaya di dunia, kaya di akhirat. Itulah yang rata-rata manusia pinginkan.
2) Kaya di dunia, miskin di akhirat. Nauzubillah.
3) Miskin di dunia,miskin di akhirat. Alangkah rugi dan tersangat-sangat rugi golongan ini. Nauzubillah.
4) Miskin di dunia, kaya di akhirat.
Sahabat: "kemungkinan awak berada di dalam kelompok yang ke-4 ini. Namun bersabarlah. Di akhirat kelak, saat di hisab, mungkin awak akan tertanya-tanya..'di manakah datangnya pahala ini..?' Dan saat itu, awak akan tahu ianya datang dari segala kesabaran awak menghadapi ujian di dunia.."
Saya: *tersentap dan sedikit sayu*. See. Saya sering terlepas pandang perkara-perkara begini. Saya teringat penulisan Tok Guru Nik Aziz dalam bukunya, 'Nota untuk Diri'. Di akhirat kelak, terdapat beberapa golongan yang di beri ganjaran pahala. Antaranya,
1- Orang yang sentiasa mengerjakan solat.
2-Orang yang sentiasa berpuasa.
3-Orang yang sentiasa bersedeqah.
4- Orang yang sentiasa ditimpa musibah, dan mereka bersabar atas musibah2 tersebut.
*terasa ingin menangis kerana Allah itu sangatlah baik*
Seorang lagi sahabat saya menenangkan saya dengan berkata bahawa masuknya kita ke dalam syurga bukanlah kerana amal kita yang terlampau banyak, namun kerana rahmat Allah. Dan bukan senang untuk mendapat rahmat Allah. Oleh itu, yok kita berusaha!!
Allah yang Maha bijaksana, tidak akan menciptakan sesuatu dengan sia-sia.
'Ampunkanlah kami sekiranya kami banyak mengeluh terhadap pemberianMu yang tidak kami senangi. Ya Allah, tuhan yang maha luas dengan sifat pengampun, ampunilah kami dan rahmatilah kami.'
Wallahu'alam. Sekadar coretan di petang hari. Moga-moga bermanfaat.

Saturday, June 5, 2010
Mari membaca!
Permulaan kalam, bismillah. Selawat dan salam atas junjungan yang dikasihi, yang di sayangi Muhammad S.A.W. Tanpa baginda, agama Islam tidak akan berkembang.
************************************
'Eh? Pengislahan diri'?
'Pengislahan diri tu apa?'
'Pembaikan diri la. Dalam keadaan kita bertanya soalan ni, kita kena define dulu 'baik' tu apa.
'So, dia punya definition 'baik' tu apa?'
'Definition dia mudah je. Siapa yang beriman dengan Allah tu 'baik'.
'Maksud? Beriman dengan Allah tu macam mana?'
'Buat apa yang Allah suruh,dan tinggalkan apa yang DIA larang. Tu baru 'baik'
'Amar ma'ruf nahi mungkar?'
'Betul.'
[ Dialog ini saya dapati hasil pembacaan saya daripada Novel Versus, penulisan Hlovate. Saya memang terkesan dengan penulisan dia.]
'Dan hendaklah ada diantara kamu ada segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar, dan mereka itulah orang yang beruntung..' (3:104)
'Kamu adalah umat TERBAIK yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah...'(3:110)
[Dan ayat-ayat diatas pula, saya dapati daripada surah Ali-imraan,surah ketiga daripada Al-quran. Jika penulisan Hlovate membuatkan saya terkesan. Ayat ini lebih-lebih lagi!]
********************************
- Solat + ibadat
- Hidup bersyariat
- Aurat
- Ikhtilat
[Yang ini pun saya dapati dari novel tersebut]

Dari firman Allah pula, di dalam surah Al-ankabut, ayat 45:
'...sesungguhnya solat itu dapat mencengah daripada perbuatan keji dan mungkar..'
[Allah sendiri telah berfirman, dengan solat, kita dapat menghindarkan diri dari melakukan perkara-perkara yang tidak elok. Thus, it means that, bila dah jaga solat, bab hidup bersyariat, aurat dan ikhtilat pun akan dan mesti terjaga!]
******************************
'How's married life treating you?'
'Kau kawen je la cepat-cepat. Nanti kau tahu.'
Terasa tenang dan bahagia. Lagipun sekarang, nak bangun qiam, ada orang kejutkan dan teman. Kalau nak puasa sunat, ada orang masakkan untuk berbuka. Kalau solat kat bilik pun dah boleh berjemaah. Kalau mengaji pun ada orang semak bacaan. Kalau meghafal surah atau hadith pun ada orang tolong 'tasmi'- Hlovate
[Dialog di atas, bagi saya menunjukkan betapa pentingnya pembinaan Baitul Muslim. Dan seharusnya, itulah matlamat perkahwinan sebenarnya. Kalau berkahwin kerana cinta, cinta tidak mustahil akan pudar. Juga jika kerana harta, akan goyahlah rumah tangga. Pesan ustaz, matlamat perkahwinan adalah untuk membentuk baitul muslim dan seterusnya mewujudkan mujtama' muslim.
Pernah saya terdengar sahabat-sahabat saya berborak. Kata mereka, matlamat perkahwinan adalah untuk melahirkan Ummat Muhammad yang berkualiti! Yang mampu meneruskan perjuangan baginda Rasulullah S.A.W.]
***************************
Secara kesimpulannya, bagi sesiapa yang memilih Novel sebagai bahan bacaan, bacalah novel ini. InsyaAllah, anda akan dapat sesuatu dari novel ini :)
buat awak yang mahu berubah,
berubahlah walaupun payah,
berubahlah ke arah hidup yang lebih indah,
hidup dan masa muda hanya sekali cuma,
sanggup nak sia-siakan tanpa RedhaNya?-Hlovate.
p/s: credit to hafizah shamshuddin sebab bagi pinjam buku ni :)
Selamat membaca dan mengambil ibrah!
Sunday, May 16, 2010
Kata mereka..
Kehidupan sebagai seorang anak, adik, dan juga pelajar. Pengalaman tentang kehidupan.
Kata si anak, menuntut ilmu adalah berjuang. Izinkanlah anakmu ini berjuang. Perjuangan demi sebuah perjuangan.
Kata si ibu, berjuanglah anakku. Kalau itu yang kamu mahu. Berjuanglah jika itu yang terbaik untukmu. Ibu redha.
Kata si ayah, pergilah. Cuma, moga dirimu selamat sentiasa.
Kata sahabatnya, berjuang bersandarkan semangat semata-mata adalah sia-sia. Kerana semangat kan bisa luntur. Berjuang hendaklah berilmu. Kerana ilmu kan melahirkan kefahaman dan juga semangat. Oleh itu, bacalah,belajarlah.
Begitu banyak pesanan dan nasihat yang dia perolehi. Kata-kata yang mereka berikan kepadanya telah membuatkan dia mengerti dan semakin mengerti bahawa, perjalanannya baru sahaja bermula. Dan sesungguhnya perjalanannya masih jauh dan terlalu jauh. Moga-moga dia terus kuat dan tsabat dalam melangkah. Sebagaimana mujahid dan mujahidah yang terdahulu. Sebagaimana sahabat-sahabatnya yang lain. Moga-moga. InsyaAllah.
Kata si anak, menuntut ilmu adalah berjuang. Izinkanlah anakmu ini berjuang. Perjuangan demi sebuah perjuangan.
Kata si ibu, berjuanglah anakku. Kalau itu yang kamu mahu. Berjuanglah jika itu yang terbaik untukmu. Ibu redha.
Kata si ayah, pergilah. Cuma, moga dirimu selamat sentiasa.
Kata sahabatnya, berjuang bersandarkan semangat semata-mata adalah sia-sia. Kerana semangat kan bisa luntur. Berjuang hendaklah berilmu. Kerana ilmu kan melahirkan kefahaman dan juga semangat. Oleh itu, bacalah,belajarlah.
Perjuangan itu membutuhkan sahabat. Terasa sukar berjuang sendirian. Namun, ukhwah bukanlah asbab perjuangan. Perjuangan itu adalah kerana Allah.
Namun, kata kakak, ukhwah itu indah,jika ianya kerana Allah. Serendah-rendah ukhwah adalah berlapang dada, dan setinggi-tinggi ukhwah adalah ithar[melebihkan sahabat daripada diri sendiri].
Kata abang pula, cara untuk merawat hati adalah dengan mendampingi 'alim ulama' dan juga orang-orang yang beriman. Hati yang bersih adalah penting di dalam meneruskan langkah sebuah perjalanan. Katanya lagi,
إن السعادة كل سعادة طول العمر في طاعة الله
'sesungguhnya kebahagiaan dan kemuncak segala kebahagiaan adalah ketaatan kepada Allah di sepanjang kehidupan'.
Kata ustaz pula, mereka yang mempelajari ilmu agama adalah seorang dai'e. Dan seorang dai'e itu adalah doktor.
Kata dia pula, doktor yang bagaimanakah?
Jawab ustaz, doktor yang akan merawat penyakit-penyakit yang dihidapi oleh masyarakat di sekelilingnya. Doktor yang akan mengubati kelelahan yang menimpa pemudanya. Namun, 'doktor' itu harus berjaga-jaga dan berhati-hati agar diri sendiri tidak dijangkiti penyakit. Khuatir. Khuatir akan hilang kewibawaan untuk merawat masyarakat yang berpenyakit,sekiranya doktor itu sendiri yang mempunyai penyakit.
Dia men'cerna' kata-kata yang diperolehi.
Kata ustazah pula, tiada masa bersenang lenang bagi seorang dai'e. Tiada. tambahnya lagi, jangan terbuai oleh mimpi dan angan yang tidak pasti. Kerana tugas kita adalah,'islah nafsi, wad'u ilal khoiri'.
Perjalanannya diteruskan. Persinggahan yang sebentar di rumah sahabatnya,memberikan sedikit pengalaman dan juga pengisian.
Kata ayahandanya, jangan jemu menuntut ilmu. Ilmu yang di dada ibarat setitis air di lautan cuma. Ilmu itu ibarat harta milik orang islam. Maka, kutiplah ianya, di mana sahaja kamu terjumpa. Katanya lagi, barangsiapa yang berkehendakkan dunia, maka dia akan beroleh dunia semata-mata. Dan barangsiapa yang berkehendakkan akhirat, maka dia akan memperolehi kedua-duanya[dunia dan juga akhirat]. Bukankah Allah itu maha kaya, dan juga kaya dengan sifat pemurahNya?
Kata sang murobbi yang di kagumi, tiada hijrah selepas penghijrahan dari Makkah ke Madinah. Hijrah yang ada, cumalah penghijrahan meninggalkan perkara yang ditegah Allah. Penghijrahan dalam membaiki diri. Dari malas kepada rajin. Dari takut kepada berani. Beliau berkata dan berpesan sebagaimana Rasul junjungan telah berpesan, 'bacalah,hayatilah, fahamilah dan hafazlah Al-quran, jika kamu benar-benar seorang pemimpin'. Kerana di dalam Al-quran terkandung segala-gala. Tambahnya lagi, berwaspadalah terhadap tiga perkara, iaitu, harta[al-mal], wanita[al-mar ah] dan juga pangkat[al jahu].Begitu banyak pesanan dan nasihat yang dia perolehi. Kata-kata yang mereka berikan kepadanya telah membuatkan dia mengerti dan semakin mengerti bahawa, perjalanannya baru sahaja bermula. Dan sesungguhnya perjalanannya masih jauh dan terlalu jauh. Moga-moga dia terus kuat dan tsabat dalam melangkah. Sebagaimana mujahid dan mujahidah yang terdahulu. Sebagaimana sahabat-sahabatnya yang lain. Moga-moga. InsyaAllah.
Thursday, April 15, 2010
Katakan Tak Nak!
Bagi melepaskan lelah,dia berhenti sebentar. Mengeluarkn sebatang rokok. Api dinyalakan dan disuakan. Menyalakan rokoknya. Tanpa dia sedari, seorang ustaz memerhatikannya.
"Syaikh,sini." Tangan ustaz itu menggamitnya. Terus dia melangkah ke arah ustaz itu. "Seorang pejuang islam,tidak akan merokok. Merokok boleh memudharatkan kesihatan,malahan terdpt sesetgh ulama' mengatakan hukumnya haram." Jelas kelihatan dia tersentak. Bukan dia tidak tahu akan hakikatnya,tetapi, entah mengapa teguran ikhlas itu terkesan dihatinya.
**************************************
Seorang rakan datang melawatinya petang itu. Tetamu dilayan sebaik mungkin. Air dihidangkan. Tidak kurang juga makanan. Dipertengahan perbualan antara mereka, dia mengeluarkan rokok dan menghulurkannya kepada teman.
"Isyh,xpelah. Saya sudah berhenti merokok dah ni'" Temannya berbicara.
"Haa?" Jelas kelihatan dia terkejut.
"Biar betul?" Dia meminta kepastian.
"Iyalah. Saya rasa cukuplah selama ni saya merokok. Saya nak berhenti rokok,saya nak mengenali Tuhan." Rakannya menambah.
Dia kelihatan tersentak. Pantas rokok yang baru dinyalakan, dilemparkan ke tanah, dan dipijak. Tidak puas dgn itu, rokok yang baru dibeli, mungkin masih bersisa 14 batang, di'keronyok' dan dipijak2.
"mulai harini, saya nak berhenti merokok." Isterinya yang memandang, berasa terharu.
**************************************
Permulaan kata, Bismillah.
Situasi yang saya nyatakan di atas ialah situasi yang dialami oleh seseorang yang amat hampir dan dekat dgn saya. 'Dia' yang saya nyatakan diatas ialah ayah saya. Ayah saya mula menghisap rokok ketika dia berusia 18 tahun. Mungkin kerana kurang kesedaran oleh masyarakat terdahulu tentang rokok dan hukumnya, membuatkan ayah saya terjebak ke dalam perkara tersebut. Namun, setelah berpuluh tahun merokok, ulama' mengatakan bahawa hukum merokok adalah haram. Pun begitu,akibat kebiasaan ataupun lebih tepat lagi, ketagihan, menyebabkan ayah saya amat sukar untuk meninggalkan rokok tersebut. Melalui perkara ini, barulah saya memahami, mengapakah pengharaman arak diturunkan secara beransur2. Maha suci Allah yang sungguh Bijak dan Kaya dgn rencanaNya yang Maha Hebat.
Bukan sekali ayah cuba untuk meninggalkan tabiatnya merokok. Sudah berkali-kali. Namun, cubaan yang berkali2 itu,sama sekali tidak berjaya.
"Mak rasa, kali ini ayah dapat bertahan tak?"Saya bertanyakan emak adakah cubaan ayah kali ini akan berjaya.
"InsyaAllah. Kali ni, mak yakin."
"Kenapa?" saya berasa sedikit hairan.
"kali ini, ayah buat kerana Allah. Dulu ayah cuba berhenti kerana mak yang suruh." Sedikit lega dan terharu mendengarnya. Dan saya berasa sangat gembira mendengarnya.
Dalam proses meninggalkn ketagihannya, ayah seperti tidak berdaya. Diam. Tiada suara yang selalu kedengaran mengusik emak. Namun, saya mengerti,ayah sedang 'berjuang'. Saya membeli coklat sebagai kudapan untuk ayah ketika rasa ketagihannya terhadap rokok datang menjengah. Emak membeli buah-buahan. Pelbagai makanan ringan yang dibeli oleh emak untuk ayah termasuklah ais krim. Dari sehari ke sehari, rasa ketagihan ayah sudah makin berkurang. *syukur*
Saya boleh katakan, ketagihan merokok sama seperti ketagihan dadah. Mungkin kata2 saya ini amat keterlaluan. Namun, ketika hari kedua ayah meninggalkan rokoknya, hidung ayah berair. Simptom itu jelas kelihatan seperti penagih dadah yang cuba hendak meninggalkan dadahnya. Seperti yang kita ketahui,seorang penagih apabila hendak meninggalkan dadahnya,badan akan menggigil dan hidung akan berair. Dan sekali lagi, saya bersyukur, Allah telah menggerakkan hati ayah saya untuk berhenti dari terus-terusan menghisap rokok. *Hamdanlillah*
Hari ini, genaplah seminggu ayah dalam usaha meninggalkan rokok. Saya berdoa agar dia diberikan kekuatan oleh Allah dalam meneruskan jihadnya. Saya tahu, jihad melawan nafsu adalah jihad yang paling besar. Moga2 kekuatan itu miliknya.
Tiada apa yang ingin saya katakan, cuma nasihat saya bagi rakan-rakan. Bagi yang tidak menghisap rokok, janganlah sesekali cuba mendekatinya. Sekali sudah terjebak,sukar untuk berundur. Bagi mereka yang sudah berjinak-jinak dengan rokok, cubalah untuk mengurangkannya. Ya! Hanya cuba untuk mengurangkannya. Saya tahu, bukan mudah untuk terus berhenti,disebbkan itu,cubalah untuk mengurangkannya. Memang susah 'jihad' ini, namun ingatlah, usaha yang susah itulah besar ganjarannya disisi Allah. Moga2 Allah memandang usaha tersebut, termasuklah usaha ayah saya dalam melawan ketagihannya. InsyaAllah.
*sekadar coretan mengenai kehidupan saya*
P/s: Pd mulanya, saya berasa malu untuk berkongsi kisah ini dgn semua.Malu untuk menyatakan bahawa ayah saya adalah perokok. Namun saya mengharapkan kisah ini dapat memberi manfaat dan 'itibar kepada semua. InsyaAllah. Apa2pun saya bangga dgn ayah saya. ;)Daripada dia lah, lahirnya saya. *syukur*
Doakan ayah saya terus istiqamah dgn jihadnya.
Sayang ayah. Emak juga!

P/s: Pd mulanya, saya berasa malu untuk berkongsi kisah ini dgn semua.
Doakan ayah saya terus istiqamah dgn jihadnya.
Sayang ayah. Emak juga!
Monday, March 22, 2010
indahnya suasana itu~
Dengan nama Allah,saya mulakan penulisan saya kali ini.
Seperti biasa,kelas english bersama Sir Ridwan diadakan di makmal komputer. Kesempatan yg ada,kami gunakn dgn sebaik2nya mencari maklumat untuk menyiapkan assingment yg diamanhkn oleh sir kpd kami,tidak kurg juga yg memanfaatkn kemudahan internet untuk membuka e-mail dan sbgnya. Saya secara tidak sengaja,tergerak untuk mencari maklumat berkaitan sekolah rendah saya dahulu. Terus papan kekunci ditekan. Sekolah Rendah Islam As-saidiyyah. Sempat saya membaca beberapa peraturan sekolah yg turut dinyatakan disitu. Tiada apa yg berubah,cuma uniform sekolah sahaja yg telah direformasikan. Pelajar kini memakai baju kurung ke sekolah,berbeza dgn saya dahulu. Masih saya ingat, ketika saya masih kanak2 hingusan, uniform yg saya sarungkan sehari-harian adalah jubah blue-black beserta tudung bulat berwarna putih. Mungkin kedengaran biasa,tetapi,percayalah,kerana pemakaian itu,saya terkesan shgga sekarang. Betapa saya rindukan tarbiyah itu. Betapa saya rindukan biah disitu. Memulakan pembelajaran seawal jam 7.30 pg,setiap hari. Kelas hafalan merupakan pembuka tirai. Betapa murninya suasana disitu. Jadual kami begitu padat kerana subjek agama dan KBSR digabungkan di dlm satu sesi. Di bumi itu,kami diajar mengenal 'ulumuddin'. Kami diajar tentg adab,akhlak,sirah nabawiyyah dan sebgnya. Sungguh,saya rindukan saat itu! Namun begitu,saya hanya sempat menjadi pelajar disitu selama 3 tahun. Saya terpaksa mengikut ayah berpindah ke Kedah,lantaran ayah yg bertugas sbg tentera telah dipindahkan ke sana.
Perjalann saya diteruskan di Sekolah Rendah Islam Al-Islah. Biah disitu juga tidak kurg hebtnya. Disana, remaja lelaki dibenarkan memakai serban ke sekolah. Bebas. Tidak perlu turun naik mahkamah. Sunnah Rasul, mengapa perlu dihalang? Betapa hebat didikan para mu'allim dan mu'allimah,hinggakan pelajar yg berumur 10 tahun,mampu menjd imam kepada rakan2 seusia untuk solat subuh sujud tilawah. Apabila mengenangkn kembali,saya jd kagum dgn didikan disitu. Bukan mudah kanak2 berusia seawal 9 dan 10 tahun menghafal surah2 lazim. Perjalanan saya di bumi bertuah itu,berakhir ketika saya berusia 12 tahun.
Ma'had Mahmud Yan. Di sini,saya mula belajar mengenal erti kehidupan sebenar. Usia yg semakin matang,memudahkan kami anak2 ma'had menerima tarbiyah2 yg telah disediakan. Tamrin2 yg selalu diadakan mendidik jiwa2 kami. Usrah2 yg dijalankn meneguhkan ikatan hati antara kami. Betapa pada waktu itu,saya berasa sedikit hairan dgn Cikgu motivasi kami. Anak2 ma'had memggil beliau Sir (lantaran english adalah subjek yg diajarnya). Saya hairan melihat beliau bertungkus lumus mentarbiyah kami. Pelabagai tamrin diadakan. Beliau sanggup bermalam di bilik guru,semata2 untuk menyiapkan kertas kerja untuk tamrin2 yg bakal kami hadapi. Beliau berulang alik dari rumah ke sekolah,hanya untuk solat jemaah dan memberi sedikit pengisian kpd kami. Sungguh saya hairan pada waktu itu. Saya pelik dan sedikit kagum dgn kegigihan beliau.
Dulu. Mungkin saya tidak mengerti.
Kini. Saya makin memahami.
Dulu. Saya tertanya2 apakah asbab kegigihan beliau.
Kini. Pertanyaan saya hampir terjawab.
Beliau mengerti dan memahami tanggungjawabnya sbg pendidik. Dalam erti kata lain,MURABBI. Memegang amanah sebagai Murabbi,telah menyebbkn begitu bnyk pengorbnn yg beliau lakukan. Bukan mudah hendak mentarbiyah anak bangsa. Bukan mudah hendak melahirkan pejuang. Dan bukan mudah hendak melakukan begitu bnyk pengorbanan. Hanya mereka yg berjiwa besar mampu untuk melakukannya. Dan kini,semakin saya dewasa,semakin saya memahami hakikat kehidupan. Semakin saya mengerti perjuangan dan pengorbanan yg dilakukan oleh guru saya. Semakin saya mengerti,semakin banyak saya berfikir. Moga semangat dan kecekalan beliau dapat kami contohi.
Ternyata tarbiyah di sekolah itu memg hebat. Saya terfikir. Betapa berbezanya saya di sekolah dahulu berbanding sekarang. Dulu,peraturan tidak membenarkan kami berbicara dgn pelajar banin jikalau tiada urusan penting. Disitu, kami telah dididik menjaga ikhtilat secara tidak langsung. Kini,peraturan dahulu,seolah2 telah saya abaikan. Terasa ingin meminjam kata2 sahabat saya,
Moga Allah melindungi sahabat2 saya di Sek. Ren. Islam As-saidiyyah,Al- islah,Ma'had mahmud Yan,SBPIR dimana sahaja mereka berada. Tidak dilupakan juga yg berada di usim. Moga sahabat2 saya,Tentera2 Fiqh Fatwa dapat memegang amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi dgn sebaiknya. Seruan itu juga saya tujukan buat diri ini yg semakin hari semakin leka. Moga kita sama2 berada dibawah naungan Allah.
****************************************
Sekadar catatan saya mengenai perjalanan hidup~ (moga kisah ini terselit hikmah2 yg tersembunyi)

Perjuangan itu pahit,kerana syurga Allah itu manis..
Ternyata tarbiyah di sekolah itu memg hebat. Saya terfikir. Betapa berbezanya saya di sekolah dahulu berbanding sekarang. Dulu,peraturan tidak membenarkan kami berbicara dgn pelajar banin jikalau tiada urusan penting. Disitu, kami telah dididik menjaga ikhtilat secara tidak langsung. Kini,peraturan dahulu,seolah2 telah saya abaikan. Terasa ingin meminjam kata2 sahabat saya,
"istiqamahkah saya?"
Moga Allah melindungi sahabat2 saya di Sek. Ren. Islam As-saidiyyah,Al- islah,Ma'had mahmud Yan,SBPIR dimana sahaja mereka berada. Tidak dilupakan juga yg berada di usim. Moga sahabat2 saya,Tentera2 Fiqh Fatwa dapat memegang amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi dgn sebaiknya. Seruan itu juga saya tujukan buat diri ini yg semakin hari semakin leka. Moga kita sama2 berada dibawah naungan Allah.
siiruu 'ala barakatillah
****************************************
Sekadar catatan saya mengenai perjalanan hidup~ (moga kisah ini terselit hikmah2 yg tersembunyi)
Tuesday, February 23, 2010
Inilah tarbiyah terhebat!
Permulaan kalam,bismillah.
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." - Al-baqarah,286.
Memegang jawatan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini adalah tugasan yang amat sukar. Menjadi lumrah bagi kita yang bernama hamba untuk selalu menerima ujian dan dugaan dariNya. Tanpa kita sedari,hidup ini dipenuhi ujian setiap hari. Kadang2 kita diuji dengan perkara yang remeh. Ketiadaan bas untuk ke kampus. Ujian. Cafe berpindah ke Pk. Ujian. Dan pelbagai lagi ujian yang menimpa kita setiap hari. Dan hari ini saya di uji dengan ujian yang 'comel'. Menunggu bas untuk bergerak dari jam 8 malam,dan akhirnya penantian saya berakhir dengan pergerakan bas dari kampus pada pukul 9.20! Syaitan mula menyucuk dan membisikkan kata2 yang membangkitkan kemarahan saya. Istighfar. Saya hampir tewas dengan ujian yang 'comel' tadi.
Saya mula terfikir,sekiranya ujian yang kecil saya gagal untuk menghadapinya,bagaimanakah dengan ujian2 yang hebat dugaannya?
***************************
Kembali kepada realiti kehidupan,kadang2 apabila ditimpa ujian,keyakinan kepadaNya Yang Satu mula goyah. Keimanan mula rapuh. Jiwa mula mula memberontak.
"mengapa aku diuji? sdangkan aku telah berusaha menjadi hambaMu yang taat.mengapa?mengapa?" persoalan demi persoalan kita lontarkan dalam diam. Kita sering berasa,sekiranya kita telah berusaha untuk menjadi hambaNya yang taat, kita tidak pantas untuk menerima ujian dari Dia yang berkuasa ke atas diri kita, kita tidak pantas untuk menerima ujian dari Dia yang memegang hati2 dan jiwa2 hamba2Nya. Siapakah kita untuk berasa sedemikian?
Kita mengaku bahawa kita beriman,tetapi apabila diuji,pegangan kita mulai goyah.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan:'kami telah beriman',sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang terdahulu sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang berdusta" -Al-ankabut,2-3.
Hakikatnya,kita terlupa bahawa Allah mendidik kita melalui ujian2 yang diberikan kepada kita. Ujian adalah tanda Allah mengingati kita,dan Dia sentiasa menginginkan hambaNya merintih dan merayu kepadaNya. Adakah kita lupa bahawa ujian adalah tarbiyah terhebat? Ujian juga adalah sebagai kayu ukur keimanan kita.
Ujian mengajar kita bersabar.
Ujian mendidik kita bertolak ansur.
Ujian memupuk sifat2 mahmudah dalam diri kita.
Dan yang penting,ujianlah yang semakin mendekatkan kita kepada Allah.
Lumrahnya,sudah terhantuk baru nak terngadah.
Sudah tersungkur,barulah kita akan berhati2 dalam setiap langkah kita.
Begitu juga dengan ujian. Sudah diuji barulah kita akan kembali kepada Pencipta Yang memahami hakikat hamba2Nya yang sebenarnya. Inilah kemanisan ujian yang bernama tarbiyah.
Tanpa kita sedari,Allah telah memujuk hamba2Nya yang ditimpa ujian melalui mu'jizat yang diwahyukan kepada baginda Rasul S.A.W.
Firman Allah,mafhumnya:
"janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang2 beriman" - Ali 'imran,139.
*****************************
Adakah kita lupa, kekasih yang amat kita cintai ditarbiyah melalui ujian yang pelbagai? Kematian bapa semasa baginda di dalam kandungan. Kehilangan bonda ketika berusia 6 tahun. Pemergian bapa saudara yang sentiasa melindungi baginda dan juga gerak kerja da'wahnya. Kehilangan isteri yang amat baginda sayangi,isteri yang beriman kepada baginda ketika mana semua orang mendustakan baginda,isteri yang sanggup membelanjakan seluruh harta demi membantu gerak kerja da'wah baginda,isteri yang menenangkan baginda ketika baginda menerima wahyu buat pertama kalinya. Betapa hebat ujian yang baginda tempuhi sehinggakan tahun kematian kedua2 insan yang baginda sayangi ini digelar sebagai 'tahun kesedihan'.
Maka,berasa malulah kita,sekiranya ujian yang tidak seberapa ini tidak mampu untuk kita hadapinya. Ujian ini tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan ujian yang ditempuhi baginda rasul.
Bersabarlah duhai hati.
Bertahanlah wahai diri.
*******************************
Begitu Penyayang Allah,begitu Pengasih Allah. Dia menghantar ujian kepada kita sebagai tanda kasihNya kepada kita. Dia menghantar ujian kepada kita agar kita sentiasa mengingatiNya. Dalam keadaan senang mahupun susah. Maka, hargailah tarbiyah ini wahai sahabat2ku sekalian, kerana sesungguhnya ujian merupakan tarbiyah yang terhebat!
*peringatan untuk diri,berfikir dan terus berfikir*

Friday, February 19, 2010
Soleh vs Musleh
Cuti mid-sem semakin menghampiri ke penghujungnya. Cuti kali ini terasa begitu pantas berlalu. Saya hanya sempat menghabiskan masa bersama adik-beradik dalam tempoh lebih kurang 3 hari. Ternyata misi yang telah dirancang, tidak dpt dilaksanakan. Semalam (19 Feb) merupakan ulangtahun saya yg ke 20. Sehari sebelumnya, merupakan ulngtahun abg saya yg ke 23. Sedar atau tidak, kami adik beradik telah meningkat dewasa. Saya sendiri merasa tidak percaya umur saya telah berubah drpd 'teen' kpd 'ty'.Jikalau dahulu, saya ternanti2 kedatgn hari ulangtahun saya,mungkin kerana ingin dirai oleh rakan2,namun pada tahun ini, perasaan itu berubah sama sekali. Tiada lagi keterujaan saya. Yang ada hanyalah kerisauan saya yang amat sangat.
"Apakah kamu mengira bahawa KAMI menciptakan kamu secara main2, dan sesungguhnya, kamu tidak akan dikembalikan kpd KAMI?"-Surah Al-mu'minun,115.
Ayat cinta dari ALLAH telah membuatkan saya tersentak. Fikir.
"Dan tidaklah AKU menciptakan jin dan manusia melainkan untuk meraka menyembahKU. AKU tidak menghendaki rezeqi sedikitpun dari mereka,dan AKU tidak menghendaki supaya mereka memberi AKU makan."-surah Al-Zariyat,56-57.
Berfikir.
"Katakanlah sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku semata2 untuk ALLAH,tuhan semesta alam."surah al-An'am,162.
Berfikir lagi.
Sedih. Sedih dengan kealpaan saya.
Ulangtahun kali ini, saya sambut dengan memikirkan pelbagai perkara. Sudah 20 tahun saya hidup di atas dunia ini. Segala ni'mat yang saya terima yang kadangkalanya,saya mensyukurinya dan adakala saya lupa untuk berterima kasih kepada Sang pencipta yang Agung tidak terhitung banyaknya. Saya jadi malu. Jikalau Zaid bin harithah menjadi panglima perang ketika berusia 18 tahun,saya? Saya termanggu sendiri. Kejayaan Sultan Muhammad Al-fateh menawan kota Constantinople ketika berusia 21 tahun membuatkan saya bertambah malu. Jikalau saya hidup di zaman mereka berdua, nescaya sayalah orang yang paling 'lekeh' di kalangan mereka.
Mengapakah Allah menciptakan aku? Sekadar untuk beribadah kepadaNYA? Selama 20 tahun saya hidup, saya terlupa bahawa ALLAH yang Maha sempurna tidak menciptakan segala sesuatu dengan sia2. Mustahil DIA menciptakan hambaNya sekadar main2. Saya termanggu lagi. Peluang yg saya dpt ketika menghabiskan masa bersama sahabt2 seperjuangan sebelum pulang ke kampung minggu lepas, amat saya hargai. Di situla saya mula menilai nilai yg terdapat pada diri saya. Dan ternyata nilaian yang terdpt pada diri saya amat rendah. Dan saya berasa amat malu dgn sahabat2 saya yang saya kira hebat dari pelbagai segi. Saya mula membandingkan diri saya dan mereka.
Mereka. Hebat dari segi kepimpinan.
Saya. Masih kekosongan.
Mereka. Hebat dari segi dakwahnya.
Saya. Ilmu pun cetek,boleh di kira.
Mereka. Istiqamah dengan pegangan.
Saya. Masih terumbang ambing di atas 'jalan'.
Saya mula menyedari. Kehidupan ini bukan untuk kita seorang. Kehidupan ini untuk dikongsi bersama. Kehidupan di dunia hanya sementara. Akhirat jua yang kita cari. Kehidupan di akhirat lebih utama. Saya berharap, di 'sana' nanti, saya dapat bersama2 dengan meraka yang saya sayangi. Bukankah kita ingin bercinta sampai ke syurga? Cinta kita kepada ibu dan bapa harapnya berkekalan sampai ke syurga. Cinta kepada sahabat harapnya begitu juga. Dan misi saya kali ini, selepas menginjak ke umor 20 ialah, ingin menjadi 'solehah' dan juga 'muslihah'.
Solehah= mengislahkan diri sendiri.
Muslihah= mengislahkan keluarga, masyarakat dan sebagainya. Saya tahu, peranan muslihah ini amat berat. Dan saya bukanlah orang yg terbaik untuk melakukannya. Tetapi, saya ingin menyahut seruan Allah di dalam surah Al-asr, 'maka berpesan2lah kamu dgn kebenaran, dan berpesan2lah kamu dgn kesabaran'
Saya akan mencuba. Hati saya pernah terdetik, lantaran memujuk diri yang merasakan tidak layak untuk tugasan ini. 'Jikalau bukan aku, siapa lagi?' Ya. Siapa lagi. Saya membayangkan, jikalau semua orang yg ada memikirkan tidak layak untuk memuslihkan masyarakat sekeliling,maka saya rasa,sesuatu masyarakat itu tidak akan berubah untuk selamanya. Seorang sahabt mengatakan kepada saya, pengislahan diri dan pengisalahan keluarga, masyarakt sekeliling adalah berjalan secara seiring. Dalam mengislahkan diri, kita harus mencuba unutuk mengislahkan masyarakat sekeliling. Keluarga terutamanya.
Saya cuma mengharapkan sokongan dari sahabat2. Saya takut, di 'sana' nanti,pabila saya di tanya, apakah sumbangan saya terhadap Islam,saya tidak mampu untuk menjawabnya. Na'uzubillah. Kepada sahabat2, saya mohon doa kalian untuk saya terus tetap dan tsabat atas 'jalan' ini. Saya tahu, 'jalan' yang bakal saya tempuhi ini pahit, kerana syurga Allah itu manis. Doakan saya terus istiqamah di dalam kebaikan.
*berfikir dan terus berfikir*

Subscribe to:
Posts (Atom)