Showing posts with label Usrati. Show all posts
Showing posts with label Usrati. Show all posts

Saturday, April 9, 2011

Ulangtahun yang bermakna!

Dan segala puji hanya bagi Allah.


     Emak saya sering berkata. Tinggalkanlah perkara yang haram dan juga syubhah. InshaAllah, kita akan dipermudahkan dalam melakukan kebaikan.


     Dan saya melihatnya sendiri melalui pengalaman ayah saya. Ketika mana dia berjuang meninggalkan rokok yang telah sebati di dalam hidupnya. Rokok yang menjadi peneman selama 30 tahun.


     Ayah meninggalkan rokok, dan Allah meringankan dirinya untuk sering melakukan jemaah di surau dan masjid bagi bagi kebanyakan waktu solat, terutama Maghrib, Isya' dan Subuh.


'Dan nikmat tuhanmu yang manakah yang telah engkau dustakan?'


*Silalah klik link di bawah. :)
    http://ilmu-itu-cahaya.blogspot.com/2010_04_01_archive.html
    (post terdahulu)

9 hb 4 2010.
Tarikh keramat buat ayahanda saya. Malah diri saya juga.


9 hb 4 2011.
Genap setahun penghijrahan itu. Dan semakin bertambah sayang saya kepada ayahanda saya. 


Moga Allah menetapkan hati kita semua di atas jalan ketaatan dan keredhaan kepadaNya.


    
 Sungguh, untuk setiap kasih dan sayang yang telah diberi oleh kedua ibu bapa saya, saya tidak mampu untuk membalasnya. Moga Allah mengira setiap perbuatan mereka sebagai butir-butir dan buah-buah pahala yang bakal dikutip hasilnya di sana kelak.


P/s: Hari ini, ulangtahun yang pertama buat ayah saya dalam penghijrahannya. Moga Allah merahmatinya.





Thursday, October 28, 2010

sitrun minannar~

Firman Allah Taala:


'Dan Kami perintahkan kepada manusia untuk berbuat baik kepada orang tuanya yang telah mengandungnya dengan susah payah'. [surah luqman: 14].

Firman Allah lagi:


'Dan sembahlah Allah, dan jangan sekutukan Dia dengan sesuatu apa pun, dan berbuat baiklah kepada ibu bapa'. [surah an-nisaa: 36]


Firman Allah juga:


Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kau berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik baiknya. Jika salah seorang di antara kedua-duanya berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah kamu sekali-kali mengatakan kepada  keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkan kepada mereka ucapan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah “wahai Tuhanku, kasihanilah mereka berdua telah, mendidikku sewaktu masih kecil.” [surah al-israa:23-23]


nama: ainsolehah.
status: seorang anak kepada kedua ibu bapa.
mood: rindukan mereka
harapan: moga aku bisa menjadi pendinding bagi mereka dari api neraka


nota kaki untuk diri: 'jikalau insan lain menghadiahkan kemewahan kepada mereka, aku hanya ingin menghadiahkan mereka dengan ingin menjadi pendinding bagi mereka dari api neraka'.
moga doaku menjadi harta buat mereka di sana...


********************************


Thursday, September 30, 2010

Goodluck, Adik!

Bismillah. Segala puji bagi Allah. Alhamdulillah.


Oh! Saya terkenangkan adik bongsu saya yang bakal menduduki peperiksaan PMR pada Selasa minggu hadapan. Tiada apa yang ingin saya kongsikan kali ini, cuma ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dunia. Selamat melakukan yang terbaik. Dan selamat mendapatkan yang terbaik! 


P/s untuk adik Abdul: Adik, buat elok-elok untuk exam ni. Ain doakan semoga berjaya. Jangan takut2. Be confident!


Walaupun, Ain, mak ayah,along, angah, acik mengharapkan kecemerlangan adik dalam peperiksaan PMR, tapi, sebenar2 nya, Ain lagi mengharapkan kejayaan adik dalam syahsiah dan akhlak diri. Macam yang Ain selalu pesan, Ain nak adik jadi seorang Muslim yang baik. Bukan baik yang biasa, tetapi baik yang luar biasa!


'Allahumma faqqihna fiddin...'


Hehe..nak adik jadi macam ni..
Moga-moga!


p/s: Maaf..post saya kali ini agak personal. Doakan adik saya dan semua yang bakal menduduki peperiksaan  PMR minggu hadapan. Berjaya dunia. Berjaya akhirat!


*berasa sedikit sayu malam ini*





Thursday, April 15, 2010

Katakan Tak Nak!

Bagi melepaskan lelah,dia berhenti sebentar. Mengeluarkn sebatang rokok. Api dinyalakan dan disuakan. Menyalakan rokoknya. Tanpa dia sedari, seorang ustaz memerhatikannya.


"Syaikh,sini." Tangan ustaz itu menggamitnya. Terus dia melangkah ke arah ustaz itu. "Seorang pejuang islam,tidak akan merokok. Merokok boleh memudharatkan kesihatan,malahan terdpt sesetgh ulama' mengatakan hukumnya haram." Jelas kelihatan dia tersentak. Bukan dia tidak tahu akan hakikatnya,tetapi, entah mengapa teguran ikhlas itu terkesan dihatinya.


**************************************


Seorang rakan datang melawatinya petang itu. Tetamu dilayan sebaik mungkin. Air dihidangkan. Tidak kurang juga makanan. Dipertengahan perbualan antara mereka, dia mengeluarkan rokok dan menghulurkannya kepada teman.
"Isyh,xpelah. Saya sudah berhenti merokok dah ni'" Temannya berbicara.
"Haa?" Jelas kelihatan dia terkejut.
"Biar betul?" Dia meminta kepastian.
"Iyalah. Saya rasa cukuplah selama ni saya merokok. Saya nak berhenti rokok,saya nak mengenali Tuhan." Rakannya menambah.
Dia kelihatan tersentak. Pantas rokok yang baru dinyalakan, dilemparkan ke tanah, dan dipijak. Tidak puas dgn itu, rokok yang baru dibeli, mungkin masih bersisa 14 batang, di'keronyok' dan dipijak2.
"mulai harini, saya nak berhenti merokok." Isterinya yang memandang, berasa terharu.





**************************************


Permulaan kata, Bismillah.


Situasi yang saya nyatakan di atas ialah situasi yang dialami oleh seseorang yang amat hampir dan dekat dgn saya. 'Dia' yang saya nyatakan diatas ialah ayah saya. Ayah saya mula menghisap rokok ketika dia berusia 18 tahun. Mungkin kerana kurang kesedaran oleh masyarakat terdahulu tentang rokok dan hukumnya, membuatkan ayah saya terjebak ke dalam perkara tersebut. Namun, setelah berpuluh tahun merokok, ulama' mengatakan bahawa hukum merokok adalah haram. Pun begitu,akibat kebiasaan ataupun lebih tepat lagi, ketagihan, menyebabkan ayah saya amat sukar untuk meninggalkan rokok tersebut. Melalui perkara ini, barulah saya memahami, mengapakah pengharaman arak diturunkan secara beransur2. Maha suci Allah yang sungguh Bijak dan Kaya dgn rencanaNya yang Maha Hebat.


Bukan sekali ayah cuba untuk meninggalkan tabiatnya merokok. Sudah berkali-kali. Namun, cubaan yang berkali2 itu,sama sekali tidak berjaya.
"Mak rasa, kali ini ayah dapat bertahan tak?"Saya bertanyakan emak adakah cubaan ayah kali ini akan berjaya.
"InsyaAllah. Kali ni, mak yakin."
"Kenapa?" saya berasa sedikit hairan.
"kali ini, ayah buat kerana Allah. Dulu ayah cuba berhenti kerana mak yang suruh." Sedikit lega dan terharu mendengarnya. Dan saya berasa sangat gembira mendengarnya.


Dalam proses meninggalkn ketagihannya, ayah seperti tidak berdaya. Diam. Tiada suara yang selalu kedengaran mengusik emak. Namun, saya mengerti,ayah sedang 'berjuang'. Saya membeli coklat sebagai kudapan untuk ayah ketika rasa ketagihannya terhadap rokok datang menjengah. Emak membeli buah-buahan. Pelbagai makanan ringan yang dibeli oleh emak untuk ayah termasuklah ais krim. Dari sehari ke sehari, rasa ketagihan ayah sudah makin berkurang. *syukur*


Saya boleh katakan, ketagihan merokok sama seperti ketagihan dadah. Mungkin kata2 saya ini amat keterlaluan. Namun, ketika hari kedua ayah meninggalkan rokoknya, hidung ayah berair. Simptom itu jelas kelihatan seperti penagih dadah yang cuba hendak meninggalkan dadahnya. Seperti yang kita ketahui,seorang penagih apabila hendak meninggalkan dadahnya,badan akan menggigil dan hidung akan berair. Dan sekali lagi, saya bersyukur, Allah telah menggerakkan hati ayah saya untuk berhenti dari terus-terusan menghisap rokok. *Hamdanlillah*
Hari ini, genaplah seminggu ayah dalam usaha meninggalkan rokok. Saya berdoa agar dia diberikan kekuatan oleh Allah dalam meneruskan jihadnya. Saya tahu, jihad melawan nafsu adalah jihad yang paling besar. Moga2 kekuatan itu miliknya.


Tiada apa yang ingin saya katakan, cuma nasihat saya bagi rakan-rakan. Bagi yang tidak menghisap rokok, janganlah sesekali cuba mendekatinya. Sekali sudah terjebak,sukar untuk berundur. Bagi mereka yang sudah berjinak-jinak dengan rokok, cubalah untuk mengurangkannya. Ya! Hanya cuba untuk mengurangkannya. Saya tahu, bukan mudah untuk terus berhenti,disebbkan itu,cubalah untuk mengurangkannya. Memang susah 'jihad' ini, namun ingatlah, usaha yang susah itulah besar ganjarannya disisi Allah. Moga2 Allah memandang usaha tersebut, termasuklah usaha ayah saya dalam melawan ketagihannya. InsyaAllah.


*sekadar coretan mengenai kehidupan saya*


P/s: Pd mulanya, saya berasa malu untuk berkongsi kisah ini dgn semua. Malu untuk menyatakan bahawa ayah saya adalah perokok. Namun saya mengharapkan kisah ini dapat memberi manfaat dan 'itibar kepada semua. InsyaAllah. Apa2pun saya bangga dgn ayah saya. ;)Daripada dia lah, lahirnya saya. *syukur*
Doakan ayah saya terus istiqamah dgn jihadnya.
Sayang ayah. Emak juga!

Sunday, January 31, 2010

Permataku, buah hatiku.

"Ya Allah, Ya tuhanku, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ampunilah dosa-dosaku,dan dosa-dosa kedua ibu bapaku, ksihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu aku kecil."

Sunyi...selubungi malam...
Mengusik minda yang terlontar jauh...
Masih hangat terasa ...
Tangan yang membelai yang mengusik manja...
Daku damba kasihmu...
Biar jadi pedoman...
Buat penyuluh jalan kugapai impian...

Angin...kau nyanyikan lagu...
Untuk permataku...tenang selalu...
Bayu...sampaikan berita...
Daku kini ceria...aman dan bahgia...
Selimutkan rinduku bersama malammu...

Hadirlah...kau dalam mimpiku...
Agar kau selalu...ada disisiku...
Rindu belaian kasihmu...Rindu senyumanmu...
Penawar lukaku...
Dengarkan laguku...hadiah untukmu...
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya...


Dikaulah cahaya...
Bila malam menjelma...
Kasihmu membawa ke syurga...
Dan redha yang Esa...


Nyanyian dari kumpulan Mirwana mengingatkan saya kepada mak dan ayah saya. Apabila panggilan dari mak dan ayah, lagu ini yang akan kedengaran.Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini, ingatan saya terhadap mak dan ayah begitu kuat.Rindu di hati tidak tertahan. Walaupun sering dilekehkan oleh rakan-rakan kerana selalu pulang ke rumah,berikutan rumah saya hanya terletak di Rawang, saya tidak berapa ambil peduli. Baru dua minggu lepas saya pulang ke rumah untuk bersama dengan permata-permata saya di rumah. Ternyata tempoh 2 hari terlampau singkat. Bagi saya, setiap masa yang terluang saya akan luangkan masa bersama mereka. Jikalau bukan sekarang untuk kita menzahirkan kasih dan sayang kita kepada ibu dan ayah, bilakah lagi? Masih akan adakah kesempatan buat kita untuk menzahirkan kasih sayang kita kepada meraka? Bukan kah setiap yang bernyawa pasti akn menghadapi kematian?

Masih saya ingat lagi, sewaktu saya berusia 6 tahun, akibat tidak mendengar kata-kata emak yang menyuruh saya menidurkan adik, saya telah terjatuh dari tangga sehingga menyebabkan saya terpaksa menerima beberapa jahitan di dagu. Ketika itu, emak yang panik terus memeluk saya dan menangis.Ya. Emak menagis. Saya yang nakal, tetapi emak yang menangis melihat kesakitan saya. Betapa besarnya kasih sayang seorang ibu. Emak tidak memarahi saya, tetapi menasihati saya. Pesanan yang satu itu saya sematkan sehingga sekarang. "Lain kali jangan melawan cakap mak. Dosa derhaka pada ibu dan ayah ni, dibayar cash di dunia lagi". Dan saya telah mendapatkannya secara cash ketika saya berumur 6 tahun.

Pernah sekali, ketika berbual di telefon bersam emak, saya meminta maaf padanya. Emak dengan jiwa dan hati yang besar beserta dada yang lapang terus berkata" Segala kesalahan anak- anak mak, mak dah maafkan. Tiada satu pun yang tertinggal dalam hati mak ini." Saya pada ketika itu berasa sungguh tersentuh dengan kata-kata emak. Ya Allah, tulusnya kasih seorang ibu. Seringkali kita mendengar ungkapan, bahawa seorang ibu mampu untuk menjaga 10 orang anak, tetapi mampukah 10 orang anak untuk menjaga seorang ibu? Seringkali saya terfikirkannya. Doa saya agar kami adik beradik mempunyai kemampuan untuk terus menjaga kedua ibu bapa kami sehingga ke akhir hayat mereka.

Ibu mempunyai sifat dan perwatakan yang berbeza berbanding bapa. Sekiranya ibu suka menzahirkan kasih sayangnya, bapa pula lebih terkenal dengan ketegasannya. Ketika kecil, kami didisiplinkan dengan menggunakan rotan. Setiap kesalahn yang kami lakukan akan berbayar dengan libasan rotan di tangan dan juga di kaki. Walaupun, ianya memeritkan, tetapi rotan ayah itulah yang menjadikan kami orang dan juga insan pada hari ini. Namun begitu, rentak didikan ayah terhadap kami berubah ketika usia kami menginjak ke era remaja. Pada masa ini, ayah lebih banyak berlembut dan banyak memberi nasihat. Jikalau ketika kecil dahulu, cukuplah jegilan mata ayah untuk mendisiplainkan kami. Tetapi, hari ini, ayah lebih banyak bergurau bersama-sama kami adik beradik. Malahan, saya secara jujurnya, sekira mempunya masalah, saya lebih memilih ayah untuk bercerita berbanding emak. Ya. Saya 'anak ayah'. Ketika hendak menghadapi peperiksaan, saya akan meminta ayah mendoakn saya. Kata ayah, doa ayah terhadap anak-anaknya sentiasa dilafazkan setiap kali lepas solat. Alangkah murninya kasih ayah.

Ayah dan juga emak mempunyai kedai makan. Kami bukanlah dari kalangan orang mewah. Kehidupan kami boleh disifatkan sebagai sederhana. Kesibukan ayah dan emak dalam menjalankan perniagaan, amat mendatang perasaan kasihan saya kepada mereka. Pernah sekali saya menyatakan perasaan kasihan saya kepada emak. "Tak payahlah nak rasa kasihan, ni kan tanggungjawab emak". Ayah pula jika ditanya, adakah dia berasa penat dengan kehidupannya. Ayah akan berkata bahawa segala apa yang dilakukan adalah untuk anak-anak. Baginya, masa untuk dia 'enjoy' dengan segala kesenangan yang dia perolehi hasil daripada perniagaan adalah sudah tamat. Bagi ayah, hidupnya adalah untuk anak-anak.

Kadang-kadang, saya berasa malu untuk menyatakan bahawa saya sayangkan ayah dan emak saya. Kata-kata itu hanya tersekat di kerongkong. Rasa tidak mampu untuk diluahkan. Saya sendiri berasa jengkel dengan diri saya. Dengan rakan-rakan, saya mampu untuk meluahkan rasa kasih dan sayang. Tetapi, dengan emak dan ayah, saya berasa tidak mampu untuk meluahkannya. Alangkah ruginya saya. Tekad saya adalah saya ingin meluahkan rasa kasih saya kepada permata-permata saya dengan harapan mereka akan berasa dihargai.
Ingatlah bahawa sekiranya jika menghargai ibu dan bapa kita, suatu hari nanti, ketika kita mempunyai anak-anak, anak-anak itu juga yang akan menghargai kita. Tetapi,bukanlah ini yang kita harapkan semata-mata. Yang utama sebenarnya adalah untuk mencapai redha ILLAHI. Bukan kah redha ALLAH terletak kepada redha ibu dan bapa? Dan sesungguhnya, syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu.

'Ya Allah, sesungguhnya, Engkau Maha mengetahui bahawa betapa aku menyayangi ibu dan ayahku. KepadaMu aku memohon agar segala apa yang dilakukan oleh mereka berdua akan di kira sebagai nilai ibadah di sisiMU. KepadaMu aku memohon agar Engkau meletakkan mereka di dalam kenikmatan dan kesenangan di Akhirat sana,iaitu syurgaMU. Kerana hanya Engkau yang Maha Mengetahui betapa mereka telah bersusah payah demi memelihara kami yang merupakan amanahMU. Aku memohon, perkenankanlah Ya Allah,kerana sesungguhnya merekalah satu-satunya PERMATAKU,BUAH HATIKU.'