Permulaan, bismillah.
Berada dalam fatrah peperiksaan. Ujian dunia. Kemudian di uji pula dengan ujian tidak mendapat tempat di asrama. Juga ujian.
Alhamdulillah, ujian mendidik sikap kebergantungan kepada Allah.
[sekadar selingan]
***************************************
Pagi hujung minggu, di habiskan dengan menyiapkan esaimen yang tertunggak. Fatrah peperiksaan bersama esaimen tertunggak! Sengaja saya membuka Yahoo Messanger saya.
Tiba- tiba seorang sahabat menyapa.
Sahabat: Ana sayang enti!
Saya: ???
Sahabat: Sungguh, ana sayang enti.
Saya: Ana pun sayang enti, tapi dari dulu lagi. :)
Sahabat: Kenapa enti sayang ana?
Ana: Ada banyak sebab.
Sahabat: Sila nyatakan. :))
Ana: Sebab, ana sayangkan orang beriman, disebabkan itu, ana sayang enti.
Kedua, ana sayangkan orang yang sayangkan Allah, sebab tu ana sayang enti.
Ketiga, ana sayangkan orang yang berjuang di jalan Allah, sebab tu ana sayangkan enti.
Keempat, ana sayangkan orang yang baik akhlaknya, disebabkan itu, ana sayang enti.
Kelima, enti suadara ana di dalam beragama, sebab tu ana sayang enti.
Ana memang sayang enti!
Tersenyum saya mengenangkan sahabat-sahabat saya. Sungguh, sahabat di dalam perjuangan tiada galang gantinya.
'U*** ****** is online.'
Seorang sahabat online.
Saya menegurnya sebagaimana sahabat saya menegur saya tadi.
Saya: Saya sayang kamu!
Sahabat 2: Tipu!
(dalam hati saya, eh, cakap orang tipu pulak)
Sahabat 2: Cuba buktikan.
Saya: .........
Allah cintakan orang beriman, saya cintakan Allah, disebabkan itu, saya cintakan awak!
Sahabat 2: Sejauh manakah kecintaan awak pada Allah?
Saya: (terkelu)
Saya akan cuba untuk mencintai Dia,walaupun saya tidak layak untuk mencintai Dia.
Kerana, Dialah segala-galanya. Saya akan berusaha untuk mencintai Dia.
Sahabat 2: Teruskanlah dalam mencintai Dia.
Kami berhenti setakat itu. Tidak semena-mena, rasa sayu bertandang dihati.
'betulkah apa yang aku omongkan tadi?'
Betulkah kecintaan saya kepada Dia melebihi segala-galanya? Atau sekadar omongan sahaja. *astaghfirullah*
Saya mula menghitung diri.
'Adakah benar kau mencintai Dia?'
'Ya! Benar.'
'Sejauh manakah?'
'Sanggupkah kau melebihkan Dia dari segala-galanya?'
'Pabila kau di uji, sanggup kah kau menerima dengan redha?'
'Mampukah kau sentiasa bersangka baik denganNya?'
Dialog di dalam diri saya. Saya mula menghitung. Dan, saya akan berusaha.
Saya akan berusaha. *Moga usaha saya dipermudahkan*
Pabila mengenangkan dialog-dialog diatas, saya bersyukur. Bersyukur kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkan saya kepada Allah. Saya bersyukur mendapat mereka. Syukur yang tidak terhingga.
Teringat kisah yang berlaku di zaman Rasulullah, ketika mana seorang sahabat memberitahu Rasulullah akan rasa kasihnya kepada sahabatnya yang lain, lantas baginda bertanya kembali, 'adakah engkau telah memberitahu akan rasa kasihmu kepada sahabatmu?' Sahabat kemudiannya mengatakan belum menyatakan lagi akan rasa kasihnya kepada sahabatnya, Rasullah lantas bersabda: 'Pergilah kamu kepadanya dan nyatakanlah rasa kasihmu kepadanya'.
Saya begitu terkesan dengan kisah ini. Dan sesungguhnya, saya amat mengasihi sahabat-sahabat saya, yang apabila saya memandang wajah mereka, saya teringatkan Allah. Pabila berbual dengan mereka, saya teringatkan Allah. Saya teringatkan hakikat kehidupan saya yang sebenar di atas muka bumi ini, apabila saya bersama mereka. Saya amat sayangkan mereka.
Teringat matan sebuah hadith mengenai salah satu tanda-tanda halawatul iman:
"Tidak menyintai saudaranya, melainkan menyintai saudaranya kerana Allah."
Dan buat seluruh sahabat-sahabat saya,samada di mana-mana kos sekalipun, di mana-mana institusi pengajian,moga-moga kita saling kasih mengasihi kerana Allah.
***************************************
Catatan melepaskan lelah menyiapkan esaimen di petang hari :)