Showing posts with label Junjunganku. Show all posts
Showing posts with label Junjunganku. Show all posts

Monday, August 9, 2010

Ramadhan & Badar

Bismillahi wal hamdulillah 'ala kulli hal wa ni'mah~

Sya'ban makin melabuhkan tirainya manakala tirai Ramadhan makin menjengah[syaaban ambang ramadhan]. Sungguh, ramadhan adalah bulan yang sangat-sangat dinantikan oleh semua kaum muslimin dan muslimat. Siapakah yang tidak teruja menunggu bulan yang dimana, seperti sabda baginda Rasul, mafhumnya,'apabila telah tibanya Ramadhan, telah terbuka pintu-pintu syurga dan tertutupnya pintu-pintu neraka, dan dibelenggu segala syaitan'[hadis diriwayatkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasaie,Ahmad dan Baihaqi]. Nah!! Bulan Ramadhan merupakan bulan yang paling pantas bagi kita untuk mendidik nafsu dan berusaha untuk melakukan segala amal kebaikan. Semoga ianya berterusan sehingga ke bulan-bulan seterusnya. Ramadhan dan segala fadhilatnya yang tidak terhitung merupakan bonus bagi sesiapa yang menghargainya. Berbicara mengenai Ramadhan, saya teringatkan suatu peristiwa yang begitu sinonim dengan bulan yang penuh keberkatan ini, iaitu Ghazwah Badar. Peristiwa Badar Kubra ini telah berlaku pada 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah, iaitu pada hari Jumaat. Sungguh, Badar merupakan bukti kekuasaan Allah S.W.T. Masakan tentera seramai 313 orang mampu mengalahkan pihak lawan seramai 1000 orang? Namun Badar membuktikannya. Sungguh. Golongan yang sedikit mampu untuk mengalahkan golongan yang ramai atas kehendak Allah S.W.T. Peristiwa Badar ini kebanyakannya telah dinukilkan di dalam kitab Al Quran di dalam surah Al-Anfal.

Firman Allah:' (Ingatlah ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhan kamu, lalu ia perkenankan permohonan kamu [dengan firmanNya], sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu [bala tentera] dari Malaikat yang datang berturut-turut'.-surah al anfal:9
Mengapakah Allah menurunkan bantuanNya pada tentera yang sedikit itu?
Kerana, kuantiti mereka kecil, namun kualiti mereka besar.
Siapakah yang sanggup untuk berlari di tengah panas pada bulan puasa? Siapakah yang sanggup untuk berjemur di tengah panas pada bulan puasa?
Begitu juga keadaan para sahabat pada ketika itu. Pada ketika itu, mereka sedang menghadapi 2 perjuangan yang besar. Perjuangan menentang golongan kuffar dan perjuangan menentang hawa nafsu. Hanya mereka yang benar-benar dan berkualiti imannya mampu meneruskan jihad ini. Biar kecil kuantiti, asalkan besar kualiti. 

Badar mengajar kita betapa pentingnya sikap kebergantungan seorang hamba kepada Tuhannya melalui kisah baginda Rasul.
Doa baginda: " Ya Allah, penuhilah kepadaku apa yang Engkau janjikan kepadaku. Ya Allah, sesungguhnya aku bermohon akan sumpah janjiMU",
Doa baginda lagi: "Ya Allah, andaikata pasukan ini tewas pada hari ini, nescaya Engkau tidak akan disembah orang, Ya Allah, kalau begitu yang Engkau mahu, maka tiada orang yang akan menyembahMu selama-lamanya".
Kepasrahan baginda Rasul begitu memuncak. Baginda merayu dengan begitu pasrah sehingga tidak menyedari kain selendangnya jatuh dari bahu baginda sehinggalah di angkat oleh Saidina Abu Bakar.

Allah kemudiannya mewahyukan kepada malaikatNya:
' (ingatlah) ketika Tuhanmu mewahyukan kepada Malaikat: sesungguhnya, Aku menyertai kamu(memberi pertolongan), maka tetapkanlah (hati) orang-orang yang beriman. Aku akan mengisi hati-hati orang kafir dengan perasaan gerun, oleh itu, pancunglah leher mereka(musuh) dan potonglah tiap-tiap anggota mereka'.-al anfal:12
Dan turunlah bantuan Allah kepada hambaNya yang beriman dan bergantung harap padaNya. Bukan mudah usaha Nabi dan para sahabat dalam mengembangkan agama Islam pada ketika itu. Oleh itu, hargailah sahabat-sahabat sekalian Agama Islam yang sedang kita anuti sekarang ini.

Jikalau dulu, martabat wanita direndah dan dipijak. Datangnya Islam membawa cahaya. Maruah para wanita diangkat dan dimuliakan. Perintah menutup aurat menjadi satu kesempurnaan agar wanita terhindar dari pandangan-pandangan liar. Maka, janganlah para wanita pada hari ini seolah-olah menafikan hak-hak tersebut.

Badar mengajar erti pengorbanan.
Badar mengajar erti perjuangan.
Badar mengajar erti kehambaan.
Badar mengajar erti ketaatan.

Teringat saya sebuah nasyid yang didendangkan oleh kumpulan Mestica, Badar 313.
Khas untuk sahabat-sahabat yang sedang berjuang. Ingatlah, kuantiti yang sedikit bukan ukuran, kualiti jua yang menjadi pilihan. Wallahu'alam.

tak kan berundur
walaupun selangkah
biarlah berkubur
tak kan menyerah
begitu mujahadah
begitu terserlah
biarlah basah
bumi yang bertuah

rentak dan tarian
telah diperturunkan
hanya yang beriman
terus ke depan
dan demi masa
dan demi agama
dan demi bangsa
harganya nyawa

perkasalah
tersedarlah
semua yang ditidurkan
pasti terserlah
mereka yang dinantikan

dan demi masa
demi agama
dan anak bangsa
harganya nyawa

perkasalah
tersedarlah
semua yang ditidurkan
pasti terserlah
mereka yang dinantikan

313 tentera Badar berjuang
313 tentera Badar menyerang
313 tentera Badar menerang
313 tentera Badar gemilang


P/s: Mari bersama meningkatkan kualiti diri di bulan Ramdhan yang penuh leberkatan ini. Semoga ianya menjadi madrasah tarbiyatun nafsi bagi semua. :)

Sumber rujukan:
1) Badar, menyelusuri sirah perjuangan kekasih Allah,Azrul Azlan Iskandar Mirza.
2) Sirah nabawiyah, Raheq makhtum.

Friday, March 12, 2010

AKU MENGHARAPKAN SENYUMANNYA

Awal kalam,bismillah.
Sudah lama,blog ini tidak di'update' oleh saya. Terasa bagaikan banyak perkara ingin saya coretkan,namun,kali ini,saya seolah2 tidak pandai untuk menyusun kata-kata.

(Sekadar selingan)

********************************

Sejak kebelakangan ini,nasyid dendangan Maher Zain kedengaran di sana sini. Di rumah, Maher Zain,di kelas,Maher Zain hatta di atas bas pun, nasyid ini menjadi halwa telinga sesiapa sahaja. Saya tertanya2,apakah keistimewaan lagu Maher Zain ini? Pertanyaan ini saya tujukan kepada seorang sahabat,pantas sahaja dia memberikan jawapan, 'nasyid ini boleh dikira sebagai nasyid islamik zaman kontemporari'. *Erk, bunyi macam hebat sangat ni*. Saya mula mencari lagu2 dendangan Maher Zain dan mengumpulnya. Lagu pertama yang menarik minat saya adalah 'barakallahulakuma'(biasalah, lagu untuk pengantin),kemudian, 'for the rest of my life'. Kedua2 lagu ini amat saya gemari dan saya mendengarnya berulang2kali.

Pun begitu,apabila usaha saya mengumpul kesemua lagu2 ini berhasil, saya mula mendengar kesemua lagu2 ini satu persatu. Dan terdapat satu lagu yang membuatkan saya begitu tersentak dan sayu.

In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
محمد يا رسول الله

You were so caring and kind
your soul was full of light
You are the best of mankind
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
محمد يا رسول الله

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by non
You are Allah Chosen One
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

I'll try to follow your way
And do my best to live my life
as you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me


صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

صلّوا على رسول الله
Oh
Peace be upon.. Oh
The Chosen One

*selawat dan salam ke atas baginda,junjungan yang mulia*
Mendengar lagu ini, saya mula menghitung diri ini.
'On that day and see you smile when you see me'
.
*Aku tidak pasti,adakah aku mampu melihat senyuman Rasul Al-Amin di akhirat sana. Sedangkan senyuman itu amat aku harapkan. Senyuman itu amat aku dambakan. Senyuman itu amat aku nantikan. Mampukah aku? Untuk menatap wajahnya sahaja pun aku tidak pasti,samada aku berpeluang ataupun tidak, inikan pula hendak menatap senyumannya. Untuk mendapat syafaat darinya pun aku tidak pasti, aku berkelayakan ataupun tidak.*
Saya mula memikirkan. Terkedu seketika.

Pada saat ini, saya kehilangan kata2. Saya teringat kepada seorang ustaz,ketika saya menghadiri ceramah beliau mengenai pembebasan Al-Quds & perang Hittin. Bagi orang Israel, Baitul Maqdis adalah kota mereka,tempat jesus mereka disalib. Dan kota itu pada hakikatnya,tempat ke-3 yang dituntut keatas kita untuk menziarahinya (jika berkemampuan) selepas Makkah dan Madinah. Saya teringat ketika ustaz itu mengalirkan air mata kerinduan dan kesayuan apabila dia menceritakan tentang Kota Madinah. kota itu adalah kota kekasih Allah. Tempat di mana Islam berjaya di nobatkan oleh baginda. Kota itu adalah tempat baginda berjuang. Tempat baginda dijulang. Tagisan ustaz itu,suaranya yang sebak masih terkesan di hati saya. Begitu cintanya beliau kepada nabi Muhammad,sehingga apabila menyebut kota baginda sahaja, air matanya mengalir tanpa dapat ditahan. Saya jadi malu sendiri.

*Sejauh manakah kecintaan aku kepada Rasulku?* Saya tidak pasti.

Kita mengaku cintakan Rasul, namun kita berat untuk mengamalkan sunnahnya. Kita mengaku sayangkan Rasul,namun selawat dan salam ke atas baginda sering kali kita terlupa. Sedangkan, baginda di akhirnya hayatnya, menyebut 'ummati' secara berulang2.
Kita jarang berselawat ke atas Nabi ketika kita masih bernafas, mampukah kita untuk menyebut dan memanggil2 nama baginda ketika kita berada di nafas yang terakhir? Sepertimana baginda? Saya termalu sendiri.

Saya kehabisan kata2. Moga saya,kamu,awak,enta,enti,antum dan sesiapa sahaja sentiasa berusaha untuk mempersiapkan diri untuk kehidupan di akhirat sana. Mempersiapakn diri untuk bertemu Allah dan RasulNya, dalam keadaan Allah meredhai.
Moga senyuman baginda sentiasa ada untuk kita semua. Moga kita berpeluang menatap senyuman itu. Dan sesungguhnya, aku amat mengharapkan senyumannya.

********************************

Ya Allah, moga Engkau mencambahkan rasa kasih dan rinduku kepada kekasihMu,junjunganku. Aku bermohon Ya Allah.

*sekadar coretan dari saya untuk kita sama2 berfikir~*

p/s: The Chosen One (tajuk nasyid di atas).