"Ya Allah, Ya tuhanku, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ampunilah dosa-dosaku,dan dosa-dosa kedua ibu bapaku, ksihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu aku kecil."
Sunyi...selubungi malam...
Mengusik minda yang terlontar jauh...
Masih hangat terasa ...
Tangan yang membelai yang mengusik manja...
Daku damba kasihmu...
Biar jadi pedoman...
Buat penyuluh jalan kugapai impian...
Angin...kau nyanyikan lagu...
Untuk permataku...tenang selalu...
Bayu...sampaikan berita...
Daku kini ceria...aman dan bahgia...
Selimutkan rinduku bersama malammu...
Hadirlah...kau dalam mimpiku...
Agar kau selalu...ada disisiku...
Rindu belaian kasihmu...Rindu senyumanmu...
Penawar lukaku...
Dengarkan laguku...hadiah untukmu...
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya...
Dikaulah cahaya...
Bila malam menjelma...
Kasihmu membawa ke syurga...
Dan redha yang Esa...
Nyanyian dari kumpulan Mirwana mengingatkan saya kepada mak dan ayah saya. Apabila panggilan dari mak dan ayah, lagu ini yang akan kedengaran.Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini, ingatan saya terhadap mak dan ayah begitu kuat.Rindu di hati tidak tertahan. Walaupun sering dilekehkan oleh rakan-rakan kerana selalu pulang ke rumah,berikutan rumah saya hanya terletak di Rawang, saya tidak berapa ambil peduli. Baru dua minggu lepas saya pulang ke rumah untuk bersama dengan permata-permata saya di rumah. Ternyata tempoh 2 hari terlampau singkat. Bagi saya, setiap masa yang terluang saya akan luangkan masa bersama mereka. Jikalau bukan sekarang untuk kita menzahirkan kasih dan sayang kita kepada ibu dan ayah, bilakah lagi? Masih akan adakah kesempatan buat kita untuk menzahirkan kasih sayang kita kepada meraka? Bukan kah setiap yang bernyawa pasti akn menghadapi kematian?
Masih saya ingat lagi, sewaktu saya berusia 6 tahun, akibat tidak mendengar kata-kata emak yang menyuruh saya menidurkan adik, saya telah terjatuh dari tangga sehingga menyebabkan saya terpaksa menerima beberapa jahitan di dagu. Ketika itu, emak yang panik terus memeluk saya dan menangis.Ya. Emak menagis. Saya yang nakal, tetapi emak yang menangis melihat kesakitan saya. Betapa besarnya kasih sayang seorang ibu. Emak tidak memarahi saya, tetapi menasihati saya. Pesanan yang satu itu saya sematkan sehingga sekarang. "Lain kali jangan melawan cakap mak. Dosa derhaka pada ibu dan ayah ni, dibayar cash di dunia lagi". Dan saya telah mendapatkannya secara cash ketika saya berumur 6 tahun.
Pernah sekali, ketika berbual di telefon bersam emak, saya meminta maaf padanya. Emak dengan jiwa dan hati yang besar beserta dada yang lapang terus berkata" Segala kesalahan anak- anak mak, mak dah maafkan. Tiada satu pun yang tertinggal dalam hati mak ini." Saya pada ketika itu berasa sungguh tersentuh dengan kata-kata emak. Ya Allah, tulusnya kasih seorang ibu. Seringkali kita mendengar ungkapan, bahawa seorang ibu mampu untuk menjaga 10 orang anak, tetapi mampukah 10 orang anak untuk menjaga seorang ibu? Seringkali saya terfikirkannya. Doa saya agar kami adik beradik mempunyai kemampuan untuk terus menjaga kedua ibu bapa kami sehingga ke akhir hayat mereka.
Ibu mempunyai sifat dan perwatakan yang berbeza berbanding bapa. Sekiranya ibu suka menzahirkan kasih sayangnya, bapa pula lebih terkenal dengan ketegasannya. Ketika kecil, kami didisiplinkan dengan menggunakan rotan. Setiap kesalahn yang kami lakukan akan berbayar dengan libasan rotan di tangan dan juga di kaki. Walaupun, ianya memeritkan, tetapi rotan ayah itulah yang menjadikan kami orang dan juga insan pada hari ini. Namun begitu, rentak didikan ayah terhadap kami berubah ketika usia kami menginjak ke era remaja. Pada masa ini, ayah lebih banyak berlembut dan banyak memberi nasihat. Jikalau ketika kecil dahulu, cukuplah jegilan mata ayah untuk mendisiplainkan kami. Tetapi, hari ini, ayah lebih banyak bergurau bersama-sama kami adik beradik. Malahan, saya secara jujurnya, sekira mempunya masalah, saya lebih memilih ayah untuk bercerita berbanding emak. Ya. Saya 'anak ayah'. Ketika hendak menghadapi peperiksaan, saya akan meminta ayah mendoakn saya. Kata ayah, doa ayah terhadap anak-anaknya sentiasa dilafazkan setiap kali lepas solat. Alangkah murninya kasih ayah.
Ayah dan juga emak mempunyai kedai makan. Kami bukanlah dari kalangan orang mewah. Kehidupan kami boleh disifatkan sebagai sederhana. Kesibukan ayah dan emak dalam menjalankan perniagaan, amat mendatang perasaan kasihan saya kepada mereka. Pernah sekali saya menyatakan perasaan kasihan saya kepada emak. "Tak payahlah nak rasa kasihan, ni kan tanggungjawab emak". Ayah pula jika ditanya, adakah dia berasa penat dengan kehidupannya. Ayah akan berkata bahawa segala apa yang dilakukan adalah untuk anak-anak. Baginya, masa untuk dia 'enjoy' dengan segala kesenangan yang dia perolehi hasil daripada perniagaan adalah sudah tamat. Bagi ayah, hidupnya adalah untuk anak-anak.
Kadang-kadang, saya berasa malu untuk menyatakan bahawa saya sayangkan ayah dan emak saya. Kata-kata itu hanya tersekat di kerongkong. Rasa tidak mampu untuk diluahkan. Saya sendiri berasa jengkel dengan diri saya. Dengan rakan-rakan, saya mampu untuk meluahkan rasa kasih dan sayang. Tetapi, dengan emak dan ayah, saya berasa tidak mampu untuk meluahkannya. Alangkah ruginya saya. Tekad saya adalah saya ingin meluahkan rasa kasih saya kepada permata-permata saya dengan harapan mereka akan berasa dihargai.
Ingatlah bahawa sekiranya jika menghargai ibu dan bapa kita, suatu hari nanti, ketika kita mempunyai anak-anak, anak-anak itu juga yang akan menghargai kita. Tetapi,bukanlah ini yang kita harapkan semata-mata. Yang utama sebenarnya adalah untuk mencapai redha ILLAHI. Bukan kah redha ALLAH terletak kepada redha ibu dan bapa? Dan sesungguhnya, syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu.
'Ya Allah, sesungguhnya, Engkau Maha mengetahui bahawa betapa aku menyayangi ibu dan ayahku. KepadaMu aku memohon agar segala apa yang dilakukan oleh mereka berdua akan di kira sebagai nilai ibadah di sisiMU. KepadaMu aku memohon agar Engkau meletakkan mereka di dalam kenikmatan dan kesenangan di Akhirat sana,iaitu syurgaMU. Kerana hanya Engkau yang Maha Mengetahui betapa mereka telah bersusah payah demi memelihara kami yang merupakan amanahMU. Aku memohon, perkenankanlah Ya Allah,kerana sesungguhnya merekalah satu-satunya PERMATAKU,BUAH HATIKU.'
'Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan maupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.' [9:41]
Sunday, January 31, 2010
Tuesday, December 22, 2009
ilmu itu cahaya
"Ya ALLAH, tmbahkanlah kepadaku ilmu, dan kurniakn aku kefahaman" ameen..
ILMU ITU CAHAYA.
Sengaja tajuk post saya yang pertama, saya letakkn nama blog saya. Dengan nama ilmu, saya tekadkan untuk membina sebuah blog kerana pada pendapat saya, melalui blog, saya boleh memperolehi ilmu dan juga berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada pada saya. Dan blog juga menjadi pemangkin bagi saya untuk terus membaca bahan bacaan yang pelbagai bg memastikan blog ini sentiasa terisi. Percaya atau tidak, pada saat ini, tiada satu pun ilmu 'membina blog' yg ada pada saya. Dan saya sedang mencuba. Ini juga dikatakn ilmu. ilmu IT. Ilmu bukn sahaja yg berkaitan ukhrawi, bahkan ianya merangkumi duniawi juga. Pada saat ini, saya sedang mencuba untuk mencelikkan mata saya tentang IT. Dan sekarang ini,saya sedang melalui proses pembelajaran(blog). Sebagai manusia, kita adalah pelajar bagi seumur hidup kita. Dari saat kita dilahirkan hinggalah saat kita diletakkan ke dalam liang lahad. Di permulaan hidup kita, kita bermula dengan ilmu, iaitu azan dan iqamat yg dilaungkan oleh ayah kita di telinga dan pada saat2 kita dikebumikan, kita di akhiri dan dibekalkan dengan ilmu iaitu TALKIN. Dan semestinya di tengah2 antara kelahiran dan kematian, hidup ini di isi dengan ilmu.
Dalam proses menuntut ilmu, pelbagai perkara yang perlu di titik beratkan, antaranya makan dan minum. Selain daripada itu, sebagai pelajar seumur hidup, segala amalan dan juga tingkah laku kita hendaklah di titik beratkan.
"ILMU ITU CAHAYA, DAN CAHAYA ITU TIDAK MEMBERI PETUNJUK BAGI MEREKA YANG MELAKUKAN MAKSIAT"
Saya mengatakan perkara ini adalah untuk memperingati diri saya sendiri dan juga teman2 seperjuangan, terutamanya bg mereka yg sedang menuntut 'ulumuddin. Bohonglah jika saya katakan bahawa saya tidak pernah melakukan maksiat. kadang2 kata2 dusta tidak dapat di elakkan. kadang2 kata2 umpatan juga sering diungkapkan. saya tidak boleh menipu kalian mahupun diri sendiri. namun begitu, sebagai pelajar, saya sedang belajar untuk MENGISLAHKAN diri saya ke arah kebaikan. Dan sempena tahun baru hijrah yg telah datang menjengah kita, meninggalkan tahun2 sebelumnya bersama 'buku2' amalan kita,marilah kita bersama2 belajar disamping mengislahkan diri kite kearah kebaikan.
Akhir kalam, salam MAAL HIJRAH untuk rakan2 sekalian.
"buah cempedak di luar pagar,
ambilkan galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalo salah, tolong tunjukkan"
p/s: nanti nak belaja cantikkan blog dan juga upload gmbar dr teman2.

Subscribe to:
Posts (Atom)