Thursday, September 30, 2010

Goodluck, Adik!

Bismillah. Segala puji bagi Allah. Alhamdulillah.


Oh! Saya terkenangkan adik bongsu saya yang bakal menduduki peperiksaan PMR pada Selasa minggu hadapan. Tiada apa yang ingin saya kongsikan kali ini, cuma ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dunia. Selamat melakukan yang terbaik. Dan selamat mendapatkan yang terbaik! 


P/s untuk adik Abdul: Adik, buat elok-elok untuk exam ni. Ain doakan semoga berjaya. Jangan takut2. Be confident!


Walaupun, Ain, mak ayah,along, angah, acik mengharapkan kecemerlangan adik dalam peperiksaan PMR, tapi, sebenar2 nya, Ain lagi mengharapkan kejayaan adik dalam syahsiah dan akhlak diri. Macam yang Ain selalu pesan, Ain nak adik jadi seorang Muslim yang baik. Bukan baik yang biasa, tetapi baik yang luar biasa!


'Allahumma faqqihna fiddin...'


Hehe..nak adik jadi macam ni..
Moga-moga!


p/s: Maaf..post saya kali ini agak personal. Doakan adik saya dan semua yang bakal menduduki peperiksaan  PMR minggu hadapan. Berjaya dunia. Berjaya akhirat!


*berasa sedikit sayu malam ini*





Monday, September 27, 2010

5 golongan..

Bismillah dan segala puji bagi Allah.

Firman Allah S.W.T:
 "apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan sahaja untuk mengaku bahawa 'kami' telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji lagi? Sesungguhnya, Kami telah menguji orang sebelum mereka, maka Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang berdusta"

[Surah Al-amkabut: 2-3]

Lima jenis dugaan yang menimpa seseorang muslim itu, ataupun dalam erti kata lain, lima jenis golongan musuh bagi seseorang muslim:

  1. Orang mu'min yang dengki kepadanya.
  2. Orang munafiq yang membencinya.
  3. Orang kafir yang mahu memeranginya.
  4. Syaitan yang hendak menyesatkannya.
  5. Nafsu yang sentiasa bertarung dengannya.
P/s 1: petikan daripada buku 'Bahtera penyelamat' karangan Fathi yakan.

P/s 2: Kita selalu berwaspada dan sentiasa berhati2 dengan golongan yang pertama, namun, pernahkah kita berhati2 agar tidak tergolong dalam golongan tersebut? 
-inzar untuk diri-



Wednesday, September 22, 2010

Kita tiada apa~

Bismillah. Segala puji bagi Allah.



Firman Allah S.W.T:
'Maka apakah kamu mengira bahawa Kami (Allah) menciptakan kamu secara main-main (tanpa ada tujuan) dan kamu kepada Kami tidak akan dikembalikan?
' [Surah al-mu'minun: 115].

Firman Allah S.W.T lagi:
' Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kami (Allah) akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada kami'.
 [Surah al-anbiya',35].

Tiada kata yang mampu dilafazkan. Takziah diucapkan kepada sahabat-sahabat yang diuji dengan kehilangan dan kematian. Sungguh, Allah lebih  mengasihi mereka berbanding kita. 

Firman Allah lagi,
'Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dialah Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu.' (Al-An’am: 17)

Dia yang berkuasa atas segala sesuatu. Allah.
Dia yang berkuasa atas segala sesuatu. Allah.
Dia yang berkuasa atas segala sesuatu. Allah.

Mana milik kita?

Mana milik kita? Tidak ada milik kita.
Semua yang ada, Allah yang punya.
Tidak ada kita punya.
Kita hanya mengusahakan saja.

Apa yang kita dapat, Allah telah sediakannya.
Kita Allah punya,
Dunia ini ciptaanNya.
Miliklah apa sahaja.
Tidak terlepas dari ciptaanNya.
Mana milik kita.

Tidak ada kepunyaan kita.
Kita hanya mengusahakan, apa yang telah ada.
Mengapa kita sombong memiliki Allah punya.
Mengapa tidak malu.
Kepada Allah yang empunya.
Patut bersyukur kepada Allah.
Yang memberi segalanya.
Malulah kepada Allah.

Kerana milik Ia punya, maka janganlah berbangga.
Apa yang ada pada kita.
Kalau Allah tidak beri, kita tak punya apa-apa.
Janganlah mengungkit.
Mengungkit jasa kita.
Jasa kita disisiNya.
Yang sebenarnya Allah punya.
Marilah kite bersyukur.
Bukan berbangga.
Bersyukur kepada Allah.

Bukan mengungkit jasa.
Gunakanlah ni'mat Allah itu.
Untuk KHIDMAT kepadaNya.
Selepas itu, lupakan saja.
Agar tidak mengungkit-ungkitnya.

[Rabbani]

Sungguh, jika ditanya saat ini, adakah saya sanggup diuji sedemikian rupa, jujur, saya masih belum bersedia. Mana milik kita? Tiada milik kita.
Sungguh, jika ditanya bersediakah saya untuk kembali kepadaNya. Jujur, saya belum bersedia. 
Sungguh dhaif diri ini.

[sekadar catatan di malam hari.]

Ya Allah, ampunilah kami.


nota: Ayat cinta Allah di dalam surah al-fajr:27-30;
" Wahai jiwa2 yang tenang. Kembalilah kepada tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhaiNya. Maka masuklah kedalam golongan hamba2Ku. Dan masuklah kedalam syurgaKu."

Tuesday, September 14, 2010

14:7

Bismillah. Alhamdulillah atas segala ni'mat yang telah dikurniakan Allah. 


Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah Maha Besar, 

Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah.

Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak, 

Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, 

Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia, 

Kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir,

Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal, 

Yang Menepati janjiNya, Yang Menolong hambaNya, 

Dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya), 

Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,

Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah.



Alhamdulillah, kesempatan untuk sama-sama bertakbir raya, sungguh mendatangkan sebak yang tidak terhingga.
Yang Menepati janjiNya, Yang Menolong hambaNya, 
Dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya), 

Sungguh, Dialah sebaik-baik penolong kepada hamba-hambaNya.

Alhamdulillah. Sepurnama sudah memasuki madarasah tarbiyah. Alhamdulillah, diri ini masih diberi peluang untuk bertemu ramadhan kali ini.
"maka, nikmat tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?"
Moga-moga ramadhan yang telah dilalui memberi kita kekuatan untuk menghadapi 11 bulan yang mendatang sebelum bertemu ramadhan yang seterusnya. [insyaAllah]

Alhamdulillah. Hari kemenangan tahun ini disambut di kampung halaman bonda yang terletak di Kedah Darul Aman. Alhamdulillah, perhimpunan keluarga walaupun tanpa atok dan nenek masih mampu merapatkan ukhwah di antara kami di dalam keluarga yang cukup besar. Alhamdulillah.
" maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?"
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.




Firman Allah S.W.T,
' Dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang- orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh, Allah maha perkasa, maha bijaksana.'
[Al-anfal:63].

Sungguh, perhimpunan keluarga kali ini, benar2 terkesan di hati saya. Dikelilingi kanak-kanak kecil, telah mempertautkan hati saya dan mereka.
" maka, nikmat tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?"


                               ~antara sepupu yang paling saya sayang~                                                 






~ pandai bergambar ^_^~


~posing sakan~


~banyak akal, banyak keranah~



~antara sepupu kecil yang memeriahkan suasana~ 



~mereka lagi~


~si bongsu~



~ayah dan bonda~

Alhamdulillah atas segala nikmat. "maka, nikmat tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?"


Saturday, September 4, 2010

Peribadi Muslim



nota tangan untuk diri, keluarga dan sahabat-sahabat:
selamat menjadi muslim yang mu'min setelah hampir sepurnama memasuki madrasah tarbiyah.
p/s: 4 hari lagi 'ia' bakal meninggalkan kita.

Tuesday, August 31, 2010

21 vs 31


Alhamdulillah a'la kulli hal~
      Seribu kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah di atas segala ni'mat yang diberikan. Sejak kebelakangan ini, saya seolah2 hilang segala upaya untuk mencoretkan sesuatu sebagai perkongsian bersama. Upaya di sini adalah dari sudut idea dan juga ilmu. Kurang membaca barangkali. Mana bisa orang yang tidak mempunyai apa-apa hendak memberi apa-apa kepada saudaranya yang lain. Begitulah juga halnya dengan saya.
     Berbalik kepada hari ini, iaitu hari yang sangat-sangat bersejarah, siapa sangka tarikh keramat 31 Ogos jatuh pada tarikh keramat 21 Ramadhan, iaitu permulaan kepada 10 malam terakhir di bulan ramadhan. Sudah lama saya menyimpan angan-angan untuk bertemu saudara-saudara saya yang berada di luar sana yang mana biah mereka barangkali berbeza dengan biah yang kita perolehi di sini. Gusar. Saya cukup gusar, andaikata saya dipersoalkan di akhirat sana kerana tiada usaha untuk bertemu mereka. Atas ajakan beberapa orang sahabat, saya menerima pelawaan mereka untuk bertemu saudara seagama saya di luar sana. Pertama kali hati ini terdetik, mana mungkin kemungkaran itu bisa berleluasa di bulan yang penuh dengan rahmat dan keampunan Allah. Saya menyangka pasti ramai di antara kita yang sedang berlumba-lumba untuk mendapatkan satu malam yang mana lebih baik dari seribu bulan.
     Ternyata sangkaan saya meleset. Pertama kali berada berhampiran mereka, serta merta hati ini sayu. Sungguh sayu. Serta merta saya merasakan seribu kesyukuran yang tidak terhingga. Jikalau bukan dengan rahmat Allah, pasti saya tidak menjadi saya pada hari ini. Jikalau bukan dengan kehendak Allah, barangkali saya menjadi salah seorang daripada mereka. Nauzubillah,mohon dipelihara Allah. Sungguh, nikmat IMAN dan juga ISLAM lah yang paling berharga.
     Bergerak untuk mengedarkan risalah kepada mereka. Dalam hati, saya berdoa, moga-moga risalah ini diterima dan dibaca oleh mereka. Moga risalah ini menjadi wasilah untuk mereka menerima hidayah daripada Allah. Peringatan diterima agar mereka didekati dengan penuh kasih sayang, bukan dengan pandangan yang jelik dan menghina. Ya! Kasih sayang. Teringat suatu petikan daripada majalah solusi yang berjudul 'melebur takabbur'. Apabila kita melihat seseorang itu melakukan maksiat, maka janganlah kita membenci pembuat maksiat tersebut, tetapi bencilah akan perbuatan maksiat itu. Kerana, kita sendiri tidak tahu, selama manakah kita akan terus berada di dalam kebaikan, dan selama manakah mereka yang melakukan maksiat akan terus melakukan maksiat. Kerana, segala-galanya yang berlaku adalah atas kehendak dan kekuasaan Allah. Maka, berdoalah moga-moga kita sering didorong untuk sentiasa mentaati Allah. Telah berkata Syeikh Ibn Ata'illah dalam al-hikam, bahawasanya: "sebaik-baik permintaan yang harus kamu pohon daripada Allah adalah kemampuan melaksanakan apa sahaja yang Allah perintahkan kepada kamu".
     Bersua muka bersama saudara seagama yang berada di dunia luar banyak menyedarkan saya betapa bernilainya hidayah Allah itu. Janganlah kita mempersiakan hidayah tersebut. Takut takut, Allah tidak sudi untuk menghantar hidayahNya kepada kita lagi. *Nauzubillah*

Teringat satu kata-kata, bahawasanya ujian yang diterima oleh seseorang adalah berdasarkan tahap keimanannya kepada Allah. Semakin tinggi tahap keimanan, semakin besar tahap ujiannya. Setiap manusia itu, takkan terlepas daripada ujian Allah S.W.T. Menjadi orang biasa, kita akan diuji, menjadi orang yang 'luar biasa' pun turut diuji. Cuma tinggal pilihan kepada kita, samada hendak diuji sebagai orang yang biasa ataupun orang yang luar biasa. Samada hendak diuji sebagai seorang madu' ataupun diuji sebagai seorang daie.
Akhir kalam, moga sekolah ramadhan kali ini bakal melahirkan graduan-graduan yang berkualiti dari sudut iman dan juga taqwanya sekaligus menambahkan bilangan mereka yang menjadi mata-mata rantai perjuangan Rasulullah S.A.W. Moga-moga seluruh umat Islam mendapat taufiq dan hidayah Allah. Moga-moga Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang sudi untuk mengasihi dan menyayangi hamba-hambaNya yang amat membutuhkan kasih dan sayangNya. Wallahua'lam.

p/s: 9 hari lagi ramadhan bersama kita~


Thursday, August 19, 2010

Mengemis kasih~

Bismillah wal hamdulillah~
Alhamdulillah, hari ini, genaplah fasa pertama Ramadhan di lalui oleh semua kaum muslimin dan muslimat.
Kali ini, hanya ingin berkongsi lirik nasyid dari kumpulan Raihan.
Mari bersama hayati~

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati

Kepada manusia yang alpa jua buta

Lalu terheretlah aku dilorong gelisah

Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya

Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu

Tak ingin lagi kuulangi kembali

Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi

Tapi rahmat-Mu melangit luas

Harga selautan syukurku

Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkiri

Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi

Bila selangkah kurapat pada-Mu

Seribu langkah Kau rapat padaku

 [ Ya Allah, sesungguhnya kami menzalimi diri kami sendiri, jikalau Engkau tidak mengampunkan kami dan merahmati kami, maka kami akan termasuk dalam golongan yang berada di dalam kerugian]..