"Ya ALLAH, tmbahkanlah kepadaku ilmu, dan kurniakn aku kefahaman" ameen..
ILMU ITU CAHAYA.
Sengaja tajuk post saya yang pertama, saya letakkn nama blog saya. Dengan nama ilmu, saya tekadkan untuk membina sebuah blog kerana pada pendapat saya, melalui blog, saya boleh memperolehi ilmu dan juga berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada pada saya. Dan blog juga menjadi pemangkin bagi saya untuk terus membaca bahan bacaan yang pelbagai bg memastikan blog ini sentiasa terisi. Percaya atau tidak, pada saat ini, tiada satu pun ilmu 'membina blog' yg ada pada saya. Dan saya sedang mencuba. Ini juga dikatakn ilmu. ilmu IT. Ilmu bukn sahaja yg berkaitan ukhrawi, bahkan ianya merangkumi duniawi juga. Pada saat ini, saya sedang mencuba untuk mencelikkan mata saya tentang IT. Dan sekarang ini,saya sedang melalui proses pembelajaran(blog). Sebagai manusia, kita adalah pelajar bagi seumur hidup kita. Dari saat kita dilahirkan hinggalah saat kita diletakkan ke dalam liang lahad. Di permulaan hidup kita, kita bermula dengan ilmu, iaitu azan dan iqamat yg dilaungkan oleh ayah kita di telinga dan pada saat2 kita dikebumikan, kita di akhiri dan dibekalkan dengan ilmu iaitu TALKIN. Dan semestinya di tengah2 antara kelahiran dan kematian, hidup ini di isi dengan ilmu.
Dalam proses menuntut ilmu, pelbagai perkara yang perlu di titik beratkan, antaranya makan dan minum. Selain daripada itu, sebagai pelajar seumur hidup, segala amalan dan juga tingkah laku kita hendaklah di titik beratkan.
"ILMU ITU CAHAYA, DAN CAHAYA ITU TIDAK MEMBERI PETUNJUK BAGI MEREKA YANG MELAKUKAN MAKSIAT"
Saya mengatakan perkara ini adalah untuk memperingati diri saya sendiri dan juga teman2 seperjuangan, terutamanya bg mereka yg sedang menuntut 'ulumuddin. Bohonglah jika saya katakan bahawa saya tidak pernah melakukan maksiat. kadang2 kata2 dusta tidak dapat di elakkan. kadang2 kata2 umpatan juga sering diungkapkan. saya tidak boleh menipu kalian mahupun diri sendiri. namun begitu, sebagai pelajar, saya sedang belajar untuk MENGISLAHKAN diri saya ke arah kebaikan. Dan sempena tahun baru hijrah yg telah datang menjengah kita, meninggalkan tahun2 sebelumnya bersama 'buku2' amalan kita,marilah kita bersama2 belajar disamping mengislahkan diri kite kearah kebaikan.
Akhir kalam, salam MAAL HIJRAH untuk rakan2 sekalian.
"buah cempedak di luar pagar,
ambilkan galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalo salah, tolong tunjukkan"
p/s: nanti nak belaja cantikkan blog dan juga upload gmbar dr teman2.
1 comment:
Seindah Mawar Berduri,
Kalam pembukamu cukup suci,
Kerana Cahaya itu sifat menerangi,
Tekadkan Niat teruskan mencari,
Moga Ilmu dakwahmu sinar berseri.
Post a Comment