Monday, March 22, 2010

indahnya suasana itu~

Dengan nama Allah,saya mulakan penulisan saya kali ini.
Seperti biasa,kelas english bersama Sir Ridwan diadakan di makmal komputer. Kesempatan yg ada,kami gunakn dgn sebaik2nya mencari maklumat untuk menyiapkan assingment yg diamanhkn oleh sir kpd kami,tidak kurg juga yg memanfaatkn kemudahan internet untuk membuka e-mail dan sbgnya. Saya secara tidak sengaja,tergerak untuk mencari maklumat berkaitan sekolah rendah saya dahulu. Terus papan kekunci ditekan. Sekolah Rendah Islam As-saidiyyah. Sempat saya membaca beberapa peraturan sekolah yg turut dinyatakan disitu. Tiada apa yg berubah,cuma uniform sekolah sahaja yg telah direformasikan. Pelajar kini memakai baju kurung ke sekolah,berbeza dgn saya dahulu. Masih saya ingat, ketika saya masih kanak2 hingusan, uniform yg saya sarungkan sehari-harian adalah jubah blue-black beserta tudung bulat berwarna putih. Mungkin kedengaran biasa,tetapi,percayalah,kerana pemakaian itu,saya terkesan shgga sekarang. Betapa saya rindukan tarbiyah itu. Betapa saya rindukan biah disitu. Memulakan pembelajaran seawal jam 7.30 pg,setiap hari. Kelas hafalan merupakan pembuka tirai. Betapa murninya suasana disitu. Jadual kami begitu padat kerana subjek agama dan KBSR digabungkan di dlm satu sesi. Di bumi itu,kami diajar mengenal 'ulumuddin'. Kami diajar tentg adab,akhlak,sirah nabawiyyah dan sebgnya. Sungguh,saya rindukan saat itu! Namun begitu,saya hanya sempat menjadi pelajar disitu selama 3 tahun. Saya terpaksa mengikut ayah berpindah ke Kedah,lantaran ayah yg bertugas sbg tentera telah dipindahkan ke sana.

Perjalann saya diteruskan di Sekolah Rendah Islam Al-Islah. Biah disitu juga tidak kurg hebtnya. Disana, remaja lelaki dibenarkan memakai serban ke sekolah. Bebas. Tidak perlu turun naik mahkamah. Sunnah Rasul, mengapa perlu dihalang? Betapa hebat didikan para mu'allim dan mu'allimah,hinggakan pelajar yg berumur 10 tahun,mampu menjd imam kepada rakan2 seusia untuk solat subuh sujud tilawah. Apabila mengenangkn kembali,saya jd kagum dgn didikan disitu. Bukan mudah kanak2 berusia seawal 9 dan 10 tahun menghafal surah2 lazim. Perjalanan saya di bumi bertuah itu,berakhir ketika saya berusia 12 tahun.

Ma'had Mahmud Yan. Di sini,saya mula belajar mengenal erti kehidupan sebenar. Usia yg semakin matang,memudahkan kami anak2 ma'had menerima tarbiyah2 yg telah disediakan. Tamrin2 yg selalu diadakan mendidik jiwa2 kami. Usrah2 yg dijalankn meneguhkan ikatan hati antara kami. Betapa pada waktu itu,saya berasa sedikit hairan dgn Cikgu motivasi kami. Anak2 ma'had memggil beliau Sir (lantaran english adalah subjek yg diajarnya). Saya hairan melihat beliau bertungkus lumus mentarbiyah kami. Pelabagai tamrin diadakan. Beliau sanggup bermalam di bilik guru,semata2 untuk menyiapkan kertas kerja untuk tamrin2 yg bakal kami hadapi. Beliau berulang alik dari rumah ke sekolah,hanya untuk solat jemaah dan memberi sedikit pengisian kpd kami. Sungguh saya hairan pada waktu itu. Saya pelik dan sedikit kagum dgn kegigihan beliau.

Dulu. Mungkin saya tidak mengerti.
Kini. Saya makin memahami.
Dulu. Saya tertanya2 apakah asbab kegigihan beliau.
Kini. Pertanyaan saya hampir terjawab.

Beliau mengerti dan memahami tanggungjawabnya sbg pendidik. Dalam erti kata lain,MURABBI. Memegang amanah sebagai Murabbi,telah menyebbkn begitu bnyk pengorbnn yg beliau lakukan. Bukan mudah hendak mentarbiyah anak bangsa. Bukan mudah hendak melahirkan pejuang. Dan bukan mudah hendak melakukan begitu bnyk pengorbanan. Hanya mereka yg berjiwa besar mampu untuk melakukannya. Dan kini,semakin saya dewasa,semakin saya memahami hakikat kehidupan. Semakin saya mengerti perjuangan dan pengorbanan yg dilakukan oleh guru saya. Semakin saya mengerti,semakin banyak saya berfikir. Moga semangat dan kecekalan beliau dapat kami contohi.
Perjuangan itu pahit,kerana syurga Allah itu manis..

Ternyata tarbiyah di sekolah itu memg hebat. Saya terfikir. Betapa berbezanya saya di sekolah dahulu berbanding sekarang. Dulu,peraturan tidak membenarkan kami berbicara dgn pelajar banin jikalau tiada urusan penting. Disitu, kami telah dididik menjaga ikhtilat secara tidak langsung. Kini,peraturan dahulu,seolah2 telah saya abaikan. Terasa ingin meminjam kata2 sahabat saya,
"istiqamahkah saya?"

Moga Allah melindungi sahabat2 saya di Sek. Ren. Islam As-saidiyyah,Al- islah,Ma'had mahmud Yan,SBPIR dimana sahaja mereka berada. Tidak dilupakan juga yg berada di usim. Moga sahabat2 saya,Tentera2 Fiqh Fatwa dapat memegang amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi dgn sebaiknya. Seruan itu juga saya tujukan buat diri ini yg semakin hari semakin leka. Moga kita sama2 berada dibawah naungan Allah.
siiruu 'ala barakatillah


****************************************

Sekadar catatan saya mengenai perjalanan hidup~ (moga kisah ini terselit hikmah2 yg tersembunyi)

2 comments:

Anonymous said...

bumi USIM adalah bumi tarbiah..kerana kita yg membina suasana tarbiah itu..jika di sekolah dulu yg membina tarbiah adalah guru-guru yg berfikrah dan rakan-rakan yg majoriti berjiwa agama..tapi di sini kita yg perlu menyemarkkan tarbiah itu..jika berjaya,maka di sinilah tempat tarbiah yg paling manis....

Ainsolehah said...

to Anonymous:

Ya. jikalau dahulu,kita terbiasa menerima tarbiyah daripd para guru,dan sebgainya. kini,suasana sedikit berbeza. Disina,kita yg perlu bergerak untuk menghidupkan suasana itu. jikalau tidak,kehidupan kita tiada maknanya. sekadar belajar,kemudian bekerja,berkahwin dan kemudian ke liang lahad kita dikembalikan. Tiada apa bekalan. Moga kita sama2 dikuatkan dlm menuju redhaNya.

Syukran~