Thursday, April 15, 2010

Katakan Tak Nak!

Bagi melepaskan lelah,dia berhenti sebentar. Mengeluarkn sebatang rokok. Api dinyalakan dan disuakan. Menyalakan rokoknya. Tanpa dia sedari, seorang ustaz memerhatikannya.


"Syaikh,sini." Tangan ustaz itu menggamitnya. Terus dia melangkah ke arah ustaz itu. "Seorang pejuang islam,tidak akan merokok. Merokok boleh memudharatkan kesihatan,malahan terdpt sesetgh ulama' mengatakan hukumnya haram." Jelas kelihatan dia tersentak. Bukan dia tidak tahu akan hakikatnya,tetapi, entah mengapa teguran ikhlas itu terkesan dihatinya.


**************************************


Seorang rakan datang melawatinya petang itu. Tetamu dilayan sebaik mungkin. Air dihidangkan. Tidak kurang juga makanan. Dipertengahan perbualan antara mereka, dia mengeluarkan rokok dan menghulurkannya kepada teman.
"Isyh,xpelah. Saya sudah berhenti merokok dah ni'" Temannya berbicara.
"Haa?" Jelas kelihatan dia terkejut.
"Biar betul?" Dia meminta kepastian.
"Iyalah. Saya rasa cukuplah selama ni saya merokok. Saya nak berhenti rokok,saya nak mengenali Tuhan." Rakannya menambah.
Dia kelihatan tersentak. Pantas rokok yang baru dinyalakan, dilemparkan ke tanah, dan dipijak. Tidak puas dgn itu, rokok yang baru dibeli, mungkin masih bersisa 14 batang, di'keronyok' dan dipijak2.
"mulai harini, saya nak berhenti merokok." Isterinya yang memandang, berasa terharu.





**************************************


Permulaan kata, Bismillah.


Situasi yang saya nyatakan di atas ialah situasi yang dialami oleh seseorang yang amat hampir dan dekat dgn saya. 'Dia' yang saya nyatakan diatas ialah ayah saya. Ayah saya mula menghisap rokok ketika dia berusia 18 tahun. Mungkin kerana kurang kesedaran oleh masyarakat terdahulu tentang rokok dan hukumnya, membuatkan ayah saya terjebak ke dalam perkara tersebut. Namun, setelah berpuluh tahun merokok, ulama' mengatakan bahawa hukum merokok adalah haram. Pun begitu,akibat kebiasaan ataupun lebih tepat lagi, ketagihan, menyebabkan ayah saya amat sukar untuk meninggalkan rokok tersebut. Melalui perkara ini, barulah saya memahami, mengapakah pengharaman arak diturunkan secara beransur2. Maha suci Allah yang sungguh Bijak dan Kaya dgn rencanaNya yang Maha Hebat.


Bukan sekali ayah cuba untuk meninggalkan tabiatnya merokok. Sudah berkali-kali. Namun, cubaan yang berkali2 itu,sama sekali tidak berjaya.
"Mak rasa, kali ini ayah dapat bertahan tak?"Saya bertanyakan emak adakah cubaan ayah kali ini akan berjaya.
"InsyaAllah. Kali ni, mak yakin."
"Kenapa?" saya berasa sedikit hairan.
"kali ini, ayah buat kerana Allah. Dulu ayah cuba berhenti kerana mak yang suruh." Sedikit lega dan terharu mendengarnya. Dan saya berasa sangat gembira mendengarnya.


Dalam proses meninggalkn ketagihannya, ayah seperti tidak berdaya. Diam. Tiada suara yang selalu kedengaran mengusik emak. Namun, saya mengerti,ayah sedang 'berjuang'. Saya membeli coklat sebagai kudapan untuk ayah ketika rasa ketagihannya terhadap rokok datang menjengah. Emak membeli buah-buahan. Pelbagai makanan ringan yang dibeli oleh emak untuk ayah termasuklah ais krim. Dari sehari ke sehari, rasa ketagihan ayah sudah makin berkurang. *syukur*


Saya boleh katakan, ketagihan merokok sama seperti ketagihan dadah. Mungkin kata2 saya ini amat keterlaluan. Namun, ketika hari kedua ayah meninggalkan rokoknya, hidung ayah berair. Simptom itu jelas kelihatan seperti penagih dadah yang cuba hendak meninggalkan dadahnya. Seperti yang kita ketahui,seorang penagih apabila hendak meninggalkan dadahnya,badan akan menggigil dan hidung akan berair. Dan sekali lagi, saya bersyukur, Allah telah menggerakkan hati ayah saya untuk berhenti dari terus-terusan menghisap rokok. *Hamdanlillah*
Hari ini, genaplah seminggu ayah dalam usaha meninggalkan rokok. Saya berdoa agar dia diberikan kekuatan oleh Allah dalam meneruskan jihadnya. Saya tahu, jihad melawan nafsu adalah jihad yang paling besar. Moga2 kekuatan itu miliknya.


Tiada apa yang ingin saya katakan, cuma nasihat saya bagi rakan-rakan. Bagi yang tidak menghisap rokok, janganlah sesekali cuba mendekatinya. Sekali sudah terjebak,sukar untuk berundur. Bagi mereka yang sudah berjinak-jinak dengan rokok, cubalah untuk mengurangkannya. Ya! Hanya cuba untuk mengurangkannya. Saya tahu, bukan mudah untuk terus berhenti,disebbkan itu,cubalah untuk mengurangkannya. Memang susah 'jihad' ini, namun ingatlah, usaha yang susah itulah besar ganjarannya disisi Allah. Moga2 Allah memandang usaha tersebut, termasuklah usaha ayah saya dalam melawan ketagihannya. InsyaAllah.


*sekadar coretan mengenai kehidupan saya*


P/s: Pd mulanya, saya berasa malu untuk berkongsi kisah ini dgn semua. Malu untuk menyatakan bahawa ayah saya adalah perokok. Namun saya mengharapkan kisah ini dapat memberi manfaat dan 'itibar kepada semua. InsyaAllah. Apa2pun saya bangga dgn ayah saya. ;)Daripada dia lah, lahirnya saya. *syukur*
Doakan ayah saya terus istiqamah dgn jihadnya.
Sayang ayah. Emak juga!

18 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah, berpulluh tahun dahulu ayah saya adala perokok yg tegar jugak, malah mnegdar rokok di kolej pengajiannay dulu...hinggalah pada suatu hari rakan usrahnya terdiri drp ustaz datang ke rumah....ketika abah nk menyediakan air, tiba-tiba kotak roko jatuh di hadapan ustaz tersebut..merah mukanya...sejak drpd tu, dia bersumpah di hadapan motor vespanya bahawa dia tidak akan merokok lagi.. Alahmdulillah, ayah saya berhenti merokok dalam suasana tarbiah..Subhanallah, nak buat cerpen "dalam Usrah, aku berhenti merokok"..he..he..tahniah utk abah enti..

ummu_saja said...

salam...mmg terkesan dalam hati la...sbb kisah sahabat sndiri kan...moga ayah ainsolehah dapat menghadapi segalanya dgn bantuan Allah...insya'Allah...buat krn Allah, e2 yg pling pnting...syukur...salam mujahadah...moga sahabat2 kt pun start utk tinggalkan ia dan juga smokers yg laen...

Ainsolehah said...

ainsolehah to anonymous yg dihormati dan dirahmati Allah:

Alhamdulillah,sungguh hebat abah enti kerana berikrar dihdpn motor vespanya. ;) alhamdulillah. Terima kasih,moga abah enti dan abah ana dirahmati Allah selalu. InsyaAllah.
Syukran~

Ainsolehah said...

Ainsolehah to ummu_saja:

Salam ukhti. Syukran kerana sudi ziarah. Hakikatnya,ptg td ana teringt kat enti,tup2 enti da 'melawat' ana disini. Ya! moga2 rakan2 yang lain juga akn diberi kekuatan itu. InsyaAllah. Terima kasih atas doa enti,sahbt. Salam mujahadah juga untuk enti. Syukran,ukhti.

cakoi said...

maasya-Allah, this is what we call a great post!! gaya penyampain sgt kemas, pendahuluan sgt rapi but not too heavy, yg paling menarik bab analogi dgn pengharaman arak n meninggalkn sesuatu perkara bkn kerana org yg dicintai;tp krn Allah.

keep it up:D

Ainsolehah said...

Ainsolehah to Cakoi yg dirahmati Allah:

Syukran sudi menziarah. Da rasa mcm Akademi Fantasi la pulak. Ada orang komen2 secara mendalam cm ni..hehe..Ap2pun. terima kasih sudi menziarah. InsyaAllah. Moga urusan ko sentiasa dipermudahkan Allah.

InsyaAllah:D

Si Pengemis Iman said...

salam..skodeng jap ea^_^
hihi..

kisah hidup ukhti ain ni same je mcm ana..sorg yg sgt3 ana syngi adlh sorg prokok,da mcm2 care wat supaya die benti..tp still x jln jgk..moga die turut dberi ksdaran mcm ayh ukhti ainsolehah..

^_^nice post ya..

zaty said...

jgn malu nak ceritakan tntg ayah sndiri wahai shbtku. xpe2. kisah yg dulu dijadikan iktibar tok semua shbt2 kan. yg pntgnya. ayah ain dh start tok benti sume tu. alhmdulilah. zaty doakan ayah ain istiqamah dalam operasi tak nak rokok! ;D insya Allah.

Ainsolehah said...

Ainsolehah to si pengemis iman~

InsyaAllah, bnykkanlah berdoa. Mohonlah pd Allah, kerana Dialah yg memegang hati2 kita. jgn kita menyangka kemampuan untuk kita melakukan sesuatu perkara hatta kebaikn, adalah lahir dr hati kita. Sekiranya Allah tidak menggerakkan hati kita untuk melakukan kebaikan,maka tidalah kita melakukannya,dan tiadalah kita tergolong dlm kalangn mereka yg berbuat amal2 soleh. Oleh itu, marilah bersama2 berdoa agar Allah sentiasa memandu perjalanan kita dan juga keluarga kita ke arah kebaikan. Walaupun begitu, usaha dari diri sendiri untuk sentiasa melakukan kebaikan juga adalah penting. InsyaALLAH. Moga ayah ana dan ayah enti dirahmati Allah. InsyaAllah.

Ainsolehah said...

Ainsolehah to zaty:

Salam,ukhti. :) Xla, ana xmalu pun. Bese2 je. ;) Sebab tu la keluar jugak post ni. Terima kasih kerana mendoakan ayah ana. Uhibbuki fillah. Moga sentiasa berada dibwh lembayung rahmat Allah. Ameen~ :D

Siti Zulaikha binti Mokhtar said...

kepada ain yg penat mendaki ke tgkat 5,

syabas utk post kali ni!! alhamdulillah byk memberi ibrah..
semoga istiqamah trus menulis...

nnt blhla dipublishkan di blog fifa bab merokok..-admin

Ainsolehah said...

kepada wardatul syaukah yg telah menyebbkan saya naik ke tgkat 5 dan menyebabkan saya hampa:

InsyaAllah. Syukran sudi ziarah blog saya ni. :D
InsyaAllah.

Syukran sekali lagi.
Wo ai ni.

MaWaisZ said...

Salaam,
1-yang nak mula, tak yah mula
2-baru mula, brenti lah, tak macho pun. nanti akhir2 lagi payah
3- Yang dah lama(season), orang2 cam nih, takde istilah brenti slow2. Kebanyakkan mereka berhenti mengejut. Berhenti ansur ni selalu tak tahan lama, last skali mula balik, lagi kuat(kecuali mereka yang berhenti kerana Allah Ta'ala).

Sorry to say but, ayat "Malu untuk menyatakan bahawa........."
betulkan balik pemikiran KITA, nak taknak tu ayah KITA jugak, dia buat apa sekali pun, dia tetap ayah KITA. Maksudnya: masa dia merokok, kita tidak mengaku bahawa dia ayah KITA. Sehinggakan walaupun mereka kafir sekalipun, mereka TETAP AYAH/MAK kita.

Apa sekali pun, Tahniah kepada ayah anda dan ahli keluarga anda.

Semoga Allah Ta'ala memberi HIDAYAH kepada kita semua, dan jauhi FITNAH2 akhir zaman. Ameeen

MaWaisZ said...

Lagi satu, seeloknya kepada mereka yang nak Approach perokok2, TOLONG, TOLONGLAH guna dengan cara psychology, JANGAN teros hentam mereka DIRECT, "KO TAHU TAK BENDE BODO NIH HARAM, KECIK2 TAKMO MAMPOS, BESAR2 MENYUSAHKAN",(jgn sampai aku mencarut plak....)

Guna cara Psychology nabi, [Wa Jadelhom Bellaty Heya Ahsan], try approach mereka SLOW2.
Yang aku paling tak berminat, mereka yang teros attack perokok, seolah2 perokok itu sendiri serupa macam penjenayah, ada yang langsung jeling, tarik muka siap.
Insyaallah semoga kita semua diberi hidayah dan taufiq dari Allah Ta'ala. Ameen

Ainsolehah said...

Ainsolehah to Mawaisz yg dirahmati Allah,insyaAllah:

Terima kasih krn sudi menjengah blog ana dan memberi pndpt. Semoga Allah merahmati anda.
Ya betul kata anda, seburuk mcm mana pun ibu bapa kita,mereka tetap org yg telah melahirkan kita. Dan ana tidaklah bermaksud bahawa ana malu sehingga tidak mahu mengaku. Ana menceritakan ini menunjukkan bahawa ana berbangga dengn mak dan ayah ana, walau siapapun mereka. Kerana,tanpa mereka, ana tidak akan menjadi seperti hari ini. Terima kasih sekali lagi. Dan ana bersetuju dgn kata2 anda,bahawa untuk menegur mereka yg merokok ini, hendaklah dgn cara yg berhikmah. Kerana, bukan mudah hendak meningglkan benda yg sudah seolah2 menjadi makanan disebabkan ketagihan.

Ya Allah, berkatilah keluargaku, sahabt2ku dan seluruh saudara seislamku dan maafkanlah kami~

ibnuibrahim said...

salam.. baru sempat menjengok posy kali ni.. banyak ibrahnya.. ana copy nak bagi kat kak ana yang sedang berjuang mahu suaminya berhenti merokok.. tq atas post ni..

satu benda yang ana pegang dari dulu.. orang yang merasai ujian itu tak sama dengan orang yang hanya tahu teorinya..

jadi para daie sekelian pun kene pandai mengunakan wasilah yang betul untuk menunjukkan jalan yang betul..

ana pernah membenci daie kerana ana tak dapat terima caranya..

jadi senjata yang terbaik yang kita miliki adalah..

DOA....

kerana doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain tanpa pengetahuanya.. akan dikabulkan oleh Allah kata Baginda Rasullulah..

post kali nie memberikan ana kekuatan untuk terus menulis..

syukran dan maaf kalau terlalu panjang komen ana..

Anonymous said...

petua senang kp perokok.
bangun setiap pagi sebelum sarapan. minum air kosong sebanyak mungkin @ tiga gelas besar. baca basmallah. niat-
InsyaAllah. ramai dah berjaya.

CJ said...

insyaallah..terima kasih ainsolehah...