Cuti mid-sem semakin menghampiri ke penghujungnya. Cuti kali ini terasa begitu pantas berlalu. Saya hanya sempat menghabiskan masa bersama adik-beradik dalam tempoh lebih kurang 3 hari. Ternyata misi yang telah dirancang, tidak dpt dilaksanakan. Semalam (19 Feb) merupakan ulangtahun saya yg ke 20. Sehari sebelumnya, merupakan ulngtahun abg saya yg ke 23. Sedar atau tidak, kami adik beradik telah meningkat dewasa. Saya sendiri merasa tidak percaya umur saya telah berubah drpd 'teen' kpd 'ty'.Jikalau dahulu, saya ternanti2 kedatgn hari ulangtahun saya,mungkin kerana ingin dirai oleh rakan2,namun pada tahun ini, perasaan itu berubah sama sekali. Tiada lagi keterujaan saya. Yang ada hanyalah kerisauan saya yang amat sangat.
"Apakah kamu mengira bahawa KAMI menciptakan kamu secara main2, dan sesungguhnya, kamu tidak akan dikembalikan kpd KAMI?"-Surah Al-mu'minun,115.
Ayat cinta dari ALLAH telah membuatkan saya tersentak. Fikir.
"Dan tidaklah AKU menciptakan jin dan manusia melainkan untuk meraka menyembahKU. AKU tidak menghendaki rezeqi sedikitpun dari mereka,dan AKU tidak menghendaki supaya mereka memberi AKU makan."-surah Al-Zariyat,56-57.
Berfikir.
"Katakanlah sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku semata2 untuk ALLAH,tuhan semesta alam."surah al-An'am,162.
Berfikir lagi.
Sedih. Sedih dengan kealpaan saya.
Ulangtahun kali ini, saya sambut dengan memikirkan pelbagai perkara. Sudah 20 tahun saya hidup di atas dunia ini. Segala ni'mat yang saya terima yang kadangkalanya,saya mensyukurinya dan adakala saya lupa untuk berterima kasih kepada Sang pencipta yang Agung tidak terhitung banyaknya. Saya jadi malu. Jikalau Zaid bin harithah menjadi panglima perang ketika berusia 18 tahun,saya? Saya termanggu sendiri. Kejayaan Sultan Muhammad Al-fateh menawan kota Constantinople ketika berusia 21 tahun membuatkan saya bertambah malu. Jikalau saya hidup di zaman mereka berdua, nescaya sayalah orang yang paling 'lekeh' di kalangan mereka.
Mengapakah Allah menciptakan aku? Sekadar untuk beribadah kepadaNYA? Selama 20 tahun saya hidup, saya terlupa bahawa ALLAH yang Maha sempurna tidak menciptakan segala sesuatu dengan sia2. Mustahil DIA menciptakan hambaNya sekadar main2. Saya termanggu lagi. Peluang yg saya dpt ketika menghabiskan masa bersama sahabt2 seperjuangan sebelum pulang ke kampung minggu lepas, amat saya hargai. Di situla saya mula menilai nilai yg terdapat pada diri saya. Dan ternyata nilaian yang terdpt pada diri saya amat rendah. Dan saya berasa amat malu dgn sahabat2 saya yang saya kira hebat dari pelbagai segi. Saya mula membandingkan diri saya dan mereka.
Mereka. Hebat dari segi kepimpinan.
Saya. Masih kekosongan.
Mereka. Hebat dari segi dakwahnya.
Saya. Ilmu pun cetek,boleh di kira.
Mereka. Istiqamah dengan pegangan.
Saya. Masih terumbang ambing di atas 'jalan'.
Saya mula menyedari. Kehidupan ini bukan untuk kita seorang. Kehidupan ini untuk dikongsi bersama. Kehidupan di dunia hanya sementara. Akhirat jua yang kita cari. Kehidupan di akhirat lebih utama. Saya berharap, di 'sana' nanti, saya dapat bersama2 dengan meraka yang saya sayangi. Bukankah kita ingin bercinta sampai ke syurga? Cinta kita kepada ibu dan bapa harapnya berkekalan sampai ke syurga. Cinta kepada sahabat harapnya begitu juga. Dan misi saya kali ini, selepas menginjak ke umor 20 ialah, ingin menjadi 'solehah' dan juga 'muslihah'.
Solehah= mengislahkan diri sendiri.
Muslihah= mengislahkan keluarga, masyarakat dan sebagainya. Saya tahu, peranan muslihah ini amat berat. Dan saya bukanlah orang yg terbaik untuk melakukannya. Tetapi, saya ingin menyahut seruan Allah di dalam surah Al-asr, 'maka berpesan2lah kamu dgn kebenaran, dan berpesan2lah kamu dgn kesabaran'
Saya akan mencuba. Hati saya pernah terdetik, lantaran memujuk diri yang merasakan tidak layak untuk tugasan ini. 'Jikalau bukan aku, siapa lagi?' Ya. Siapa lagi. Saya membayangkan, jikalau semua orang yg ada memikirkan tidak layak untuk memuslihkan masyarakat sekeliling,maka saya rasa,sesuatu masyarakat itu tidak akan berubah untuk selamanya. Seorang sahabt mengatakan kepada saya, pengislahan diri dan pengisalahan keluarga, masyarakt sekeliling adalah berjalan secara seiring. Dalam mengislahkan diri, kita harus mencuba unutuk mengislahkan masyarakat sekeliling. Keluarga terutamanya.
Saya cuma mengharapkan sokongan dari sahabat2. Saya takut, di 'sana' nanti,pabila saya di tanya, apakah sumbangan saya terhadap Islam,saya tidak mampu untuk menjawabnya. Na'uzubillah. Kepada sahabat2, saya mohon doa kalian untuk saya terus tetap dan tsabat atas 'jalan' ini. Saya tahu, 'jalan' yang bakal saya tempuhi ini pahit, kerana syurga Allah itu manis. Doakan saya terus istiqamah di dalam kebaikan.
*berfikir dan terus berfikir*
6 comments:
semoga terus istiqomah..
teruskn pjuangn dlm medan dkwh..
ssungguhnya jln mnuju kebaikan itu tidak akan pernah mudah..
plbagai cbrn dan dugaan sdg mnunggu..
bulatkn tekad..
teguhkan iman..
kuatkan hati..
sama2 kita mjadi solehah dan muslihah..
salam..
uktiku..
ana mintak maap sgt..jujur ana terlupa..maap atas kelewatan.. selamat membuat persediaan utk perjalanan yang masih pjg walau waktu yg ada tidak begitu byk.. 'tanggungjwb melebihi masa yg ada'..salam mujahadah
to pengemis iman:
syukran atas komen nti. sama2 la kuatkan hati, bulatkn tekad. perjalann yg bakal ditempuh masih pnjg. doa2kanlah ana terus tsabat atas jln ni.
srikandi_affan:
uhibbuki ya ukhti. xde apa la. doakn ana terus tsabat wahai ukhtiku. Perjalnn kita masih jauh. Jalan ini berliku2. doakan agar langkah ana tidak terhenti dipertghn jaln, jauh sekali berpatah balik. sayang nti lillah.
semalam kita berfikir..
maka,
berfikir..
teruslah berfikir..
lalu,
bertindak..
terus bertindak...
xifu imraah:
syukran atas nasihat enti wahai ukhtiku.
ingat2kanlah ana ketika ana terleka.
syukran~
Post a Comment