Tuesday, February 23, 2010

Inilah tarbiyah terhebat!

Permulaan kalam,bismillah.

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." - Al-baqarah,286.

Memegang jawatan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini adalah tugasan yang amat sukar. Menjadi lumrah bagi kita yang bernama hamba untuk selalu menerima ujian dan dugaan dariNya. Tanpa kita sedari,hidup ini dipenuhi ujian setiap hari. Kadang2 kita diuji dengan perkara yang remeh. Ketiadaan bas untuk ke kampus. Ujian. Cafe berpindah ke Pk. Ujian. Dan pelbagai lagi ujian yang menimpa kita setiap hari. Dan hari ini saya di uji dengan ujian yang 'comel'. Menunggu bas untuk bergerak dari jam 8 malam,dan akhirnya penantian saya berakhir dengan pergerakan bas dari kampus pada pukul 9.20! Syaitan mula menyucuk dan membisikkan kata2 yang membangkitkan kemarahan saya. Istighfar. Saya hampir tewas dengan ujian yang 'comel' tadi.

Saya mula terfikir,sekiranya ujian yang kecil saya gagal untuk menghadapinya,bagaimanakah dengan ujian2 yang hebat dugaannya?

***************************

Kembali kepada realiti kehidupan,kadang2 apabila ditimpa ujian,keyakinan kepadaNya Yang Satu mula goyah. Keimanan mula rapuh. Jiwa mula mula memberontak.

"mengapa aku diuji? sdangkan aku telah berusaha menjadi hambaMu yang taat.mengapa?mengapa?" persoalan demi persoalan kita lontarkan dalam diam. Kita sering berasa,sekiranya kita telah berusaha untuk menjadi hambaNya yang taat, kita tidak pantas untuk menerima ujian dari Dia yang berkuasa ke atas diri kita, kita tidak pantas untuk menerima ujian dari Dia yang memegang hati2 dan jiwa2 hamba2Nya. Siapakah kita untuk berasa sedemikian?
Kita mengaku bahawa kita beriman,tetapi apabila diuji,pegangan kita mulai goyah.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan:'kami telah beriman',sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang terdahulu sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang berdusta" -Al-ankabut,2-3.

Hakikatnya,kita terlupa bahawa Allah mendidik kita melalui ujian2 yang diberikan kepada kita. Ujian adalah tanda Allah mengingati kita,dan Dia sentiasa menginginkan hambaNya merintih dan merayu kepadaNya. Adakah kita lupa bahawa ujian adalah tarbiyah terhebat? Ujian juga adalah sebagai kayu ukur keimanan kita.

Ujian mengajar kita bersabar.
Ujian mendidik kita bertolak ansur.
Ujian memupuk sifat2 mahmudah dalam diri kita.
Dan yang penting,ujianlah yang semakin mendekatkan kita kepada Allah.
Lumrahnya,sudah terhantuk baru nak terngadah.
Sudah tersungkur,barulah kita akan berhati2 dalam setiap langkah kita.
Begitu juga dengan ujian. Sudah diuji barulah kita akan kembali kepada Pencipta Yang memahami hakikat hamba2Nya yang sebenarnya. Inilah kemanisan ujian yang bernama tarbiyah.

Tanpa kita sedari,Allah telah memujuk hamba2Nya yang ditimpa ujian melalui mu'jizat yang diwahyukan kepada baginda Rasul S.A.W.
Firman Allah,mafhumnya:
"janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang2 beriman" - Ali 'imran,139.

*****************************

Adakah kita lupa, kekasih yang amat kita cintai ditarbiyah melalui ujian yang pelbagai? Kematian bapa semasa baginda di dalam kandungan. Kehilangan bonda ketika berusia 6 tahun. Pemergian bapa saudara yang sentiasa melindungi baginda dan juga gerak kerja da'wahnya. Kehilangan isteri yang amat baginda sayangi,isteri yang beriman kepada baginda ketika mana semua orang mendustakan baginda,isteri yang sanggup membelanjakan seluruh harta demi membantu gerak kerja da'wah baginda,isteri yang menenangkan baginda ketika baginda menerima wahyu buat pertama kalinya. Betapa hebat ujian yang baginda tempuhi sehinggakan tahun kematian kedua2 insan yang baginda sayangi ini digelar sebagai 'tahun kesedihan'.

Maka,berasa malulah kita,sekiranya ujian yang tidak seberapa ini tidak mampu untuk kita hadapinya. Ujian ini tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan ujian yang ditempuhi baginda rasul.
Bersabarlah duhai hati.
Bertahanlah wahai diri.


*******************************

Begitu Penyayang Allah,begitu Pengasih Allah. Dia menghantar ujian kepada kita sebagai tanda kasihNya kepada kita. Dia menghantar ujian kepada kita agar kita sentiasa mengingatiNya. Dalam keadaan senang mahupun susah. Maka, hargailah tarbiyah ini wahai sahabat2ku sekalian, kerana sesungguhnya ujian merupakan tarbiyah yang terhebat!

*peringatan untuk diri,berfikir dan terus berfikir*

No comments: