Tuesday, March 30, 2010

ini langkahku!

Dengan nama Allah. Bismillah~

Saya memang gemar mendengar lagu2 yg terdapat di dalam henset saya.
Boleh dikatakan 'earfon' saya sentiasa tergantung di telinga.
Kawan2 sering merungut dan mengatakan,bahawa 'earfon' itu seolah2 nyawa saya.
Bagi saya, mendengar lagu merupakan wasilah untuk saya kurang bercakap. Kerana,saya memag suka bercakap!
Banyak bercakap, banyaklah dosa!

Dan saya sedg cuba untuk mengurangkannya.
Kali ini,saya terasa seperti ingin berkongsi sebuah lagu yg diambil drpd kump Shoutul harakah. Pertama kali saya mendengar dan menghayati lagu ini,tidak semena2 bulu roma saya berdiri. Lagu ini mempunyai auranya tersendiri. Sungguh bersemangat,barangkali.

Lagu ini,khas untuk sahabat2 saya,terutamanya 'tentera2 Fiqh dan Fatwa'.

Aaa... Ini langkahku
Aaa... Terus melaju
Aaa... Ini langkahku
Aaa... Bangkitkan jihad

Ini Langkahku yang kan kuayun
Walaupun payah tak akan jera
Ini langkahku kan trus melaju
Setegar karang bangkitkan jihadku

Aral rintangan datang menghadang
Tapi syurga di bawah kilatan pedang
Hancurkan kedzaliman
Tegakkan keadilan

Pastikan langkahmu wahai pejuang
Dengan Al-Qur'an menjadi pedoman
Hembuskanlah angin pembaharuan
Karena kita khalifaturrahman.


p/s: moga2 inilah langkahmu dan langkahku,kerana kita KHALIFATURRAHMAN!

Thursday, March 25, 2010

Apakah bisikan itu?

Permulaan hari,permulaan kata,Bismillah.

Terasa ingin mencoretkan sesuatu.
Semester ini terlalu sibuk dgn jadual kelas yg padat.
Kadg2 keadaan ini membuatkn jiwa saya terasa sedikit resah.
Saya mula menghitung diri.
Apakah perbuatan saya sehari-harian lebih baik dr hari2 sebelumnya?
adakah saya semakin menghampiri atau menjauhiNya?
Ternyata jwpn yg hadir merupkn bisikn halus ke dlm hati saya.
Namun begitu,saya tidak pasti dgn bisikan yg hadir tatkala saya sedg menghitung diri.
Adakah bisikan itu lahir dari kesedaran diri?
Ataupun ianya datang drpd nafsu?
Mungkinkah ianya bisikan syaitan?
Kadg2 sesuatu yg saya lakukan terasa hilg ni'matnya. Dalam erti kata lain,tiada keikhlasan.
Kerana saya meragui perbuatn saya itu adalh berdasarkn ilham atau bisikan syaitan.
Gagal untuk mengenal pasti.
Mengikut kata2 itu,atau menolaknya?
Bimbang. Bimbang andaikata jika saya menurutnya,ternyata ianya adalah bisikan syaitan.
Gusar. Gusar sekiranya saya menolak bisikan itu,rupa2nya,bisikan itu adalh ilham dari Allah ke arah kebaikan.
Keliru. Buntu.

Apakah sebenarnya bisikan itu? Syaitan vs Ilham?

Dan benarlah,syaitan itu musuh kita yg nyata,tetapi sungguh halus permainannya!
*************************************

*apakah saya terlampau memikirkan? Adakah saya ini terlalu complicated?*
-mungkin anda akan berasa hairan dgn saya,tp inilah saya sekarg-
Moga Allah meringnkn beban saya.

Monday, March 22, 2010

indahnya suasana itu~

Dengan nama Allah,saya mulakan penulisan saya kali ini.
Seperti biasa,kelas english bersama Sir Ridwan diadakan di makmal komputer. Kesempatan yg ada,kami gunakn dgn sebaik2nya mencari maklumat untuk menyiapkan assingment yg diamanhkn oleh sir kpd kami,tidak kurg juga yg memanfaatkn kemudahan internet untuk membuka e-mail dan sbgnya. Saya secara tidak sengaja,tergerak untuk mencari maklumat berkaitan sekolah rendah saya dahulu. Terus papan kekunci ditekan. Sekolah Rendah Islam As-saidiyyah. Sempat saya membaca beberapa peraturan sekolah yg turut dinyatakan disitu. Tiada apa yg berubah,cuma uniform sekolah sahaja yg telah direformasikan. Pelajar kini memakai baju kurung ke sekolah,berbeza dgn saya dahulu. Masih saya ingat, ketika saya masih kanak2 hingusan, uniform yg saya sarungkan sehari-harian adalah jubah blue-black beserta tudung bulat berwarna putih. Mungkin kedengaran biasa,tetapi,percayalah,kerana pemakaian itu,saya terkesan shgga sekarang. Betapa saya rindukan tarbiyah itu. Betapa saya rindukan biah disitu. Memulakan pembelajaran seawal jam 7.30 pg,setiap hari. Kelas hafalan merupakan pembuka tirai. Betapa murninya suasana disitu. Jadual kami begitu padat kerana subjek agama dan KBSR digabungkan di dlm satu sesi. Di bumi itu,kami diajar mengenal 'ulumuddin'. Kami diajar tentg adab,akhlak,sirah nabawiyyah dan sebgnya. Sungguh,saya rindukan saat itu! Namun begitu,saya hanya sempat menjadi pelajar disitu selama 3 tahun. Saya terpaksa mengikut ayah berpindah ke Kedah,lantaran ayah yg bertugas sbg tentera telah dipindahkan ke sana.

Perjalann saya diteruskan di Sekolah Rendah Islam Al-Islah. Biah disitu juga tidak kurg hebtnya. Disana, remaja lelaki dibenarkan memakai serban ke sekolah. Bebas. Tidak perlu turun naik mahkamah. Sunnah Rasul, mengapa perlu dihalang? Betapa hebat didikan para mu'allim dan mu'allimah,hinggakan pelajar yg berumur 10 tahun,mampu menjd imam kepada rakan2 seusia untuk solat subuh sujud tilawah. Apabila mengenangkn kembali,saya jd kagum dgn didikan disitu. Bukan mudah kanak2 berusia seawal 9 dan 10 tahun menghafal surah2 lazim. Perjalanan saya di bumi bertuah itu,berakhir ketika saya berusia 12 tahun.

Ma'had Mahmud Yan. Di sini,saya mula belajar mengenal erti kehidupan sebenar. Usia yg semakin matang,memudahkan kami anak2 ma'had menerima tarbiyah2 yg telah disediakan. Tamrin2 yg selalu diadakan mendidik jiwa2 kami. Usrah2 yg dijalankn meneguhkan ikatan hati antara kami. Betapa pada waktu itu,saya berasa sedikit hairan dgn Cikgu motivasi kami. Anak2 ma'had memggil beliau Sir (lantaran english adalah subjek yg diajarnya). Saya hairan melihat beliau bertungkus lumus mentarbiyah kami. Pelabagai tamrin diadakan. Beliau sanggup bermalam di bilik guru,semata2 untuk menyiapkan kertas kerja untuk tamrin2 yg bakal kami hadapi. Beliau berulang alik dari rumah ke sekolah,hanya untuk solat jemaah dan memberi sedikit pengisian kpd kami. Sungguh saya hairan pada waktu itu. Saya pelik dan sedikit kagum dgn kegigihan beliau.

Dulu. Mungkin saya tidak mengerti.
Kini. Saya makin memahami.
Dulu. Saya tertanya2 apakah asbab kegigihan beliau.
Kini. Pertanyaan saya hampir terjawab.

Beliau mengerti dan memahami tanggungjawabnya sbg pendidik. Dalam erti kata lain,MURABBI. Memegang amanah sebagai Murabbi,telah menyebbkn begitu bnyk pengorbnn yg beliau lakukan. Bukan mudah hendak mentarbiyah anak bangsa. Bukan mudah hendak melahirkan pejuang. Dan bukan mudah hendak melakukan begitu bnyk pengorbanan. Hanya mereka yg berjiwa besar mampu untuk melakukannya. Dan kini,semakin saya dewasa,semakin saya memahami hakikat kehidupan. Semakin saya mengerti perjuangan dan pengorbanan yg dilakukan oleh guru saya. Semakin saya mengerti,semakin banyak saya berfikir. Moga semangat dan kecekalan beliau dapat kami contohi.
Perjuangan itu pahit,kerana syurga Allah itu manis..

Ternyata tarbiyah di sekolah itu memg hebat. Saya terfikir. Betapa berbezanya saya di sekolah dahulu berbanding sekarang. Dulu,peraturan tidak membenarkan kami berbicara dgn pelajar banin jikalau tiada urusan penting. Disitu, kami telah dididik menjaga ikhtilat secara tidak langsung. Kini,peraturan dahulu,seolah2 telah saya abaikan. Terasa ingin meminjam kata2 sahabat saya,
"istiqamahkah saya?"

Moga Allah melindungi sahabat2 saya di Sek. Ren. Islam As-saidiyyah,Al- islah,Ma'had mahmud Yan,SBPIR dimana sahaja mereka berada. Tidak dilupakan juga yg berada di usim. Moga sahabat2 saya,Tentera2 Fiqh Fatwa dapat memegang amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi dgn sebaiknya. Seruan itu juga saya tujukan buat diri ini yg semakin hari semakin leka. Moga kita sama2 berada dibawah naungan Allah.
siiruu 'ala barakatillah


****************************************

Sekadar catatan saya mengenai perjalanan hidup~ (moga kisah ini terselit hikmah2 yg tersembunyi)

Friday, March 12, 2010

AKU MENGHARAPKAN SENYUMANNYA

Awal kalam,bismillah.
Sudah lama,blog ini tidak di'update' oleh saya. Terasa bagaikan banyak perkara ingin saya coretkan,namun,kali ini,saya seolah2 tidak pandai untuk menyusun kata-kata.

(Sekadar selingan)

********************************

Sejak kebelakangan ini,nasyid dendangan Maher Zain kedengaran di sana sini. Di rumah, Maher Zain,di kelas,Maher Zain hatta di atas bas pun, nasyid ini menjadi halwa telinga sesiapa sahaja. Saya tertanya2,apakah keistimewaan lagu Maher Zain ini? Pertanyaan ini saya tujukan kepada seorang sahabat,pantas sahaja dia memberikan jawapan, 'nasyid ini boleh dikira sebagai nasyid islamik zaman kontemporari'. *Erk, bunyi macam hebat sangat ni*. Saya mula mencari lagu2 dendangan Maher Zain dan mengumpulnya. Lagu pertama yang menarik minat saya adalah 'barakallahulakuma'(biasalah, lagu untuk pengantin),kemudian, 'for the rest of my life'. Kedua2 lagu ini amat saya gemari dan saya mendengarnya berulang2kali.

Pun begitu,apabila usaha saya mengumpul kesemua lagu2 ini berhasil, saya mula mendengar kesemua lagu2 ini satu persatu. Dan terdapat satu lagu yang membuatkan saya begitu tersentak dan sayu.

In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
محمد يا رسول الله

You were so caring and kind
your soul was full of light
You are the best of mankind
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
محمد يا رسول الله

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by non
You are Allah Chosen One
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

I'll try to follow your way
And do my best to live my life
as you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me


صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

صلّوا على رسول الله
Oh
Peace be upon.. Oh
The Chosen One

*selawat dan salam ke atas baginda,junjungan yang mulia*
Mendengar lagu ini, saya mula menghitung diri ini.
'On that day and see you smile when you see me'
.
*Aku tidak pasti,adakah aku mampu melihat senyuman Rasul Al-Amin di akhirat sana. Sedangkan senyuman itu amat aku harapkan. Senyuman itu amat aku dambakan. Senyuman itu amat aku nantikan. Mampukah aku? Untuk menatap wajahnya sahaja pun aku tidak pasti,samada aku berpeluang ataupun tidak, inikan pula hendak menatap senyumannya. Untuk mendapat syafaat darinya pun aku tidak pasti, aku berkelayakan ataupun tidak.*
Saya mula memikirkan. Terkedu seketika.

Pada saat ini, saya kehilangan kata2. Saya teringat kepada seorang ustaz,ketika saya menghadiri ceramah beliau mengenai pembebasan Al-Quds & perang Hittin. Bagi orang Israel, Baitul Maqdis adalah kota mereka,tempat jesus mereka disalib. Dan kota itu pada hakikatnya,tempat ke-3 yang dituntut keatas kita untuk menziarahinya (jika berkemampuan) selepas Makkah dan Madinah. Saya teringat ketika ustaz itu mengalirkan air mata kerinduan dan kesayuan apabila dia menceritakan tentang Kota Madinah. kota itu adalah kota kekasih Allah. Tempat di mana Islam berjaya di nobatkan oleh baginda. Kota itu adalah tempat baginda berjuang. Tempat baginda dijulang. Tagisan ustaz itu,suaranya yang sebak masih terkesan di hati saya. Begitu cintanya beliau kepada nabi Muhammad,sehingga apabila menyebut kota baginda sahaja, air matanya mengalir tanpa dapat ditahan. Saya jadi malu sendiri.

*Sejauh manakah kecintaan aku kepada Rasulku?* Saya tidak pasti.

Kita mengaku cintakan Rasul, namun kita berat untuk mengamalkan sunnahnya. Kita mengaku sayangkan Rasul,namun selawat dan salam ke atas baginda sering kali kita terlupa. Sedangkan, baginda di akhirnya hayatnya, menyebut 'ummati' secara berulang2.
Kita jarang berselawat ke atas Nabi ketika kita masih bernafas, mampukah kita untuk menyebut dan memanggil2 nama baginda ketika kita berada di nafas yang terakhir? Sepertimana baginda? Saya termalu sendiri.

Saya kehabisan kata2. Moga saya,kamu,awak,enta,enti,antum dan sesiapa sahaja sentiasa berusaha untuk mempersiapkan diri untuk kehidupan di akhirat sana. Mempersiapakn diri untuk bertemu Allah dan RasulNya, dalam keadaan Allah meredhai.
Moga senyuman baginda sentiasa ada untuk kita semua. Moga kita berpeluang menatap senyuman itu. Dan sesungguhnya, aku amat mengharapkan senyumannya.

********************************

Ya Allah, moga Engkau mencambahkan rasa kasih dan rinduku kepada kekasihMu,junjunganku. Aku bermohon Ya Allah.

*sekadar coretan dari saya untuk kita sama2 berfikir~*

p/s: The Chosen One (tajuk nasyid di atas).

Tuesday, February 23, 2010

Inilah tarbiyah terhebat!

Permulaan kalam,bismillah.

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." - Al-baqarah,286.

Memegang jawatan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini adalah tugasan yang amat sukar. Menjadi lumrah bagi kita yang bernama hamba untuk selalu menerima ujian dan dugaan dariNya. Tanpa kita sedari,hidup ini dipenuhi ujian setiap hari. Kadang2 kita diuji dengan perkara yang remeh. Ketiadaan bas untuk ke kampus. Ujian. Cafe berpindah ke Pk. Ujian. Dan pelbagai lagi ujian yang menimpa kita setiap hari. Dan hari ini saya di uji dengan ujian yang 'comel'. Menunggu bas untuk bergerak dari jam 8 malam,dan akhirnya penantian saya berakhir dengan pergerakan bas dari kampus pada pukul 9.20! Syaitan mula menyucuk dan membisikkan kata2 yang membangkitkan kemarahan saya. Istighfar. Saya hampir tewas dengan ujian yang 'comel' tadi.

Saya mula terfikir,sekiranya ujian yang kecil saya gagal untuk menghadapinya,bagaimanakah dengan ujian2 yang hebat dugaannya?

***************************

Kembali kepada realiti kehidupan,kadang2 apabila ditimpa ujian,keyakinan kepadaNya Yang Satu mula goyah. Keimanan mula rapuh. Jiwa mula mula memberontak.

"mengapa aku diuji? sdangkan aku telah berusaha menjadi hambaMu yang taat.mengapa?mengapa?" persoalan demi persoalan kita lontarkan dalam diam. Kita sering berasa,sekiranya kita telah berusaha untuk menjadi hambaNya yang taat, kita tidak pantas untuk menerima ujian dari Dia yang berkuasa ke atas diri kita, kita tidak pantas untuk menerima ujian dari Dia yang memegang hati2 dan jiwa2 hamba2Nya. Siapakah kita untuk berasa sedemikian?
Kita mengaku bahawa kita beriman,tetapi apabila diuji,pegangan kita mulai goyah.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan:'kami telah beriman',sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang terdahulu sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang berdusta" -Al-ankabut,2-3.

Hakikatnya,kita terlupa bahawa Allah mendidik kita melalui ujian2 yang diberikan kepada kita. Ujian adalah tanda Allah mengingati kita,dan Dia sentiasa menginginkan hambaNya merintih dan merayu kepadaNya. Adakah kita lupa bahawa ujian adalah tarbiyah terhebat? Ujian juga adalah sebagai kayu ukur keimanan kita.

Ujian mengajar kita bersabar.
Ujian mendidik kita bertolak ansur.
Ujian memupuk sifat2 mahmudah dalam diri kita.
Dan yang penting,ujianlah yang semakin mendekatkan kita kepada Allah.
Lumrahnya,sudah terhantuk baru nak terngadah.
Sudah tersungkur,barulah kita akan berhati2 dalam setiap langkah kita.
Begitu juga dengan ujian. Sudah diuji barulah kita akan kembali kepada Pencipta Yang memahami hakikat hamba2Nya yang sebenarnya. Inilah kemanisan ujian yang bernama tarbiyah.

Tanpa kita sedari,Allah telah memujuk hamba2Nya yang ditimpa ujian melalui mu'jizat yang diwahyukan kepada baginda Rasul S.A.W.
Firman Allah,mafhumnya:
"janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang2 beriman" - Ali 'imran,139.

*****************************

Adakah kita lupa, kekasih yang amat kita cintai ditarbiyah melalui ujian yang pelbagai? Kematian bapa semasa baginda di dalam kandungan. Kehilangan bonda ketika berusia 6 tahun. Pemergian bapa saudara yang sentiasa melindungi baginda dan juga gerak kerja da'wahnya. Kehilangan isteri yang amat baginda sayangi,isteri yang beriman kepada baginda ketika mana semua orang mendustakan baginda,isteri yang sanggup membelanjakan seluruh harta demi membantu gerak kerja da'wah baginda,isteri yang menenangkan baginda ketika baginda menerima wahyu buat pertama kalinya. Betapa hebat ujian yang baginda tempuhi sehinggakan tahun kematian kedua2 insan yang baginda sayangi ini digelar sebagai 'tahun kesedihan'.

Maka,berasa malulah kita,sekiranya ujian yang tidak seberapa ini tidak mampu untuk kita hadapinya. Ujian ini tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan ujian yang ditempuhi baginda rasul.
Bersabarlah duhai hati.
Bertahanlah wahai diri.


*******************************

Begitu Penyayang Allah,begitu Pengasih Allah. Dia menghantar ujian kepada kita sebagai tanda kasihNya kepada kita. Dia menghantar ujian kepada kita agar kita sentiasa mengingatiNya. Dalam keadaan senang mahupun susah. Maka, hargailah tarbiyah ini wahai sahabat2ku sekalian, kerana sesungguhnya ujian merupakan tarbiyah yang terhebat!

*peringatan untuk diri,berfikir dan terus berfikir*

Friday, February 19, 2010

Soleh vs Musleh

Cuti mid-sem semakin menghampiri ke penghujungnya. Cuti kali ini terasa begitu pantas berlalu. Saya hanya sempat menghabiskan masa bersama adik-beradik dalam tempoh lebih kurang 3 hari. Ternyata misi yang telah dirancang, tidak dpt dilaksanakan. Semalam (19 Feb) merupakan ulangtahun saya yg ke 20. Sehari sebelumnya, merupakan ulngtahun abg saya yg ke 23. Sedar atau tidak, kami adik beradik telah meningkat dewasa. Saya sendiri merasa tidak percaya umur saya telah berubah drpd 'teen' kpd 'ty'.Jikalau dahulu, saya ternanti2 kedatgn hari ulangtahun saya,mungkin kerana ingin dirai oleh rakan2,namun pada tahun ini, perasaan itu berubah sama sekali. Tiada lagi keterujaan saya. Yang ada hanyalah kerisauan saya yang amat sangat.

"Apakah kamu mengira bahawa KAMI menciptakan kamu secara main2, dan sesungguhnya, kamu tidak akan dikembalikan kpd KAMI?"-Surah Al-mu'minun,115.

Ayat cinta dari ALLAH telah membuatkan saya tersentak. Fikir.

"Dan tidaklah AKU menciptakan jin dan manusia melainkan untuk meraka menyembahKU. AKU tidak menghendaki rezeqi sedikitpun dari mereka,dan AKU tidak menghendaki supaya mereka memberi AKU makan."-surah Al-Zariyat,56-57.

Berfikir.

"Katakanlah sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku semata2 untuk ALLAH,tuhan semesta alam."surah al-An'am,162.

Berfikir lagi.
Sedih. Sedih dengan kealpaan saya.

Ulangtahun kali ini, saya sambut dengan memikirkan pelbagai perkara. Sudah 20 tahun saya hidup di atas dunia ini. Segala ni'mat yang saya terima yang kadangkalanya,saya mensyukurinya dan adakala saya lupa untuk berterima kasih kepada Sang pencipta yang Agung tidak terhitung banyaknya. Saya jadi malu. Jikalau Zaid bin harithah menjadi panglima perang ketika berusia 18 tahun,saya? Saya termanggu sendiri. Kejayaan Sultan Muhammad Al-fateh menawan kota Constantinople ketika berusia 21 tahun membuatkan saya bertambah malu. Jikalau saya hidup di zaman mereka berdua, nescaya sayalah orang yang paling 'lekeh' di kalangan mereka.

Mengapakah Allah menciptakan aku? Sekadar untuk beribadah kepadaNYA? Selama 20 tahun saya hidup, saya terlupa bahawa ALLAH yang Maha sempurna tidak menciptakan segala sesuatu dengan sia2. Mustahil DIA menciptakan hambaNya sekadar main2. Saya termanggu lagi. Peluang yg saya dpt ketika menghabiskan masa bersama sahabt2 seperjuangan sebelum pulang ke kampung minggu lepas, amat saya hargai. Di situla saya mula menilai nilai yg terdapat pada diri saya. Dan ternyata nilaian yang terdpt pada diri saya amat rendah. Dan saya berasa amat malu dgn sahabat2 saya yang saya kira hebat dari pelbagai segi. Saya mula membandingkan diri saya dan mereka.

Mereka. Hebat dari segi kepimpinan.
Saya. Masih kekosongan.
Mereka. Hebat dari segi dakwahnya.
Saya. Ilmu pun cetek,boleh di kira.
Mereka. Istiqamah dengan pegangan.
Saya. Masih terumbang ambing di atas 'jalan'.

Saya mula menyedari. Kehidupan ini bukan untuk kita seorang. Kehidupan ini untuk dikongsi bersama. Kehidupan di dunia hanya sementara. Akhirat jua yang kita cari. Kehidupan di akhirat lebih utama. Saya berharap, di 'sana' nanti, saya dapat bersama2 dengan meraka yang saya sayangi. Bukankah kita ingin bercinta sampai ke syurga? Cinta kita kepada ibu dan bapa harapnya berkekalan sampai ke syurga. Cinta kepada sahabat harapnya begitu juga. Dan misi saya kali ini, selepas menginjak ke umor 20 ialah, ingin menjadi 'solehah' dan juga 'muslihah'.

Solehah= mengislahkan diri sendiri.
Muslihah= mengislahkan keluarga, masyarakat dan sebagainya. Saya tahu, peranan muslihah ini amat berat. Dan saya bukanlah orang yg terbaik untuk melakukannya. Tetapi, saya ingin menyahut seruan Allah di dalam surah Al-asr, 'maka berpesan2lah kamu dgn kebenaran, dan berpesan2lah kamu dgn kesabaran'
Saya akan mencuba. Hati saya pernah terdetik, lantaran memujuk diri yang merasakan tidak layak untuk tugasan ini. 'Jikalau bukan aku, siapa lagi?' Ya. Siapa lagi. Saya membayangkan, jikalau semua orang yg ada memikirkan tidak layak untuk memuslihkan masyarakat sekeliling,maka saya rasa,sesuatu masyarakat itu tidak akan berubah untuk selamanya. Seorang sahabt mengatakan kepada saya, pengislahan diri dan pengisalahan keluarga, masyarakt sekeliling adalah berjalan secara seiring. Dalam mengislahkan diri, kita harus mencuba unutuk mengislahkan masyarakat sekeliling. Keluarga terutamanya.

Saya cuma mengharapkan sokongan dari sahabat2. Saya takut, di 'sana' nanti,pabila saya di tanya, apakah sumbangan saya terhadap Islam,saya tidak mampu untuk menjawabnya. Na'uzubillah. Kepada sahabat2, saya mohon doa kalian untuk saya terus tetap dan tsabat atas 'jalan' ini. Saya tahu, 'jalan' yang bakal saya tempuhi ini pahit, kerana syurga Allah itu manis. Doakan saya terus istiqamah di dalam kebaikan.

*berfikir dan terus berfikir*

Sunday, January 31, 2010

Permataku, buah hatiku.

"Ya Allah, Ya tuhanku, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ampunilah dosa-dosaku,dan dosa-dosa kedua ibu bapaku, ksihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku sewaktu aku kecil."

Sunyi...selubungi malam...
Mengusik minda yang terlontar jauh...
Masih hangat terasa ...
Tangan yang membelai yang mengusik manja...
Daku damba kasihmu...
Biar jadi pedoman...
Buat penyuluh jalan kugapai impian...

Angin...kau nyanyikan lagu...
Untuk permataku...tenang selalu...
Bayu...sampaikan berita...
Daku kini ceria...aman dan bahgia...
Selimutkan rinduku bersama malammu...

Hadirlah...kau dalam mimpiku...
Agar kau selalu...ada disisiku...
Rindu belaian kasihmu...Rindu senyumanmu...
Penawar lukaku...
Dengarkan laguku...hadiah untukmu...
Jasa dan baktimu ku kenang selamanya...


Dikaulah cahaya...
Bila malam menjelma...
Kasihmu membawa ke syurga...
Dan redha yang Esa...


Nyanyian dari kumpulan Mirwana mengingatkan saya kepada mak dan ayah saya. Apabila panggilan dari mak dan ayah, lagu ini yang akan kedengaran.Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini, ingatan saya terhadap mak dan ayah begitu kuat.Rindu di hati tidak tertahan. Walaupun sering dilekehkan oleh rakan-rakan kerana selalu pulang ke rumah,berikutan rumah saya hanya terletak di Rawang, saya tidak berapa ambil peduli. Baru dua minggu lepas saya pulang ke rumah untuk bersama dengan permata-permata saya di rumah. Ternyata tempoh 2 hari terlampau singkat. Bagi saya, setiap masa yang terluang saya akan luangkan masa bersama mereka. Jikalau bukan sekarang untuk kita menzahirkan kasih dan sayang kita kepada ibu dan ayah, bilakah lagi? Masih akan adakah kesempatan buat kita untuk menzahirkan kasih sayang kita kepada meraka? Bukan kah setiap yang bernyawa pasti akn menghadapi kematian?

Masih saya ingat lagi, sewaktu saya berusia 6 tahun, akibat tidak mendengar kata-kata emak yang menyuruh saya menidurkan adik, saya telah terjatuh dari tangga sehingga menyebabkan saya terpaksa menerima beberapa jahitan di dagu. Ketika itu, emak yang panik terus memeluk saya dan menangis.Ya. Emak menagis. Saya yang nakal, tetapi emak yang menangis melihat kesakitan saya. Betapa besarnya kasih sayang seorang ibu. Emak tidak memarahi saya, tetapi menasihati saya. Pesanan yang satu itu saya sematkan sehingga sekarang. "Lain kali jangan melawan cakap mak. Dosa derhaka pada ibu dan ayah ni, dibayar cash di dunia lagi". Dan saya telah mendapatkannya secara cash ketika saya berumur 6 tahun.

Pernah sekali, ketika berbual di telefon bersam emak, saya meminta maaf padanya. Emak dengan jiwa dan hati yang besar beserta dada yang lapang terus berkata" Segala kesalahan anak- anak mak, mak dah maafkan. Tiada satu pun yang tertinggal dalam hati mak ini." Saya pada ketika itu berasa sungguh tersentuh dengan kata-kata emak. Ya Allah, tulusnya kasih seorang ibu. Seringkali kita mendengar ungkapan, bahawa seorang ibu mampu untuk menjaga 10 orang anak, tetapi mampukah 10 orang anak untuk menjaga seorang ibu? Seringkali saya terfikirkannya. Doa saya agar kami adik beradik mempunyai kemampuan untuk terus menjaga kedua ibu bapa kami sehingga ke akhir hayat mereka.

Ibu mempunyai sifat dan perwatakan yang berbeza berbanding bapa. Sekiranya ibu suka menzahirkan kasih sayangnya, bapa pula lebih terkenal dengan ketegasannya. Ketika kecil, kami didisiplinkan dengan menggunakan rotan. Setiap kesalahn yang kami lakukan akan berbayar dengan libasan rotan di tangan dan juga di kaki. Walaupun, ianya memeritkan, tetapi rotan ayah itulah yang menjadikan kami orang dan juga insan pada hari ini. Namun begitu, rentak didikan ayah terhadap kami berubah ketika usia kami menginjak ke era remaja. Pada masa ini, ayah lebih banyak berlembut dan banyak memberi nasihat. Jikalau ketika kecil dahulu, cukuplah jegilan mata ayah untuk mendisiplainkan kami. Tetapi, hari ini, ayah lebih banyak bergurau bersama-sama kami adik beradik. Malahan, saya secara jujurnya, sekira mempunya masalah, saya lebih memilih ayah untuk bercerita berbanding emak. Ya. Saya 'anak ayah'. Ketika hendak menghadapi peperiksaan, saya akan meminta ayah mendoakn saya. Kata ayah, doa ayah terhadap anak-anaknya sentiasa dilafazkan setiap kali lepas solat. Alangkah murninya kasih ayah.

Ayah dan juga emak mempunyai kedai makan. Kami bukanlah dari kalangan orang mewah. Kehidupan kami boleh disifatkan sebagai sederhana. Kesibukan ayah dan emak dalam menjalankan perniagaan, amat mendatang perasaan kasihan saya kepada mereka. Pernah sekali saya menyatakan perasaan kasihan saya kepada emak. "Tak payahlah nak rasa kasihan, ni kan tanggungjawab emak". Ayah pula jika ditanya, adakah dia berasa penat dengan kehidupannya. Ayah akan berkata bahawa segala apa yang dilakukan adalah untuk anak-anak. Baginya, masa untuk dia 'enjoy' dengan segala kesenangan yang dia perolehi hasil daripada perniagaan adalah sudah tamat. Bagi ayah, hidupnya adalah untuk anak-anak.

Kadang-kadang, saya berasa malu untuk menyatakan bahawa saya sayangkan ayah dan emak saya. Kata-kata itu hanya tersekat di kerongkong. Rasa tidak mampu untuk diluahkan. Saya sendiri berasa jengkel dengan diri saya. Dengan rakan-rakan, saya mampu untuk meluahkan rasa kasih dan sayang. Tetapi, dengan emak dan ayah, saya berasa tidak mampu untuk meluahkannya. Alangkah ruginya saya. Tekad saya adalah saya ingin meluahkan rasa kasih saya kepada permata-permata saya dengan harapan mereka akan berasa dihargai.
Ingatlah bahawa sekiranya jika menghargai ibu dan bapa kita, suatu hari nanti, ketika kita mempunyai anak-anak, anak-anak itu juga yang akan menghargai kita. Tetapi,bukanlah ini yang kita harapkan semata-mata. Yang utama sebenarnya adalah untuk mencapai redha ILLAHI. Bukan kah redha ALLAH terletak kepada redha ibu dan bapa? Dan sesungguhnya, syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu.

'Ya Allah, sesungguhnya, Engkau Maha mengetahui bahawa betapa aku menyayangi ibu dan ayahku. KepadaMu aku memohon agar segala apa yang dilakukan oleh mereka berdua akan di kira sebagai nilai ibadah di sisiMU. KepadaMu aku memohon agar Engkau meletakkan mereka di dalam kenikmatan dan kesenangan di Akhirat sana,iaitu syurgaMU. Kerana hanya Engkau yang Maha Mengetahui betapa mereka telah bersusah payah demi memelihara kami yang merupakan amanahMU. Aku memohon, perkenankanlah Ya Allah,kerana sesungguhnya merekalah satu-satunya PERMATAKU,BUAH HATIKU.'