Wednesday, April 7, 2010

Dedikasi untuk kalian.

Permulaan kalam,permulaan kata. Bismillah~

Hari ini merupakan hari yg terakhir bg semester ke 2. Pelbagai perasaan bercampur baur didlm diri saya. Dalam diam,hati saya mengakui keseronokan menuntut ilmu bersama2 kalian. Dan saya berasa sedikit sayu.Kebarangkalian untuk kami menimba ilmu bersama2 didalam satu halaqah,satu kelas adalah tidak meyakinkan. Sungguh. Saya menyukai kelas ini. Benar. Saya banyak mempelajari pelbagai perkara daripada kalian,sahbt2 saya. Saya mempelajari nilai2 seorg pemimpin drpd Ibrahim, Basri dan liza,saya mendapati nilai2 kesabaran dr Abu Bakar. Abu bakar yang tidak fasih berbahasa melayu akan mendiamkan diri apbla guru2 yg mengajar bertutur didlm bhasa melayu. Malahan,dia tidak pernah tidak menghadiri kelas walau sekali. Saya belajar nilai setiakawan dan bersatu padu dr shbt2 abu bakar,iaitu Rushdi,Farhan,Azizi dan sbgnya yg sedia membntu abu bakar didlm pelajaran. Boleh dikatakan,saya mempelajari pelbagai perkara dr shbt2 saya. Antaranya, K.ihan,k.haizum,k.idza,k.adlina. Saya mempelajari sifat bertolak ansur dr mereka. Hanan,Khalilah,Finaz,Nusaibah,Hazirah,dua2 nazihah. Saya mendapati nilai2 keyuan dr mereka. Ummu,Nurliza,Hafizah,Atiqah. Banyak ilmu yg saya dpt dr mereka. Sungguh bnyk yg saya pelajari dr mereka. Tidak terkira. Oleh itu, saya disini ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kpd rakan2 dan juga shbt2 saya. Kalianlah antara mereka yg mewarnai kehidupan saya sbg seorg pelajar. Dan saya amat menghargainya.

Basri,Ibrahim Husin,Izzat,Azizi,Farhan,Abu bakar,rushdi.
Ummu,Izzati,Ana Omar,Ana Ismail,Ana Muhammad,Hafizah,Idza,Atiqah,Sophia,Athirah,khalilah,Hanan,Finaz,Nazihah Derahman,Nazihah,Rafe'ah,Nusaibah,Adlina,Nurliza,Wan haizum,Raihan,Shahera Anuar dan Hazirah.
Dan juga buat seluruh sahabat2 saya yg sama2 bernaung di bawah Fakulti Syariah dan Undang-undang khususnya,dan shbt2 di USIM umumnya.

"sesungguhnya, orang2 mu'min itu bersaudara" surah al hujjurat,ayat 10.
Saya mengharapkan, kita semua mampu menjadi org2 mu'min. Kerana,Allah telah berfirman,mafhumnya org2 yg beriman itu bersaudara. Dan saya amat mengasihi kalian,dan saya amat menghrpkn kita tergolong dr kalangan org2 beriman,kerana...

Saya amat kepingin untuk menjadi saudara2 kalian, bukan sahaja di dunia, malah di akhirat. Bukan sahaja didunia, malah disyurga. Bukan sahaja saat ini, tetapi untuk selama2nya.
Moga doa saya ini dikabulkan. Agar kita sama2 bisa menjalinkan kasih syg kita di 'negeri abadi'. Maafkan saya di atas segala keterlanjuran saya. Maafkan saya,sekiranya terdapat perkara yg tidak selesai antara saya dan kalian. Maafkan saya di dunia dan akhirat.

****************************************

Khas untuk shbt2:

Saya bukanlah org yg terbaik untuk berbicara. Namun, saya berbicara atas dasar rasa tanggungjawab saya terhadap diri,kepada agama, dan juga kepada Dia yg Maha Pengasih lagi Penyayang. Allah telah berfirman:

"لقد خلقنا الإنسان في أحسن تقويم"

Maka, marilah kita menjadi hambanya yang terbaik. Kerana, Dia telah berfirman, bahawasanya, kita sbg manusia adalah sebaik2 ciptaan. Kita dikurniakn akal untuk membezakan antara manusia dan haiwan. Untuk kita membezakan antara perkara yang baik dan buruk. Untuk memisahkan antara yg haq dan batil. Untuk membezakan antara dosa dan pahala. Jadi,shbt2,saya mengingatkan diri saya yg sering leka dan alpa ini,dan juga kalian,jgnlah kita terdiri dr golongan yg kufur kpd ni'mat Allah. Diberikan aqal,tetapi tidak menggunakannya dgn sebaiknya. Kita lebih bertuankan nafsu berbanding aqal. Kita lebih bertuhankan syaitan berbanding Allah. Nauzubillah.
Saya berkata begini kerana,saya sendiri kadang kala hilang pertimbngn aqal,kerana menurut nafsu. *Ampunkanlah*.

Masihkah kita ingat, ketika mana kejadian Nabi Adam,Allah telah memerintahkan semua Malaikat dan juga Iblis untuk sujud kpd nabi Adam? Iblis yg telah murka kpd suruhan Allah,telah dijanjikan balasan neraka. Dari kisah ini, terdapat 2 perkara yg harus kita menitik beratkan.

Pertama, perintah sujud kpd Nabi Adam itu,seolah2 menunjukkan bahawa manusia adalah ciptaan Allah yg termulia. Masakan malaikat yg tidak berdosa harus sujud kpd hambaNya yg sering melakukan dosa? Betapa malunya kita pd hari ini,sekiranya kita masih lg melakukan perbuatan2 yg mendtgkan kemurkaan Allah. Alangkah bodohnya kita,sekiranya kita memberi peluang kpd malaikat yg suatu ketika dahulu pernah sujud kpd bapa seluruh manusia,iaitu Nabi Adam untuk mencatit amalan2 kita yg jahat,untuk mencatit segala dosa2 yg kita lakukan. Nauzubillah. Keduanya, Allah telah memberi contoh yg terbaik. Bg sesiapa yg melanggar suruhanNya, maka Dia berkuasa untuk menghukum sesiapa yg Dia kehendaki sebagaiman Dia telah menjanjikan neraka bg iblis yg hanya sekali melanggar suruhanNya. Hanya sekali. Namun,kita? Masih mampu ketawa walaupun,pelbagai suruhanNya yg telah kita langgari. Nauzubillah. *Ampunkanlah kami*

Memang hakikatnya, manusia itu serba serbi kekurgn. Sering melakukan dosa. sering leka. Sering terlupa. Namun, kita tidak boleh menyalahkan hakikat itu. Kita tidak boleh menunding jari terhadap fitrah itu. Sepatutnya, kita harus MENCUBA. Mencuba untuk menjadi hambaNya yg terbaik. HambaNya yg diredhai. Memang sukar sahabt2, memg payah sahbt2 untuk menjd hmbaNya yg baik. Untuk menjadi hamba yg diredhai. Namun, yakinlah,setiap kesusahn itu ada kesenangan. Setiap kepayahan yg dilalui akan ada keni'matan yg bakal mendtg. Yakinlah dgn janji Allah wahai sahbt2. Siapalah kita ini, tanpa Dia yg Maha Pengampun. Siapalah kita ini tanpa Dia yg Maha Penyayang. Siapalah kita ini tanpa Dia yg Maha Pemberi Rahmat. Marilah bersam2 kita memohon keampunan drNya. Marilah bersama2 kita memohon kekuatan dariNya. Kerana, hanya Dia yg memegang hati2 kita. Segala yg ada pada kita hari ini, adalah milikNya. Moga Allah memudahkan langkah2 kita untuk menjd hambaNya yg soleh dan solehah. Moga Dia memandu hati2 kita agar sentiasa mematuhi suruhanNya dan menjauhi laranganNya.

Semoga kita sama2 diredhai oleh Allah. Moga kita berkesempatan untuk berjumpa di 'negeri abadi'. *makbulkanlah* Saya tahu, hakikatnya,org yg sering mengatakan sesuatu, akan diuji dgn apa yg diperkatakan olehnya. Saya memohon perlindungan dari ALLAH. Saya memohon rahmat dariNYA agar saya sentiasa dipelihara olehnya. Agar saya tidak menjadi sebhgn dr golongan yg dinyatakan Allah didlm surah As-saf,ayat 2 &3. *peliharalah Ya Allah.*
Sekadar coretan dr saya untuk diri sendiri dan juga shbt2.

*****************************************

Tuesday, March 30, 2010

ini langkahku!

Dengan nama Allah. Bismillah~

Saya memang gemar mendengar lagu2 yg terdapat di dalam henset saya.
Boleh dikatakan 'earfon' saya sentiasa tergantung di telinga.
Kawan2 sering merungut dan mengatakan,bahawa 'earfon' itu seolah2 nyawa saya.
Bagi saya, mendengar lagu merupakan wasilah untuk saya kurang bercakap. Kerana,saya memag suka bercakap!
Banyak bercakap, banyaklah dosa!

Dan saya sedg cuba untuk mengurangkannya.
Kali ini,saya terasa seperti ingin berkongsi sebuah lagu yg diambil drpd kump Shoutul harakah. Pertama kali saya mendengar dan menghayati lagu ini,tidak semena2 bulu roma saya berdiri. Lagu ini mempunyai auranya tersendiri. Sungguh bersemangat,barangkali.

Lagu ini,khas untuk sahabat2 saya,terutamanya 'tentera2 Fiqh dan Fatwa'.

Aaa... Ini langkahku
Aaa... Terus melaju
Aaa... Ini langkahku
Aaa... Bangkitkan jihad

Ini Langkahku yang kan kuayun
Walaupun payah tak akan jera
Ini langkahku kan trus melaju
Setegar karang bangkitkan jihadku

Aral rintangan datang menghadang
Tapi syurga di bawah kilatan pedang
Hancurkan kedzaliman
Tegakkan keadilan

Pastikan langkahmu wahai pejuang
Dengan Al-Qur'an menjadi pedoman
Hembuskanlah angin pembaharuan
Karena kita khalifaturrahman.


p/s: moga2 inilah langkahmu dan langkahku,kerana kita KHALIFATURRAHMAN!

Thursday, March 25, 2010

Apakah bisikan itu?

Permulaan hari,permulaan kata,Bismillah.

Terasa ingin mencoretkan sesuatu.
Semester ini terlalu sibuk dgn jadual kelas yg padat.
Kadg2 keadaan ini membuatkn jiwa saya terasa sedikit resah.
Saya mula menghitung diri.
Apakah perbuatan saya sehari-harian lebih baik dr hari2 sebelumnya?
adakah saya semakin menghampiri atau menjauhiNya?
Ternyata jwpn yg hadir merupkn bisikn halus ke dlm hati saya.
Namun begitu,saya tidak pasti dgn bisikan yg hadir tatkala saya sedg menghitung diri.
Adakah bisikan itu lahir dari kesedaran diri?
Ataupun ianya datang drpd nafsu?
Mungkinkah ianya bisikan syaitan?
Kadg2 sesuatu yg saya lakukan terasa hilg ni'matnya. Dalam erti kata lain,tiada keikhlasan.
Kerana saya meragui perbuatn saya itu adalh berdasarkn ilham atau bisikan syaitan.
Gagal untuk mengenal pasti.
Mengikut kata2 itu,atau menolaknya?
Bimbang. Bimbang andaikata jika saya menurutnya,ternyata ianya adalah bisikan syaitan.
Gusar. Gusar sekiranya saya menolak bisikan itu,rupa2nya,bisikan itu adalh ilham dari Allah ke arah kebaikan.
Keliru. Buntu.

Apakah sebenarnya bisikan itu? Syaitan vs Ilham?

Dan benarlah,syaitan itu musuh kita yg nyata,tetapi sungguh halus permainannya!
*************************************

*apakah saya terlampau memikirkan? Adakah saya ini terlalu complicated?*
-mungkin anda akan berasa hairan dgn saya,tp inilah saya sekarg-
Moga Allah meringnkn beban saya.

Monday, March 22, 2010

indahnya suasana itu~

Dengan nama Allah,saya mulakan penulisan saya kali ini.
Seperti biasa,kelas english bersama Sir Ridwan diadakan di makmal komputer. Kesempatan yg ada,kami gunakn dgn sebaik2nya mencari maklumat untuk menyiapkan assingment yg diamanhkn oleh sir kpd kami,tidak kurg juga yg memanfaatkn kemudahan internet untuk membuka e-mail dan sbgnya. Saya secara tidak sengaja,tergerak untuk mencari maklumat berkaitan sekolah rendah saya dahulu. Terus papan kekunci ditekan. Sekolah Rendah Islam As-saidiyyah. Sempat saya membaca beberapa peraturan sekolah yg turut dinyatakan disitu. Tiada apa yg berubah,cuma uniform sekolah sahaja yg telah direformasikan. Pelajar kini memakai baju kurung ke sekolah,berbeza dgn saya dahulu. Masih saya ingat, ketika saya masih kanak2 hingusan, uniform yg saya sarungkan sehari-harian adalah jubah blue-black beserta tudung bulat berwarna putih. Mungkin kedengaran biasa,tetapi,percayalah,kerana pemakaian itu,saya terkesan shgga sekarang. Betapa saya rindukan tarbiyah itu. Betapa saya rindukan biah disitu. Memulakan pembelajaran seawal jam 7.30 pg,setiap hari. Kelas hafalan merupakan pembuka tirai. Betapa murninya suasana disitu. Jadual kami begitu padat kerana subjek agama dan KBSR digabungkan di dlm satu sesi. Di bumi itu,kami diajar mengenal 'ulumuddin'. Kami diajar tentg adab,akhlak,sirah nabawiyyah dan sebgnya. Sungguh,saya rindukan saat itu! Namun begitu,saya hanya sempat menjadi pelajar disitu selama 3 tahun. Saya terpaksa mengikut ayah berpindah ke Kedah,lantaran ayah yg bertugas sbg tentera telah dipindahkan ke sana.

Perjalann saya diteruskan di Sekolah Rendah Islam Al-Islah. Biah disitu juga tidak kurg hebtnya. Disana, remaja lelaki dibenarkan memakai serban ke sekolah. Bebas. Tidak perlu turun naik mahkamah. Sunnah Rasul, mengapa perlu dihalang? Betapa hebat didikan para mu'allim dan mu'allimah,hinggakan pelajar yg berumur 10 tahun,mampu menjd imam kepada rakan2 seusia untuk solat subuh sujud tilawah. Apabila mengenangkn kembali,saya jd kagum dgn didikan disitu. Bukan mudah kanak2 berusia seawal 9 dan 10 tahun menghafal surah2 lazim. Perjalanan saya di bumi bertuah itu,berakhir ketika saya berusia 12 tahun.

Ma'had Mahmud Yan. Di sini,saya mula belajar mengenal erti kehidupan sebenar. Usia yg semakin matang,memudahkan kami anak2 ma'had menerima tarbiyah2 yg telah disediakan. Tamrin2 yg selalu diadakan mendidik jiwa2 kami. Usrah2 yg dijalankn meneguhkan ikatan hati antara kami. Betapa pada waktu itu,saya berasa sedikit hairan dgn Cikgu motivasi kami. Anak2 ma'had memggil beliau Sir (lantaran english adalah subjek yg diajarnya). Saya hairan melihat beliau bertungkus lumus mentarbiyah kami. Pelabagai tamrin diadakan. Beliau sanggup bermalam di bilik guru,semata2 untuk menyiapkan kertas kerja untuk tamrin2 yg bakal kami hadapi. Beliau berulang alik dari rumah ke sekolah,hanya untuk solat jemaah dan memberi sedikit pengisian kpd kami. Sungguh saya hairan pada waktu itu. Saya pelik dan sedikit kagum dgn kegigihan beliau.

Dulu. Mungkin saya tidak mengerti.
Kini. Saya makin memahami.
Dulu. Saya tertanya2 apakah asbab kegigihan beliau.
Kini. Pertanyaan saya hampir terjawab.

Beliau mengerti dan memahami tanggungjawabnya sbg pendidik. Dalam erti kata lain,MURABBI. Memegang amanah sebagai Murabbi,telah menyebbkn begitu bnyk pengorbnn yg beliau lakukan. Bukan mudah hendak mentarbiyah anak bangsa. Bukan mudah hendak melahirkan pejuang. Dan bukan mudah hendak melakukan begitu bnyk pengorbanan. Hanya mereka yg berjiwa besar mampu untuk melakukannya. Dan kini,semakin saya dewasa,semakin saya memahami hakikat kehidupan. Semakin saya mengerti perjuangan dan pengorbanan yg dilakukan oleh guru saya. Semakin saya mengerti,semakin banyak saya berfikir. Moga semangat dan kecekalan beliau dapat kami contohi.
Perjuangan itu pahit,kerana syurga Allah itu manis..

Ternyata tarbiyah di sekolah itu memg hebat. Saya terfikir. Betapa berbezanya saya di sekolah dahulu berbanding sekarang. Dulu,peraturan tidak membenarkan kami berbicara dgn pelajar banin jikalau tiada urusan penting. Disitu, kami telah dididik menjaga ikhtilat secara tidak langsung. Kini,peraturan dahulu,seolah2 telah saya abaikan. Terasa ingin meminjam kata2 sahabat saya,
"istiqamahkah saya?"

Moga Allah melindungi sahabat2 saya di Sek. Ren. Islam As-saidiyyah,Al- islah,Ma'had mahmud Yan,SBPIR dimana sahaja mereka berada. Tidak dilupakan juga yg berada di usim. Moga sahabat2 saya,Tentera2 Fiqh Fatwa dapat memegang amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi dgn sebaiknya. Seruan itu juga saya tujukan buat diri ini yg semakin hari semakin leka. Moga kita sama2 berada dibawah naungan Allah.
siiruu 'ala barakatillah


****************************************

Sekadar catatan saya mengenai perjalanan hidup~ (moga kisah ini terselit hikmah2 yg tersembunyi)

Friday, March 12, 2010

AKU MENGHARAPKAN SENYUMANNYA

Awal kalam,bismillah.
Sudah lama,blog ini tidak di'update' oleh saya. Terasa bagaikan banyak perkara ingin saya coretkan,namun,kali ini,saya seolah2 tidak pandai untuk menyusun kata-kata.

(Sekadar selingan)

********************************

Sejak kebelakangan ini,nasyid dendangan Maher Zain kedengaran di sana sini. Di rumah, Maher Zain,di kelas,Maher Zain hatta di atas bas pun, nasyid ini menjadi halwa telinga sesiapa sahaja. Saya tertanya2,apakah keistimewaan lagu Maher Zain ini? Pertanyaan ini saya tujukan kepada seorang sahabat,pantas sahaja dia memberikan jawapan, 'nasyid ini boleh dikira sebagai nasyid islamik zaman kontemporari'. *Erk, bunyi macam hebat sangat ni*. Saya mula mencari lagu2 dendangan Maher Zain dan mengumpulnya. Lagu pertama yang menarik minat saya adalah 'barakallahulakuma'(biasalah, lagu untuk pengantin),kemudian, 'for the rest of my life'. Kedua2 lagu ini amat saya gemari dan saya mendengarnya berulang2kali.

Pun begitu,apabila usaha saya mengumpul kesemua lagu2 ini berhasil, saya mula mendengar kesemua lagu2 ini satu persatu. Dan terdapat satu lagu yang membuatkan saya begitu tersentak dan sayu.

In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
محمد يا رسول الله

You were so caring and kind
your soul was full of light
You are the best of mankind
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
محمد يا رسول الله

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by non
You are Allah Chosen One
محمد خير خلق الله

صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

I'll try to follow your way
And do my best to live my life
as you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me


صلّوا على رسول الله
الحبيب المصطفى
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

صلّوا على رسول الله
Oh
Peace be upon.. Oh
The Chosen One

*selawat dan salam ke atas baginda,junjungan yang mulia*
Mendengar lagu ini, saya mula menghitung diri ini.
'On that day and see you smile when you see me'
.
*Aku tidak pasti,adakah aku mampu melihat senyuman Rasul Al-Amin di akhirat sana. Sedangkan senyuman itu amat aku harapkan. Senyuman itu amat aku dambakan. Senyuman itu amat aku nantikan. Mampukah aku? Untuk menatap wajahnya sahaja pun aku tidak pasti,samada aku berpeluang ataupun tidak, inikan pula hendak menatap senyumannya. Untuk mendapat syafaat darinya pun aku tidak pasti, aku berkelayakan ataupun tidak.*
Saya mula memikirkan. Terkedu seketika.

Pada saat ini, saya kehilangan kata2. Saya teringat kepada seorang ustaz,ketika saya menghadiri ceramah beliau mengenai pembebasan Al-Quds & perang Hittin. Bagi orang Israel, Baitul Maqdis adalah kota mereka,tempat jesus mereka disalib. Dan kota itu pada hakikatnya,tempat ke-3 yang dituntut keatas kita untuk menziarahinya (jika berkemampuan) selepas Makkah dan Madinah. Saya teringat ketika ustaz itu mengalirkan air mata kerinduan dan kesayuan apabila dia menceritakan tentang Kota Madinah. kota itu adalah kota kekasih Allah. Tempat di mana Islam berjaya di nobatkan oleh baginda. Kota itu adalah tempat baginda berjuang. Tempat baginda dijulang. Tagisan ustaz itu,suaranya yang sebak masih terkesan di hati saya. Begitu cintanya beliau kepada nabi Muhammad,sehingga apabila menyebut kota baginda sahaja, air matanya mengalir tanpa dapat ditahan. Saya jadi malu sendiri.

*Sejauh manakah kecintaan aku kepada Rasulku?* Saya tidak pasti.

Kita mengaku cintakan Rasul, namun kita berat untuk mengamalkan sunnahnya. Kita mengaku sayangkan Rasul,namun selawat dan salam ke atas baginda sering kali kita terlupa. Sedangkan, baginda di akhirnya hayatnya, menyebut 'ummati' secara berulang2.
Kita jarang berselawat ke atas Nabi ketika kita masih bernafas, mampukah kita untuk menyebut dan memanggil2 nama baginda ketika kita berada di nafas yang terakhir? Sepertimana baginda? Saya termalu sendiri.

Saya kehabisan kata2. Moga saya,kamu,awak,enta,enti,antum dan sesiapa sahaja sentiasa berusaha untuk mempersiapkan diri untuk kehidupan di akhirat sana. Mempersiapakn diri untuk bertemu Allah dan RasulNya, dalam keadaan Allah meredhai.
Moga senyuman baginda sentiasa ada untuk kita semua. Moga kita berpeluang menatap senyuman itu. Dan sesungguhnya, aku amat mengharapkan senyumannya.

********************************

Ya Allah, moga Engkau mencambahkan rasa kasih dan rinduku kepada kekasihMu,junjunganku. Aku bermohon Ya Allah.

*sekadar coretan dari saya untuk kita sama2 berfikir~*

p/s: The Chosen One (tajuk nasyid di atas).

Tuesday, February 23, 2010

Inilah tarbiyah terhebat!

Permulaan kalam,bismillah.

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." - Al-baqarah,286.

Memegang jawatan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini adalah tugasan yang amat sukar. Menjadi lumrah bagi kita yang bernama hamba untuk selalu menerima ujian dan dugaan dariNya. Tanpa kita sedari,hidup ini dipenuhi ujian setiap hari. Kadang2 kita diuji dengan perkara yang remeh. Ketiadaan bas untuk ke kampus. Ujian. Cafe berpindah ke Pk. Ujian. Dan pelbagai lagi ujian yang menimpa kita setiap hari. Dan hari ini saya di uji dengan ujian yang 'comel'. Menunggu bas untuk bergerak dari jam 8 malam,dan akhirnya penantian saya berakhir dengan pergerakan bas dari kampus pada pukul 9.20! Syaitan mula menyucuk dan membisikkan kata2 yang membangkitkan kemarahan saya. Istighfar. Saya hampir tewas dengan ujian yang 'comel' tadi.

Saya mula terfikir,sekiranya ujian yang kecil saya gagal untuk menghadapinya,bagaimanakah dengan ujian2 yang hebat dugaannya?

***************************

Kembali kepada realiti kehidupan,kadang2 apabila ditimpa ujian,keyakinan kepadaNya Yang Satu mula goyah. Keimanan mula rapuh. Jiwa mula mula memberontak.

"mengapa aku diuji? sdangkan aku telah berusaha menjadi hambaMu yang taat.mengapa?mengapa?" persoalan demi persoalan kita lontarkan dalam diam. Kita sering berasa,sekiranya kita telah berusaha untuk menjadi hambaNya yang taat, kita tidak pantas untuk menerima ujian dari Dia yang berkuasa ke atas diri kita, kita tidak pantas untuk menerima ujian dari Dia yang memegang hati2 dan jiwa2 hamba2Nya. Siapakah kita untuk berasa sedemikian?
Kita mengaku bahawa kita beriman,tetapi apabila diuji,pegangan kita mulai goyah.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan:'kami telah beriman',sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang2 yang terdahulu sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang berdusta" -Al-ankabut,2-3.

Hakikatnya,kita terlupa bahawa Allah mendidik kita melalui ujian2 yang diberikan kepada kita. Ujian adalah tanda Allah mengingati kita,dan Dia sentiasa menginginkan hambaNya merintih dan merayu kepadaNya. Adakah kita lupa bahawa ujian adalah tarbiyah terhebat? Ujian juga adalah sebagai kayu ukur keimanan kita.

Ujian mengajar kita bersabar.
Ujian mendidik kita bertolak ansur.
Ujian memupuk sifat2 mahmudah dalam diri kita.
Dan yang penting,ujianlah yang semakin mendekatkan kita kepada Allah.
Lumrahnya,sudah terhantuk baru nak terngadah.
Sudah tersungkur,barulah kita akan berhati2 dalam setiap langkah kita.
Begitu juga dengan ujian. Sudah diuji barulah kita akan kembali kepada Pencipta Yang memahami hakikat hamba2Nya yang sebenarnya. Inilah kemanisan ujian yang bernama tarbiyah.

Tanpa kita sedari,Allah telah memujuk hamba2Nya yang ditimpa ujian melalui mu'jizat yang diwahyukan kepada baginda Rasul S.A.W.
Firman Allah,mafhumnya:
"janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya,jika kamu orang2 beriman" - Ali 'imran,139.

*****************************

Adakah kita lupa, kekasih yang amat kita cintai ditarbiyah melalui ujian yang pelbagai? Kematian bapa semasa baginda di dalam kandungan. Kehilangan bonda ketika berusia 6 tahun. Pemergian bapa saudara yang sentiasa melindungi baginda dan juga gerak kerja da'wahnya. Kehilangan isteri yang amat baginda sayangi,isteri yang beriman kepada baginda ketika mana semua orang mendustakan baginda,isteri yang sanggup membelanjakan seluruh harta demi membantu gerak kerja da'wah baginda,isteri yang menenangkan baginda ketika baginda menerima wahyu buat pertama kalinya. Betapa hebat ujian yang baginda tempuhi sehinggakan tahun kematian kedua2 insan yang baginda sayangi ini digelar sebagai 'tahun kesedihan'.

Maka,berasa malulah kita,sekiranya ujian yang tidak seberapa ini tidak mampu untuk kita hadapinya. Ujian ini tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan ujian yang ditempuhi baginda rasul.
Bersabarlah duhai hati.
Bertahanlah wahai diri.


*******************************

Begitu Penyayang Allah,begitu Pengasih Allah. Dia menghantar ujian kepada kita sebagai tanda kasihNya kepada kita. Dia menghantar ujian kepada kita agar kita sentiasa mengingatiNya. Dalam keadaan senang mahupun susah. Maka, hargailah tarbiyah ini wahai sahabat2ku sekalian, kerana sesungguhnya ujian merupakan tarbiyah yang terhebat!

*peringatan untuk diri,berfikir dan terus berfikir*

Friday, February 19, 2010

Soleh vs Musleh

Cuti mid-sem semakin menghampiri ke penghujungnya. Cuti kali ini terasa begitu pantas berlalu. Saya hanya sempat menghabiskan masa bersama adik-beradik dalam tempoh lebih kurang 3 hari. Ternyata misi yang telah dirancang, tidak dpt dilaksanakan. Semalam (19 Feb) merupakan ulangtahun saya yg ke 20. Sehari sebelumnya, merupakan ulngtahun abg saya yg ke 23. Sedar atau tidak, kami adik beradik telah meningkat dewasa. Saya sendiri merasa tidak percaya umur saya telah berubah drpd 'teen' kpd 'ty'.Jikalau dahulu, saya ternanti2 kedatgn hari ulangtahun saya,mungkin kerana ingin dirai oleh rakan2,namun pada tahun ini, perasaan itu berubah sama sekali. Tiada lagi keterujaan saya. Yang ada hanyalah kerisauan saya yang amat sangat.

"Apakah kamu mengira bahawa KAMI menciptakan kamu secara main2, dan sesungguhnya, kamu tidak akan dikembalikan kpd KAMI?"-Surah Al-mu'minun,115.

Ayat cinta dari ALLAH telah membuatkan saya tersentak. Fikir.

"Dan tidaklah AKU menciptakan jin dan manusia melainkan untuk meraka menyembahKU. AKU tidak menghendaki rezeqi sedikitpun dari mereka,dan AKU tidak menghendaki supaya mereka memberi AKU makan."-surah Al-Zariyat,56-57.

Berfikir.

"Katakanlah sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku semata2 untuk ALLAH,tuhan semesta alam."surah al-An'am,162.

Berfikir lagi.
Sedih. Sedih dengan kealpaan saya.

Ulangtahun kali ini, saya sambut dengan memikirkan pelbagai perkara. Sudah 20 tahun saya hidup di atas dunia ini. Segala ni'mat yang saya terima yang kadangkalanya,saya mensyukurinya dan adakala saya lupa untuk berterima kasih kepada Sang pencipta yang Agung tidak terhitung banyaknya. Saya jadi malu. Jikalau Zaid bin harithah menjadi panglima perang ketika berusia 18 tahun,saya? Saya termanggu sendiri. Kejayaan Sultan Muhammad Al-fateh menawan kota Constantinople ketika berusia 21 tahun membuatkan saya bertambah malu. Jikalau saya hidup di zaman mereka berdua, nescaya sayalah orang yang paling 'lekeh' di kalangan mereka.

Mengapakah Allah menciptakan aku? Sekadar untuk beribadah kepadaNYA? Selama 20 tahun saya hidup, saya terlupa bahawa ALLAH yang Maha sempurna tidak menciptakan segala sesuatu dengan sia2. Mustahil DIA menciptakan hambaNya sekadar main2. Saya termanggu lagi. Peluang yg saya dpt ketika menghabiskan masa bersama sahabt2 seperjuangan sebelum pulang ke kampung minggu lepas, amat saya hargai. Di situla saya mula menilai nilai yg terdapat pada diri saya. Dan ternyata nilaian yang terdpt pada diri saya amat rendah. Dan saya berasa amat malu dgn sahabat2 saya yang saya kira hebat dari pelbagai segi. Saya mula membandingkan diri saya dan mereka.

Mereka. Hebat dari segi kepimpinan.
Saya. Masih kekosongan.
Mereka. Hebat dari segi dakwahnya.
Saya. Ilmu pun cetek,boleh di kira.
Mereka. Istiqamah dengan pegangan.
Saya. Masih terumbang ambing di atas 'jalan'.

Saya mula menyedari. Kehidupan ini bukan untuk kita seorang. Kehidupan ini untuk dikongsi bersama. Kehidupan di dunia hanya sementara. Akhirat jua yang kita cari. Kehidupan di akhirat lebih utama. Saya berharap, di 'sana' nanti, saya dapat bersama2 dengan meraka yang saya sayangi. Bukankah kita ingin bercinta sampai ke syurga? Cinta kita kepada ibu dan bapa harapnya berkekalan sampai ke syurga. Cinta kepada sahabat harapnya begitu juga. Dan misi saya kali ini, selepas menginjak ke umor 20 ialah, ingin menjadi 'solehah' dan juga 'muslihah'.

Solehah= mengislahkan diri sendiri.
Muslihah= mengislahkan keluarga, masyarakat dan sebagainya. Saya tahu, peranan muslihah ini amat berat. Dan saya bukanlah orang yg terbaik untuk melakukannya. Tetapi, saya ingin menyahut seruan Allah di dalam surah Al-asr, 'maka berpesan2lah kamu dgn kebenaran, dan berpesan2lah kamu dgn kesabaran'
Saya akan mencuba. Hati saya pernah terdetik, lantaran memujuk diri yang merasakan tidak layak untuk tugasan ini. 'Jikalau bukan aku, siapa lagi?' Ya. Siapa lagi. Saya membayangkan, jikalau semua orang yg ada memikirkan tidak layak untuk memuslihkan masyarakat sekeliling,maka saya rasa,sesuatu masyarakat itu tidak akan berubah untuk selamanya. Seorang sahabt mengatakan kepada saya, pengislahan diri dan pengisalahan keluarga, masyarakt sekeliling adalah berjalan secara seiring. Dalam mengislahkan diri, kita harus mencuba unutuk mengislahkan masyarakat sekeliling. Keluarga terutamanya.

Saya cuma mengharapkan sokongan dari sahabat2. Saya takut, di 'sana' nanti,pabila saya di tanya, apakah sumbangan saya terhadap Islam,saya tidak mampu untuk menjawabnya. Na'uzubillah. Kepada sahabat2, saya mohon doa kalian untuk saya terus tetap dan tsabat atas 'jalan' ini. Saya tahu, 'jalan' yang bakal saya tempuhi ini pahit, kerana syurga Allah itu manis. Doakan saya terus istiqamah di dalam kebaikan.

*berfikir dan terus berfikir*