Wednesday, April 7, 2010

Dedikasi untuk kalian.

Permulaan kalam,permulaan kata. Bismillah~

Hari ini merupakan hari yg terakhir bg semester ke 2. Pelbagai perasaan bercampur baur didlm diri saya. Dalam diam,hati saya mengakui keseronokan menuntut ilmu bersama2 kalian. Dan saya berasa sedikit sayu.Kebarangkalian untuk kami menimba ilmu bersama2 didalam satu halaqah,satu kelas adalah tidak meyakinkan. Sungguh. Saya menyukai kelas ini. Benar. Saya banyak mempelajari pelbagai perkara daripada kalian,sahbt2 saya. Saya mempelajari nilai2 seorg pemimpin drpd Ibrahim, Basri dan liza,saya mendapati nilai2 kesabaran dr Abu Bakar. Abu bakar yang tidak fasih berbahasa melayu akan mendiamkan diri apbla guru2 yg mengajar bertutur didlm bhasa melayu. Malahan,dia tidak pernah tidak menghadiri kelas walau sekali. Saya belajar nilai setiakawan dan bersatu padu dr shbt2 abu bakar,iaitu Rushdi,Farhan,Azizi dan sbgnya yg sedia membntu abu bakar didlm pelajaran. Boleh dikatakan,saya mempelajari pelbagai perkara dr shbt2 saya. Antaranya, K.ihan,k.haizum,k.idza,k.adlina. Saya mempelajari sifat bertolak ansur dr mereka. Hanan,Khalilah,Finaz,Nusaibah,Hazirah,dua2 nazihah. Saya mendapati nilai2 keyuan dr mereka. Ummu,Nurliza,Hafizah,Atiqah. Banyak ilmu yg saya dpt dr mereka. Sungguh bnyk yg saya pelajari dr mereka. Tidak terkira. Oleh itu, saya disini ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kpd rakan2 dan juga shbt2 saya. Kalianlah antara mereka yg mewarnai kehidupan saya sbg seorg pelajar. Dan saya amat menghargainya.

Basri,Ibrahim Husin,Izzat,Azizi,Farhan,Abu bakar,rushdi.
Ummu,Izzati,Ana Omar,Ana Ismail,Ana Muhammad,Hafizah,Idza,Atiqah,Sophia,Athirah,khalilah,Hanan,Finaz,Nazihah Derahman,Nazihah,Rafe'ah,Nusaibah,Adlina,Nurliza,Wan haizum,Raihan,Shahera Anuar dan Hazirah.
Dan juga buat seluruh sahabat2 saya yg sama2 bernaung di bawah Fakulti Syariah dan Undang-undang khususnya,dan shbt2 di USIM umumnya.

"sesungguhnya, orang2 mu'min itu bersaudara" surah al hujjurat,ayat 10.
Saya mengharapkan, kita semua mampu menjadi org2 mu'min. Kerana,Allah telah berfirman,mafhumnya org2 yg beriman itu bersaudara. Dan saya amat mengasihi kalian,dan saya amat menghrpkn kita tergolong dr kalangan org2 beriman,kerana...

Saya amat kepingin untuk menjadi saudara2 kalian, bukan sahaja di dunia, malah di akhirat. Bukan sahaja didunia, malah disyurga. Bukan sahaja saat ini, tetapi untuk selama2nya.
Moga doa saya ini dikabulkan. Agar kita sama2 bisa menjalinkan kasih syg kita di 'negeri abadi'. Maafkan saya di atas segala keterlanjuran saya. Maafkan saya,sekiranya terdapat perkara yg tidak selesai antara saya dan kalian. Maafkan saya di dunia dan akhirat.

****************************************

Khas untuk shbt2:

Saya bukanlah org yg terbaik untuk berbicara. Namun, saya berbicara atas dasar rasa tanggungjawab saya terhadap diri,kepada agama, dan juga kepada Dia yg Maha Pengasih lagi Penyayang. Allah telah berfirman:

"لقد خلقنا الإنسان في أحسن تقويم"

Maka, marilah kita menjadi hambanya yang terbaik. Kerana, Dia telah berfirman, bahawasanya, kita sbg manusia adalah sebaik2 ciptaan. Kita dikurniakn akal untuk membezakan antara manusia dan haiwan. Untuk kita membezakan antara perkara yang baik dan buruk. Untuk memisahkan antara yg haq dan batil. Untuk membezakan antara dosa dan pahala. Jadi,shbt2,saya mengingatkan diri saya yg sering leka dan alpa ini,dan juga kalian,jgnlah kita terdiri dr golongan yg kufur kpd ni'mat Allah. Diberikan aqal,tetapi tidak menggunakannya dgn sebaiknya. Kita lebih bertuankan nafsu berbanding aqal. Kita lebih bertuhankan syaitan berbanding Allah. Nauzubillah.
Saya berkata begini kerana,saya sendiri kadang kala hilang pertimbngn aqal,kerana menurut nafsu. *Ampunkanlah*.

Masihkah kita ingat, ketika mana kejadian Nabi Adam,Allah telah memerintahkan semua Malaikat dan juga Iblis untuk sujud kpd nabi Adam? Iblis yg telah murka kpd suruhan Allah,telah dijanjikan balasan neraka. Dari kisah ini, terdapat 2 perkara yg harus kita menitik beratkan.

Pertama, perintah sujud kpd Nabi Adam itu,seolah2 menunjukkan bahawa manusia adalah ciptaan Allah yg termulia. Masakan malaikat yg tidak berdosa harus sujud kpd hambaNya yg sering melakukan dosa? Betapa malunya kita pd hari ini,sekiranya kita masih lg melakukan perbuatan2 yg mendtgkan kemurkaan Allah. Alangkah bodohnya kita,sekiranya kita memberi peluang kpd malaikat yg suatu ketika dahulu pernah sujud kpd bapa seluruh manusia,iaitu Nabi Adam untuk mencatit amalan2 kita yg jahat,untuk mencatit segala dosa2 yg kita lakukan. Nauzubillah. Keduanya, Allah telah memberi contoh yg terbaik. Bg sesiapa yg melanggar suruhanNya, maka Dia berkuasa untuk menghukum sesiapa yg Dia kehendaki sebagaiman Dia telah menjanjikan neraka bg iblis yg hanya sekali melanggar suruhanNya. Hanya sekali. Namun,kita? Masih mampu ketawa walaupun,pelbagai suruhanNya yg telah kita langgari. Nauzubillah. *Ampunkanlah kami*

Memang hakikatnya, manusia itu serba serbi kekurgn. Sering melakukan dosa. sering leka. Sering terlupa. Namun, kita tidak boleh menyalahkan hakikat itu. Kita tidak boleh menunding jari terhadap fitrah itu. Sepatutnya, kita harus MENCUBA. Mencuba untuk menjadi hambaNya yg terbaik. HambaNya yg diredhai. Memang sukar sahabt2, memg payah sahbt2 untuk menjd hmbaNya yg baik. Untuk menjadi hamba yg diredhai. Namun, yakinlah,setiap kesusahn itu ada kesenangan. Setiap kepayahan yg dilalui akan ada keni'matan yg bakal mendtg. Yakinlah dgn janji Allah wahai sahbt2. Siapalah kita ini, tanpa Dia yg Maha Pengampun. Siapalah kita ini tanpa Dia yg Maha Penyayang. Siapalah kita ini tanpa Dia yg Maha Pemberi Rahmat. Marilah bersam2 kita memohon keampunan drNya. Marilah bersama2 kita memohon kekuatan dariNya. Kerana, hanya Dia yg memegang hati2 kita. Segala yg ada pada kita hari ini, adalah milikNya. Moga Allah memudahkan langkah2 kita untuk menjd hambaNya yg soleh dan solehah. Moga Dia memandu hati2 kita agar sentiasa mematuhi suruhanNya dan menjauhi laranganNya.

Semoga kita sama2 diredhai oleh Allah. Moga kita berkesempatan untuk berjumpa di 'negeri abadi'. *makbulkanlah* Saya tahu, hakikatnya,org yg sering mengatakan sesuatu, akan diuji dgn apa yg diperkatakan olehnya. Saya memohon perlindungan dari ALLAH. Saya memohon rahmat dariNYA agar saya sentiasa dipelihara olehnya. Agar saya tidak menjadi sebhgn dr golongan yg dinyatakan Allah didlm surah As-saf,ayat 2 &3. *peliharalah Ya Allah.*
Sekadar coretan dr saya untuk diri sendiri dan juga shbt2.

*****************************************

5 comments:

es_squared said...

salam ain..

tahnks 4 da dedication..
thanks 4 da tazkirah oso...=)

hrp this blc tak tukar..
aku pon besh giler dowh kelas neh..

pape pon..
YAKINLAH ALLAH KNOWS BEST..
kalo DIA kata TUKAR..TUKARLAH...
but still the ukhwah never dies..INSYA ALLAH...AMEEN..

ibnuibrahim said...

syukran ats dedikasi ni.. moga2 ukhwah sahabat2 di blc 1 terus subur sebagaimana tageline kita semestar ni.." sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara"..
kepada sahabat2 blc 1.. banyak pengalaman2 dan pengajaran berguna yang ana dapat dari antum sekelian.. wslam..
Raiz_blc1

Ainsolehah said...

es squared & ibnu ibrahim:

InsyaAllah,moga ukhuwwah kita berkekalan. Kita bukan sahaja bershbt,tetapi,kita bersaudara. Betul,sungguh bnyk pengalamn yg ana dpt dr antum semua. Tidak terkecuali seorg pun. terima kasih ats segalanya~

uhkti idza said...

salam...
insyAllah mdh-mdhan ukhuwah kte akn bkekalan...tatkala mbca coretan enti,ana teringat kli pertama kte jmp msa tamhidi dlu...enti lah org pertama y mjdi shbt ana di usim nie,dlm group 4..syukran dats kesudian utk mjdi shbt ana,insyAllah abadan abada...

Ainsolehah said...

ainsolehah-ukhti habibati idza:

ukhti,bile enti mengimbau kenangan lama,hati ana menjadi sayu. Ntilah adalah kakak yg sgt baik dan bertolak ansur. Dan sejujurnya,ana menyenangi dan menyayangi nti. Sesiapa shja akn menjadi sudi untuk berkwn dgn nti,krn nti sememgnya shbt yg baik dan memahami. Ana doakn yg terbaik untuk nti. uhibbuki hubban jamma! Syukran 'ala kulli hal wa ismahuli 'ala kulli hal~