Tuesday, June 29, 2010

Allah yang hebat~

Bismillahi wal hamdulillah.

Merenung erti kehidupan. Aku terfikir. 
Hebatnya Allah!!
Aqidah Islamiyyah. Beriman kepada Allah.
Memang lah Allah sangat hebat!!
Dia menciptakan manusia yang pelbagai.
Setiap orang mempunyai kelebihan yang tersendiri
Setiap orang diilhamkan dengan naluri sebagai fitrah ke arah kebaikan.
Hatta, si pencuri pun mempunyai kebaikannya yang tersendiri, meskipun di mata masyarakat,dialah si durjana.
See, Allah hebatkan?
Memanglah Dia yang maha hebat.

Kadang-kadang, aku selalu terfikirkan kemurkaan Allah berserta azab-azabnya. Hinggakan, aku hampir-hampir terlupa, Allah itu kaya dengan sifatNya yang Ar-rahman dan Ar-rahim.
Dan Dia juga Al-ghafur.
Allah, hebatnya Engkau.


Kita sering mengaku bahawa kita berkerja keranaNya. Namun, memang tidak dapat dinafikan bahawasanya niat itu bisa berubah. Niat itu bisa tergugah. Niat itu bisakan goyah.
Allah, hebatnya Engkau. 
Oleh itu, Allah telah menghantar seorang utusan yang mulia daripada kalangan manusia, untuk mengingatkan bahawa niat itu adalah tunggak amalan. Rapuh niat, rosaklah amalan. Maka, perbaharuilah niat senantiasa.
Lihat, baikkan Allah? Dalam masa Dia menguji insan, Dia telah menyediakan penawarnya.


Dalam diri insan, dicampakkan pelbagai rasa. 
Suka,duka. Sedih, gembira. Amarah dan gelisah.
Ketika memikirkan, terdengar bisikan.
Mungkin Dia ingin merapatkan kita kepadaNya.
Pabila marah, maka beristighfar.
Pabila sedih, kembalikan kesedihan kepadaNya dengan luahan rasa.
Pabila gembira, lafaz syukur tidak dilupa.
Wah. Hebatnya pencaturanMu.
Semua perkara mendekatkan kami kepadaMu.
Hanyalah kami yang tidak mengetahui.


Allah. Hebatnya Engkau.
Engkau menciptakan manusia, ada yang kufur dan ada yang beriman.
Mengapa Ya Allah?
Engkau lagi mengetahui.
Aqalku yang Engkau kurniakan terlalu terbatas.
Siapalah aku untuk mentafsir.
Allah yang hebat.
Semua itu rahsiaMU.
Cuma, pintaku, moga kami bisa bertemuMu dalam keadaan Engkau meredhai kami.
Semoga Engkau memberi kami kekuatan untuk terus mentaatiMu.
Janganlah Ya Allah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau beri petunjuk dan hidayah kepada kami.
Allah yang hebat. Perkenankanlah.


Notatangan untuk diri: Allah sangat hebat. Aku merasakan aku dikelilingi oleh dunia yang penuh kepalsuan.
Ampunkan aku Allah. Aku tidak mahu tergolong dalam kalangan mereka yang Engkau murkai. Sedangkan Kau sangatlah penyayang dan pengasih. Aku tidak mahu tergolong dalam kalangan mereka yang rugi. Begitu juga ibu bapaku, sahabat handaiku, kaum kerabatku dan seluruh ummat islam. Peliharalah kami.

No comments: