Saturday, June 5, 2010

Mari membaca!

Permulaan kalam, bismillah. Selawat dan salam atas junjungan yang dikasihi, yang di sayangi Muhammad S.A.W. Tanpa baginda, agama Islam tidak akan berkembang.

************************************

'Macam mana nak jadi baik?'
'Eh? Pengislahan diri'?
'Pengislahan diri tu apa?'
'Pembaikan diri la. Dalam keadaan kita bertanya soalan ni, kita kena define dulu 'baik' tu apa.
'So, dia punya definition 'baik' tu apa?'
'Definition dia mudah je. Siapa yang beriman dengan Allah tu 'baik'.
'Maksud? Beriman dengan Allah tu macam mana?'
'Buat apa yang Allah suruh,dan tinggalkan apa yang DIA larang. Tu baru 'baik'
'Amar ma'ruf nahi mungkar?'
'Betul.'
[ Dialog ini saya dapati hasil pembacaan saya daripada Novel Versus, penulisan Hlovate. Saya memang terkesan dengan penulisan dia.]


'Dan hendaklah ada diantara kamu ada segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar, dan mereka itulah orang yang beruntung..' (3:104)
'Kamu adalah umat TERBAIK yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah...'(3:110)


[Dan ayat-ayat diatas pula, saya dapati daripada surah Ali-imraan,surah ketiga daripada Al-quran. Jika penulisan Hlovate membuatkan saya terkesan. Ayat ini lebih-lebih lagi!]


********************************
  1. Solat + ibadat
  2. Hidup bersyariat
  3. Aurat
  4. Ikhtilat
'Apabila kita dah settle dari sudut solat dan ibadat,kita juga secara langsung dah settle dari sudut hidup bersyariat. Dan kalau kita dah settle dari sudut aurat,secara langsung kita sepatutnya dah settle dari sudut ikhtilat'
[Yang ini pun saya dapati dari novel tersebut]


Dari firman Allah pula, di dalam surah Al-ankabut, ayat 45:
'...sesungguhnya solat itu dapat mencengah daripada perbuatan keji dan mungkar..'
[Allah sendiri telah berfirman, dengan solat, kita dapat menghindarkan diri dari melakukan perkara-perkara yang tidak elok. Thus, it means that, bila dah jaga solat, bab hidup bersyariat, aurat dan ikhtilat pun akan dan mesti terjaga!]





******************************
'How's married life treating you?'
'Kau kawen je la cepat-cepat. Nanti kau tahu.'
Terasa tenang dan bahagia. Lagipun sekarang, nak bangun qiam, ada orang kejutkan dan teman. Kalau nak puasa sunat, ada orang masakkan untuk berbuka. Kalau solat kat bilik pun dah boleh berjemaah. Kalau mengaji pun ada orang semak bacaan. Kalau meghafal surah atau hadith pun ada orang tolong 'tasmi'- Hlovate

[Dialog di atas, bagi saya menunjukkan betapa pentingnya pembinaan Baitul Muslim. Dan seharusnya, itulah matlamat perkahwinan sebenarnya. Kalau berkahwin kerana cinta, cinta tidak mustahil akan pudar. Juga jika kerana harta, akan goyahlah rumah tangga.
Pesan ustaz, matlamat perkahwinan adalah untuk membentuk baitul muslim dan seterusnya mewujudkan mujtama' muslim.
Pernah saya terdengar sahabat-sahabat saya berborak. Kata mereka, matlamat perkahwinan adalah untuk melahirkan Ummat Muhammad yang berkualiti! Yang mampu meneruskan perjuangan baginda Rasulullah S.A.W.]



***************************

Secara kesimpulannya, bagi sesiapa yang memilih Novel sebagai bahan bacaan, bacalah novel ini. InsyaAllah, anda akan dapat sesuatu dari novel ini :)

buat awak yang mahu berubah,
berubahlah walaupun payah,
berubahlah ke arah hidup yang lebih indah,
hidup dan masa muda hanya sekali cuma,
sanggup nak sia-siakan tanpa RedhaNya?-Hlovate.

p/s: credit to hafizah shamshuddin sebab bagi pinjam buku ni :)
(saya da macam pengulas novel pulak)

Selamat membaca dan mengambil ibrah!





No comments: