Friday, October 8, 2010

Wanita~

Bismillah dan segala puji bagi Allah.



~wanita solehah~

Kali ini, saya teringatkan kata-kata Profesor 'Adel di dalam kuliah sirah beliau. Kuliah yang amat menarik perhatian dan minat saya.

' Yang pertama beriman kepada Rasulullah adalah wanita, iaitu Siti Khadijah'.
' Yang pertama syahid di dalam islam adalah wanita, iaitu Sumayyah, bonda Ammar bin Yasir'.
' Rasulullah menghembuskan nafas baginda yang terakhir adalah di pangkuan wanita, iaitu Aisyah'.
' Antara yang menjaga kerahsian Baginda Rasul semasa hijrah adalah wanita, iaitu Asma' binti Abu Bakar'.

Subhanallah..
Sungguh banyak keterlibatan wanita di dalam menyebarkan da'wah Rasul..

Dan, jika kita mengenangkan kembali pada awal sebelum tersebarnya agama Islam, betapa martabat wanita di injak dan dipijak. Wanita di jadikan bahan dagangan. Boleh ditukar ganti sesuka hati. Anak perempuan di katakan membawa sial. Dibunuh ketika masih bernyawa.

Sungguh datangnya Islam, membawa sinar. Maruah wanita di angkat. Menjadikan wanita di tempat yang mulia. Perintah menutup aurat, sungguh, sungguh, dan sungguh melindungi seseorang muslimah.

Perang Bani Qainuqa' menjadi bukti betapa maruah wanita itu sangat berharga.
Perang yang terjadi di sebabkan oleh orang yahudi yang memaksa seorang wanita untuk membuka hijabnya (purdahnya). Tambahan pula, dengan beraninya yahudi tersebut bertindak  menyingkap pakaian wanita tersebut sehingga terbuka auratnya. Lalu berteriak wanita itu, dan bangkitlah sang mujahid mampir ke arah yahudi terbabit dan membunuhnya! Tanpa kompromi! Dan akhirnya mujahid tersebut mati dibunuh oleh orang yahudi. Akhirnya, Rasulullah mengusir Bani Qainuqa' keluar daripada Madinah.

Subhanallah. 
Pengusiran yang dilakukan hanya kerana seorang wanita. Sungguh tinggi maruah wanita telah di angkat pada waktu itu..

Namun..
Itu semua cerita dahulu..
[Sekarang, bagaimana muslimahnya?]

*****************************


Anak: Mak, panaslah nak kena pakai tudung ni.
Mak  : [Sambil tersenyum]. Biar panas di dunia sayang, jangan panas di akhirat. [Dahi sang anak dikucup.]
Anak: Allah marah ke kalau tak tutup aurat?
Mak  :Mestilah. Allah sayang hambaNya yang menutup aurat ni.
Anak: Kalau macam tu, adik nak pakai tudunglah supaya nanti Allah sayang. [Senyum].
Mak  :Pandai... anak mak.

~iklan sebentar~

*****************************
Menutup aurat adalah untuk menjaga seseorang wanita tersebut.
Bukan untuk mengongkong seseorang wanita.

Maka, sahabat-sahabat, adik-adik perempuan, kakak-kakak, ayuh! Ayuh koreksi diri.
Semoga kita menjadi hamba Allah yang beriman dan bertaqwa.
Moga-moga kita diredhai Allah hendaknya. 
Ameen~

P/s: lagu ini ditujukan khas untuk para wanita terutamanya diri saya sendiri dan sahabat juga mereka yang bernama wanita~







No comments: