Sunday, April 10, 2011

Di atas itu

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim.

Dan segala puji hanya kepada Allah.

      Gunung itu kami daki perlahan-lahan. Sungguh, penat dan lelah yang kami rasai. Timbul persoalan di hati saya, siapakah yang telah mencadangkan supaya mendaki gunung sebagai aktivi terakhir kami bagi semester ini. Kaki tetap melangkah walau hati sebenarnya merungut!

      Di dalam perjalanan mendaki gunung, teringat saya akan firman Allah di dalam Surah Al-Hasyr : 21. 

'Kalau sekiranya Kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung, niscaya akan engkau lihatlah gunung itu tunduk terpecah-belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami perbuat untuk manusia supaya mereka berfikir'.

     Ibn Kathir di dalam tafsirnya menerangkan, sekiranya gunung-gunung yang kukuh itu mempunyai akal fikiran, nescaya ia akan berasa takut dan khusyu' kepada Allah. Kerana, di dalam Al Quran itu sendiri terdapat peringatan dan ancaman bagi mereka yang ingkar kepadaNya. Jadi, seharusnya bagi manusia yang mempunyai akal fikiran untuk merasa takut, gerun, khusyu' dan tawaddu' kepadaNya. 

Gambar dari puncak gunung.

'Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan semua ini dengan sia-sia. 
Mahasuci Engkau,, maka peliharalah kami dari siksa neraka.'

Subhanallah!

Sungguh, tuhanku adalah Allah yang Maha Besar, Maha Hebat!

     Dan segala puji hanya bagi Allah. Sayu hati ini rasakan apabila berada di atas puncak gunung. Di atas itu, melihat ciptaanNya, terasa kerdil dan hina diri. Terus terlintas, andai nyawa ini diambil saat itu, adakah tempat bagi ku di sisiNya. *Astaghfirullah*

     Dan segala puji hanya bagi Allah.

Moga hati ini sentiasa tawaddu' kepadaNya. 

[Ya Allah, jika hati ini tidak mampu untuk membuatkan aku patuh, taat dan dekat padaMu, kurniakanlah aku hati yang baru.].

~Cacatan perjalanan mendaki Gunung Datuk, 10.4.2011~
segala puji hanya bagi Allah.




No comments: