Saturday, May 7, 2011

Kasih ibu hingga ke Syurga..

     Menjagkau usia 21 tahun, perasaan sayang yang ada kepada kedua ibu bapa emak dan ayah, semakin mekar dan bercambah. Besar,besar dan kian membesar.


Kronologi-kronologi peristiwa:


6 tahun: Teratuh dari anak tangga ke empat. Dagu terkoyak. Ketika itu, saya masih tergamam. Pening. Namun, ibu emak terlebih dahulu menjerit dan menangis melihat darah yang mengalir keluar. Kasih ibu emak, kita yang terjatuh, dia yang menangis kesakitan.


Demam panas: 3 pagi. Dalam samar-samar kegelapan, terasa ada tangan yang menyentuh dahi dan leher. Mata dibuka perlahan. Tangannya masih di ubun-ubun mengusap kepala. "Tidurlah, saja mak nak tengok ain panas lagi ke tak". Sayang ibu emak, kita yang sakit, tidurnya yang terganggu.


UPSR: Ketika mengulangkaji, air panas buatan ibu emak, menjadi penyegar yang paling berkesan.


Tingkatan 2: Muntah-muntah akibat keracunan makanan di sekolah. Bersekolah di kedah, dan ibu emak di selangor, Jarak yang jauh, tidak menggagalkan ibu emak dalam mengesan bahawa anaknya sedang dalam kesakitan, tanpa perlu diberitahu. Mendapat panggilan telefon dari ibu emak melalui pengawal keselamatan. Kuatnya naluri ibu emak, kita yang keracunan makanan, dia yang terasa sakitnya.


     Sungguh banyak jika hendak di kenang kembali kasih dan sayang ibu emak kepada kita. Ketika saya menangis kegagalan, menangis kesedihan,menangis kelukaan, ibu emak tidak pernah GAGAL untuk MENANGIS bersama saya dan merasai semua kesakitan itu. Aduh, rapuhnya hati ibu emak. Kesakitan anak-anak turut menjadi kesakitan dirinya.


     Dari dahulu, hingga sekarang. Setiap kali peperiksaan menjelang, hati yang gusar menjadi tenang. Doa dari ibu emak sentiasa di kenang. Aduh, sungguh bicara lembut dari ibu emak, bisa mencairkan hati yang gundah. Tidak mungkin saya mendapat pengganti suara lembut itu. Sehingga sekarang, saya tidak malu untuk tidur sambil memeluk ibu emak.


     Ajaibnya tangan ibu emak. Apa sahaja yang disuap,akan terasa sedap. Peria yang pahit, air yang tawar terasa manis. Aduh, ibu, ibu dan ibu. Saya ada ramai kawan, saya ada ramai adik beradik, saya ada ramai guru, tetapi saya hanya ada SEORANG ibu emak. Kata ayah, setiap hari adalah hari untuk ibu.


     Sempena hari ibu, doa saya moga emak sentiasa dan semakin dirahmati, dikasihi dan di sayangi oleh Allah sentiasa. Sunguh, sungguh dan sungguh saya berdoa agar Allah berikan ganjaran yang terbaik buat ibu (dan ayah juga) di akhirat nanti. Kerana mereka telah banyak menempuh kesusahan di dunia ini hanya kerana untuk membesarkan kami. Doa saya, kesusahan di dunia ini, diganti dengan kesenangan di akhirat nanti.
     


P/s: Doa anak yang soleh untuk ibu bapa adalah mujarab dan bekalan untuk ibu bapa. Why not, kita cuba untuk menjadi anak yang soleh dan solehah untuk ibu bapa kita. Saya sayangkan mereka, anda juga tentu begitu. Ayuh!!

No comments: