Friday, January 14, 2011

Ayuh! Mulakan sekarang.

Bismillah thumma Alhamdulillah.         


           Dalam perjalanan pulang daripada menghantar sahabat ke KTM nilai, terlintas di hati untuk singgah melakukan solat jemaah di rumah Allah. Kangan barangkali. Sudah lama tidak berjemaah di masjid. Ternyata zuq nya berbeza dibandingkan solat berjemaah di rumah.
Ketenangan yang berbeza.
Ketenangan yang dirasa.


Takbir diangkat. Imam dihadapan menjadi ikutan.
Dan salam yang terakhir akhirnya diberi.
Sengaja mengubah posisi ke bahagian yang paling belakang.
Baru tersedar akan kewujudan para ibu bersama anak-anak yang masih kecil.


Ada yang berlari ke hulu dan ke hilir.
Ada yang memakai telekung. Besar. Melurut sehingga ke leher. Namun, si kecil kelihatan gembira.
Dan ada yang terbaring.
Tidak kurang juga yang mengikuti pergerakan ibu yang menunaikan solat. Pergerakan yang tidak sempurna, namun cukuplah untuk mengajar si kecil untuk mengenal Pencipta.
Turut kelihatan seorang ibu yang mengusap muka anaknya apabila selesai bacaan doa yang dialunkan oleh Imam. Mengameenkan doa imam barangkali.
Senyuman terukir di bibir saya.


Rasulullah s.a.w pernah bersabda , yang bermaksud : “Seorang anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah dan ibu bapanyalah yang mencorakkan sama ada ia menjadi seorang Yahudi , Nasrani , atau Majusi" 



Dan saya mula menimbang-nimbangkan perkara ini.
Tarbiyah!!
Ya! Mungkin ini caranya para ibu mentarbiyah anak-anak yang masih kecil.
Diberi pakai telekung yang besar. Di baringkan anak-anak berdekatan mereka, supaya melihat pergerakan solat.
Dan ini semua dinamakan tarbiyah. Walaupun secara tidak langsung.
Sungguh, saya berasa teruja dengan keadaan ini.


Teringat kisah bapa kepada Imam Abu Hanifah. Pabila ditanya kepadanya, bagaimanakah beliau mendidik anaknya sehingga menjadi begitu hebat. Jawapan yang di berikan sungguh menghairankan.
"Aku mendidik anakku, 40 tahun sebelum dia dilahirkan".
Jawapan yang diberikan oleh seseorang yang berjiwa besar. Tersirat maksudnya.
Sudah pasti, jika ingin melahirkan zuriat yang berkualiti, ibu bapa seharusnya menjadi yang berkualiti terlebih dahulu.
Semua itu bermula dari pembentukan diri mengikut ajaran Islam.
Ya! Memang kelihatan sukar. Namun, perkara yang sukar itulah, dipenghujungnya akan disajikan dengan seribu kemanisan. 
Dan pentarbiyahan itu bermula sekarang. 
Kerana matlamat kita adalah ingin membina masyarakat muslim yang akan membentuk kerajaan muslim. Masyarakat yang muslim pula lahir daripada keluarga-keluarga yang mengamalkan kefahaman Islam seperti yang dibawa oleh junjungan besar, Muhammad S.A.W. Dan seharusnya ianya bermula daripada individu muslim.




*Peringkat-peringkat pembinaan.*


P/s: Tahun ini, usia bakal meningkat. Angka 0 bakal digantikan dengan angka 1.
Teringat Sultan Muhammad Al Fateh. Pada usia 21 telah membebaskan constantinople dari penjajahan kuffar.
Sedangkan aku?
* Masih mencuba membebaskan diri daripada penjajahan jahiliyyah dalam diri* -kerdilnya aku-*






















No comments: