Tuesday, February 8, 2011

Thanks God, you are still alive!

Bismillah. Alhamdulillah. 


Percutian selama seminggu telah berakhir. Bersama keluarga, siapa yang tidak teruja. Minggu terakhir sebelum cuti pertengahan semester bermula, ditempuh dengan begitu semangat.
Seperti biasa, kata-kata pensyarah yang telah lali di telinga kami, berulang lagi.


'Ok, hope to see you alive'. Dan kata-katanya kami sambut dengan gelak ketawa. Lucu pada perkiraan kami. Dan cuti seminggu itu kami lalui tanpa tanpa kami sedari, bahawa usia kami mendekati mati.



Dua hari sebelum perkuliahan bermula, ketika kami sedang bergelak ketawa, pesanan ringkas yang diterima, ternyata sungguh menyesak jiwa. Salah seorang diantara kami, telah tiada. Mendahului kami bertemu Rabbnya. Sayu yang dirasa.

Perkuliahan pada isnin yang berikut, tetap diteruskan.

'Thanks God, you are still alive'. Kata-kata yang sama berulang kembali.
Di dewan yang sama, pada waktu yang sama, namun salah seorang daripada kami, telah tiada.
Namun, masih ada yang ketawa.

Aku sedikit tersentak. Umur yang semakin meningkat semakin menghampiri tarikh 'expired'nya. Namun, langkah yang ku aturkan seringkali tersasar. Terpelecok barangkali. 

Sahabat kami telah mendahului dalam bertemu kekasihnya. Mungkin Sang Kekasih  rindu akan dia, maka diambilnya awal untuk berjumpa dengan DIA.

" Wahai jiwa2 yang tenang. Kembalilah kepada tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhaiNya. Maka masuklah kedalam golongan hamba2Ku. Dan masuklah kedalam syurgaKu."
(Al-Fajr:27-30)

Dan hari ini, kami masih dihidupkan, Yes, Alhamdulillah, we are still alive. Moga-moga, kita masih dihidupkan dalam nikmat iman dan islam dan juga kita masih dihidupkan dibawah rahmat dan kasih sayang Allah. 

~Buat sahabat yang telah mendahului kami, moga rohnya ditempatkan bersama para syuhada' dan orang-orang yang soleh. Semoga sebaik-baik ganjaran kepadanya. Ya Allah, berkatilah sahabatku ini~




1 comment:

Umaidah Finduilas said...

kita selalu prihatin tntg
tarikh exam,
tarikh besday org tsyg,
tarikh perayaan,
tarikh abang akan naik ke jinjang pelamin,
tarikh nk balik bcuti,
sbb kita dh tahu,
jdi sentisa trnnti,
tpi..
yg tak tahu,
tarikh mak akn diambil olh Allah,
tarikh kita akan ditimpa musibah,
tarikh dunia akan tiba penghujung putarannya,
tarikh kita bertemu dgnNya...
kita x prihatin,
kita x bersedia,
utk menghadapi tarikh2 yg belum pasti,
tiba2..
bagaimana jika tarikh2 ini adalah..
esok?
mlm ini?
saat selepas ini?
Bersediakah kita?


peringatan ini khas utk diri sendiri, dan bhjt utk berkongsi di blog yg best ni