Friday, February 25, 2011

Quba' yang megah.

Alhamdulillah. Segala puji hanya kepada Allah.

Sahabat: Eh, kampus awak ada masjid tak?
Saya: Tiada.
Sahabat: Tapi, saya ada nampak bangunan yang ada kubah. Tu bukan masjid ke?
Saya: Eh, takla. Tu bukan masjid, tu Canselori.
Sahabat: *ketawa*. 
Saya: ??
Sahabat: Masjid tiada, kubah ada. Lawaklah!
Saya: '-_-

****** dialog lampau******

Canselori USIM.
12.45 tengah hari.
Sempat saya ke kolej kediaman 1 untuk berjumpa dengan sahabat-sahabat yang menetap di sana.
Setibanya di sana, suasana yang agak meriah saya kira. Kereta berpusu-pusu masuk ke kawasan penempatan asrama.
Saya mula menimbang-nimbang.
Saya kira, perarakan sempena Maulidur Rasul telah berjalan lancar dengan jayanya.
Persoalan saya, akhirnya terjawab juga.

Dan, segala puji itu hanya bagi Allah.

Ternyata, surau kolej kediaman 1 telah mula beroperasi bagi menunaikan solat Jumaat.
Walaupun bukan saya yang ditaklifkan untuk menunaikan solat Jumaat, namun saya bersyukur bagi pihak mahasiswa.
Bagi yang tiada kenderaan, semakin mudah bagi mereka untuk menunaikan solat Jumaat.
Tiada lagi masalah ketinggalan bas dan sebagainya.
Dan segala puji itu, hanya bagi Allah.

Mahasiswi pula, berpeluang untuk mendengar khutbah yang disampaikan, walaupun hanya sayup-sayup kedengaran.

Dahulu, saya sering merendah diri, apabila diperlekehkan oleh sahabat-sahabat dari kampus yang berlainan mengenai kubah 'masjid' yang terletak elok di atas canselori. Namun, kini, selaut kesyukuran saya panjatkan.

Walaupun surau itu tiada kubah diatasnya. 
Biarlah kedudukannya hanya di atas kafeteria sahaja.
Namun, jauh di sudut hati saya, ia tetap Masjid Quba' yang tersergam indah.
Moga-moga, kita mampu memanfaatkan 'masjid' ini sebaik mungkin.

Dan segala puji itu hanya kepada Allah.

p/s: Quba' tanpa kubah yang sungguh megah.

25.02.11
21.53 pm.





No comments: