Friday, February 25, 2011

Sedang diperhatikan.

Hajat di hati, mahu ke kolej kediaman 1 untuk mengadakan liqo' bersama sahabat-sahabat. Sudah berjanji. Namun waktu perjumpaan sudah semakin menghampiri. Teringat salah satu muwassafat tarbiyah yang sering kali menghiasi wallpaper notebook.

'Menepati waktu'.

Saya semakin cemas. Khuatir jika menyebabkan sahabat-sahabat yang perlu dijaga hatinya menunggu terlalu lama.

'Enti nak pergi mana ni? Nak tumpang ke KK1 boleh tak?' Saya bertanya. Memancing simpati. Moga-moga saya ditumpangkannya.
'Ana tiada helmet' pendek dia menjawab.
'Kalau kita gamble je naik tiada helmet boleh?' saya bertanya lagi.
'Hmm.. ok. Naik je lah'. Muktamad.

Kami ke KK1 dengan saya tidak memakai helmet. Sungguh, perasaan takut yang saya rasakan. Dari Fakulti Kepimpinan dan pengurusan, melalui jalan yang jauh, sungguh mendebarkan.
Saya merasakan pergerakan kami diperhatikan. 
Kepala saya ditoleh ke kiri dan kanan. Mencari-cari kelibat polis peronda. Khuatir dikenakan denda.
Dan akhirnya, saya selamat tiba.
Tersenyum kepuasan saya akhirnya.

Saya terfikir, kalaulah kita mampu merasakan bahawa Allah sentiasa memerhatikan kita, sebagaimana apa yang saya rasakan ketika menaiki motor tanpa helmet, sudah tentu, tiada satu pun maksiat yang berani kita lakukan. 
Dia Yang Maha Melihat


Sudah tentu tiada wanita yang didapati memakai pakaian yang mendedahkan aurat.
Sudah pasti, lelaki dan wanita tidak akan berdua-duaan. Kerana mereka tahu, jika mereka berdua, yang ketiga Yang Maha Melihat adalah Allah. Tidak perlu menunggu pegawai pencegah maksiat untuk datang menyerbu.

Namun, sebagai manusia kita sering alpa. Bahawa Allah itu maha melihat segala. 


Antara sifat-sifat Allah. Basar.
Nama-nama Allah, diantaranya; Al-Basir, Maha Melihat.


Dan benar, sungguh, Allah itu Maha Melihat.


'Oh, Dia sedang melihat saya'


-25.02.11-
-20.28-


P/s: ini adalah artikel tertunggak. (-_-)

No comments: