Saturday, October 1, 2011

Teman baru.

Bismillah,


Selawat dan salam ke atas junjungan tercinta Muhammad S.A.W.


Alhamdulillah di atas segala-galanya. Semakin meniti hari, semakin banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada saya.


Baru-baru ini, saya mendapat teman seperjuangan yang baru. Saya namakannya Mus'ab. Moga-moga dengan adanya Mus'ab, pergerakan saya akan semakin melaju. 


Mus'ab akan sentiasa mengingatkan saya kepada seorang sahabat yang sanggup meninggalkan segalanya kerana keimanannya kepada Allah dan Rasul.


Dan saya ingin sekali menjadi seperti Mus'ab. Moga-moga saya bisa.


Dengan segala nikmat yang Allah kurniakan. Saya terfikir. Adakah segala nikmat itu saya gunakan sebaiknya untuk Islam.


Jika tidak, maka saya telah kufur nikmat!


P/s: Saya akan cuba untuk memanfaatkan kehadiran Mus'ab dalam hidup sebaik mungkin. 


.::Mus'ab::.








Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dalam ketaatan kepadaMu.

2 comments:

Saya Sarah said...

sapa tuu?xfhm, kiasan tinggi sgt.

Anonymous said...

Ain, saya rindu untuk ke taman itu lagi bersama kamu dan mus'ab. :)
Menutur kalam cinta kepada Rabb yang Esa..
Sungguh..di situ cinta menguntum mekar.
Moga terus istiqamah meneruskan langkah..