Sunday, May 2, 2010

Cinta kerana Cinta

Permulaan, bismillah.
Berada dalam fatrah peperiksaan. Ujian dunia. Kemudian di uji pula dengan ujian tidak mendapat tempat di asrama. Juga ujian. 
Alhamdulillah, ujian mendidik sikap kebergantungan kepada Allah. 
[sekadar selingan]

***************************************
Pagi hujung minggu, di habiskan dengan menyiapkan esaimen yang tertunggak. Fatrah peperiksaan bersama esaimen tertunggak! Sengaja saya membuka Yahoo Messanger saya.
Tiba- tiba seorang sahabat menyapa.

Sahabat: Ana sayang enti!
Saya: ???
Sahabat: Sungguh, ana sayang enti.
Saya: Ana pun sayang enti, tapi dari dulu lagi. :)
Sahabat: Kenapa enti sayang ana?
Ana: Ada banyak sebab.
Sahabat: Sila nyatakan. :))
Ana: Sebab, ana sayangkan orang beriman, disebabkan itu, ana sayang enti.
       Kedua, ana sayangkan orang yang sayangkan Allah, sebab tu ana sayang enti.
       Ketiga, ana sayangkan orang yang berjuang di jalan Allah, sebab tu ana sayangkan enti.
       Keempat, ana sayangkan orang yang baik akhlaknya, disebabkan itu, ana sayang enti.
       Kelima, enti suadara ana di dalam beragama, sebab tu ana sayang enti.
       Ana memang sayang enti!

Tersenyum saya mengenangkan sahabat-sahabat saya. Sungguh, sahabat di dalam perjuangan tiada galang gantinya.
'U*** ****** is online.'
Seorang sahabat online.

Saya menegurnya sebagaimana sahabat saya menegur saya tadi.
Saya: Saya sayang kamu!
Sahabat 2: Tipu!
(dalam hati saya, eh, cakap orang tipu pulak)
Sahabat 2: Cuba buktikan.
Saya: .........
       Allah cintakan orang beriman, saya cintakan Allah, disebabkan itu, saya cintakan awak!
Sahabat 2: Sejauh manakah kecintaan awak pada Allah?
Saya: (terkelu)
        Saya akan cuba untuk mencintai Dia,walaupun saya tidak layak untuk mencintai Dia.
        Kerana, Dialah segala-galanya. Saya akan berusaha untuk mencintai Dia.
Sahabat 2: Teruskanlah dalam mencintai Dia.

Kami berhenti setakat itu. Tidak semena-mena, rasa sayu bertandang dihati.
'betulkah apa yang aku omongkan tadi?'
Betulkah kecintaan saya kepada Dia melebihi segala-galanya? Atau sekadar omongan sahaja. *astaghfirullah*
Saya mula menghitung diri.
'Adakah benar kau mencintai Dia?'
'Ya! Benar.'
'Sejauh manakah?'
'Sanggupkah kau melebihkan Dia dari segala-galanya?'
'Pabila kau di uji, sanggup kah kau menerima dengan redha?'
'Mampukah kau sentiasa bersangka baik denganNya?'
Dialog di dalam diri saya. Saya mula menghitung. Dan, saya akan berusaha.
Saya akan berusaha.  *Moga usaha saya dipermudahkan*

Pabila mengenangkan dialog-dialog diatas, saya bersyukur. Bersyukur kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkan saya kepada Allah. Saya bersyukur mendapat mereka. Syukur yang tidak terhingga. 



Teringat kisah yang berlaku di zaman Rasulullah, ketika mana seorang sahabat memberitahu Rasulullah akan rasa kasihnya kepada sahabatnya yang lain, lantas baginda bertanya kembali, 'adakah engkau telah memberitahu akan rasa kasihmu kepada sahabatmu?' Sahabat kemudiannya mengatakan belum menyatakan lagi akan rasa kasihnya kepada sahabatnya, Rasullah lantas bersabda: 'Pergilah kamu kepadanya dan nyatakanlah rasa kasihmu kepadanya'.

Saya begitu terkesan dengan kisah ini. Dan sesungguhnya, saya amat mengasihi sahabat-sahabat saya, yang apabila saya memandang wajah mereka, saya teringatkan Allah. Pabila berbual dengan mereka, saya teringatkan Allah. Saya teringatkan hakikat kehidupan saya yang sebenar di atas muka bumi ini, apabila saya bersama mereka. Saya amat sayangkan mereka.
Teringat matan sebuah hadith mengenai salah satu tanda-tanda halawatul iman:
"Tidak menyintai saudaranya, melainkan menyintai saudaranya kerana Allah."

Dan buat seluruh sahabat-sahabat saya,samada di mana-mana kos sekalipun, di mana-mana institusi pengajian,moga-moga kita saling kasih mengasihi kerana Allah.

***************************************
Catatan  melepaskan lelah menyiapkan esaimen di petang hari :)





5 comments:

nisa said...

salam ya ukhti..

nice entri..

teringat sahabat2 seperjuangan..
indahnya ukhuwah jika bersulamkan ketakwaan padaNya..
sahabat yg baek adlh shbt yg menegur kita ktika mana kita mlakukn sesuatu yg m'jauhkn diri kita dariNya..

salam ukhuwahfillah ya ukhti..

Ainsolehah said...

ainsolehah to nisa jayyidah:)

Syukran ukhti, sudi ziarah blog ini. Moga ukhwah yang dibina membawa kita bersama-sama ke jannah,agar bisa kita menyambung perhubungan ini hingga ke syurga yang abadi. Ameen3~

Salam ukhwahfillah kembali ukhtiku fillah :)

zaty~ said...

zaty wase, zaty taw sape shbt ain tu. hehe~ betul dgn kate2 shbt kite tu. zaty bley nmpk, kite ni syg kat benda yg kite ley nmpk, ley sentuh melebihi dgn yg maya. tapi ketahuilah, syg kepada Allah lebey penting, berdoalah moge cinta kepda Allah dpt kite semaikan dlm hati kite. amin~ ain, sy syg awk. hehe~ moge ukhuwah kite diredhai oleh Allah. ;D

Umaidah Al-Abid said...

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

Barakalah 'alaiki..
moga2 kecintaan pada Allah mengatasi kecintaan pada manusia.

Cinta Pada Allah..
Mudah diungkap dgn lidah yg lembut
Sukar dirasai dgn hati yg keras
Mudah2n ianya terus menjadi doa untuk kita..

Jazakallah ukhti t'cinta..

Ainsolehah said...

Ainsolehah to zaty:
Zati, syukran sebb sudi2 jenguk blog ain.:) Betul apa yg awak katakan. Terima kasih atas ingatan tersebut. Saya pun sayang awak jugak. Sayang sangat2:)

InsyaAllah, ameen2~

Ainsolehah to umaidah:
Ukhtiku yang dikasihi. Terima kasih sudi menziarah dan juga meninggalkan kata2 hikmat disini. Moga ukhwah kita berkekalan.
Mari sama2 dahulukan cinta Illahi. Moga2 cinta Illahi membawa kita kepada cinta insani dan membimbing kita menuju redha syurga firdausi. Ameen3~

Uhibuuki, ukhtiku fillah. :)
Syukran~