Sunday, May 16, 2010

Kata mereka..

Kehidupan sebagai seorang anak, adik, dan juga pelajar. Pengalaman tentang kehidupan.
Kata si anak, menuntut ilmu adalah berjuang. Izinkanlah anakmu ini berjuang. Perjuangan demi sebuah perjuangan.
Kata si ibu, berjuanglah anakku. Kalau itu yang kamu mahu. Berjuanglah jika itu yang terbaik untukmu. Ibu redha.
Kata si ayah, pergilah. Cuma, moga dirimu selamat sentiasa.
Kata sahabatnya, berjuang bersandarkan semangat semata-mata adalah sia-sia. Kerana semangat kan bisa luntur. Berjuang hendaklah berilmu. Kerana ilmu kan melahirkan kefahaman dan juga semangat. Oleh itu, bacalah,belajarlah.
Perjuangan itu membutuhkan sahabat. Terasa sukar berjuang sendirian. Namun, ukhwah bukanlah asbab perjuangan. Perjuangan itu adalah kerana Allah.
Namun, kata kakak, ukhwah itu indah,jika ianya kerana Allah. Serendah-rendah ukhwah adalah berlapang dada, dan setinggi-tinggi ukhwah adalah ithar[melebihkan sahabat daripada diri sendiri].
Kata abang pula, cara untuk merawat hati adalah dengan mendampingi 'alim ulama' dan juga orang-orang yang beriman. Hati yang bersih adalah penting di dalam meneruskan langkah sebuah perjalanan. Katanya lagi,
إن السعادة كل سعادة طول العمر في طاعة الله
'sesungguhnya kebahagiaan dan kemuncak segala kebahagiaan adalah ketaatan kepada Allah di sepanjang kehidupan'.
Kata ustaz pula, mereka yang mempelajari ilmu agama adalah seorang dai'e. Dan seorang dai'e itu adalah doktor.
Kata dia pula, doktor yang bagaimanakah?
Jawab ustaz, doktor yang akan merawat penyakit-penyakit yang dihidapi oleh masyarakat di sekelilingnya. Doktor yang akan mengubati kelelahan yang menimpa pemudanya. Namun, 'doktor' itu harus berjaga-jaga dan berhati-hati agar diri sendiri tidak dijangkiti penyakit. Khuatir. Khuatir akan hilang kewibawaan untuk merawat masyarakat yang berpenyakit,sekiranya doktor itu sendiri yang mempunyai penyakit.
Dia men'cerna' kata-kata yang diperolehi.
Kata ustazah pula, tiada masa bersenang lenang bagi seorang dai'e. Tiada. tambahnya lagi, jangan terbuai oleh mimpi dan angan yang tidak pasti. Kerana tugas kita adalah,'islah nafsi, wad'u ilal khoiri'.
Perjalanannya diteruskan. Persinggahan yang sebentar di rumah sahabatnya,memberikan sedikit pengalaman dan juga pengisian.
Kata ayahandanya, jangan jemu menuntut ilmu. Ilmu yang di dada ibarat setitis air di lautan cuma. Ilmu itu ibarat harta milik orang islam. Maka, kutiplah ianya, di mana sahaja kamu terjumpa. Katanya lagi, barangsiapa yang berkehendakkan dunia, maka dia akan beroleh dunia semata-mata. Dan barangsiapa yang berkehendakkan akhirat, maka dia akan memperolehi kedua-duanya[dunia dan juga akhirat]. Bukankah Allah itu maha kaya, dan juga kaya dengan sifat pemurahNya?
Kata sang murobbi yang di kagumi, tiada hijrah selepas penghijrahan dari Makkah ke Madinah. Hijrah yang ada, cumalah penghijrahan meninggalkan perkara yang ditegah Allah. Penghijrahan dalam membaiki diri. Dari malas kepada rajin. Dari takut kepada berani. Beliau berkata dan berpesan sebagaimana Rasul junjungan telah berpesan, 'bacalah,hayatilah, fahamilah dan hafazlah Al-quran, jika kamu benar-benar seorang pemimpin'. Kerana di dalam Al-quran terkandung segala-gala. Tambahnya lagi, berwaspadalah terhadap tiga perkara, iaitu, harta[al-mal], wanita[al-mar ah] dan juga pangkat[al jahu].
Begitu banyak pesanan dan nasihat yang dia perolehi. Kata-kata yang mereka berikan kepadanya telah membuatkan dia mengerti dan semakin mengerti bahawa, perjalanannya baru sahaja bermula. Dan sesungguhnya perjalanannya masih jauh dan terlalu jauh. Moga-moga dia terus kuat dan tsabat dalam melangkah. Sebagaimana mujahid dan mujahidah yang terdahulu. Sebagaimana sahabat-sahabatnya yang lain. Moga-moga. InsyaAllah.  

1 comment:

tok pulai chondong said...

Jaulah akli. nikmatilah pelbagai jenis makanan itu....
kasiratul sohibul furdhoh, fi hazihi jaulah.. -)))