Tuesday, May 11, 2010

Islamkah kita?

Permulaan, Bismillah.
Semester kedua telah melabuhkan tirainya. Semester pendek pula telah menampakkan bayang-bayangnya. Kelelahan menduduki peperiksaan masih terasa. Ditambah pula dengan jadual semester pendek yang bakal bermula beberapa hari lagi, meyebabkan ramai yang merungut. Termasuk diri saya sendiri. Namun, saya terlupa, menuntut ilmu ini adalah satu ibadah, jika ianya dilakukan kerana Allah. Bukan sahaja menuntut ilmu, apa-apa pekerjaan sekalipun jika dilakukan kerana Allah,pasti akan dikira disisiNya,InsyaAllah.


***************************************
Kebiasaannya, pelajar muslimat di USIM selalu diuji dengan ketiadaan bas,kekurangan bas dan tidak kurang jugak, beberapa orang pemandu bas yang kelihatannya seperti mogok. Bas yang wujud, tetapi tersadai tidak mahu bergerak. Mungkin, mereka mempunyai alasan-alasan mereka tersendiri, sedangkan kita tidak mengetahui. [Marilah berbaik sangka].
 
Situasi pertama:


'Alamak, pak cik garang ni la. Takpe2. InsyaAllah,Pak cik ni ok' [monolog dalam hati]
'Assalamualaikum. Pak cik, bas ni pergi kampus tak?' seorang akhowat bertanya.
'Pergi. Tapi lambat sikit la. Pukol 3.30 baru gerak.' Driver bas tu menjawab.
Jam pada masa itu menunjukkan pukol 3 petang.
'Tak pe la pak cik. Pak cik relaks2 dulu. Saya tak kisah pun. Lagipun, saya yang lambat. Bukan pak cik.' dia menambah. Goreng pisang dibeli.
'Pak cik, nak goreng pisang tak?' dia bertanya. Sangkanya pak cik tersebut akan menolak.
Sangkaannya meleset. driver tersebut mengambil. Berborak2 sepatah dua.
3.15 pm. Bas bergerak bersama 4 orang penumpang sahaja!


Situasi kedua.


Mereka berlari-lari anak. Mengejar bas untuk ke stadium. Peperiksaan yang pertama bakal diduduki petang ini. Mujur sebuah bas berhenti.
'Eh, ni pak cik garangla.' sahabatnya tiba2 bersuara.
'Tak pe. Pak cik ni baik je'. Dia meyakinkan.
'Pak cik, nak pergi stadium'. Dia bersuara.
'Boleh. Tapi, pak cik hantar kat luar je la ye.' Pak cik tersebut membalas dengan muka yang serius.
'Boleh je pak cik. Pak cik sudi ambil kami kat sini pun, kami dah bersyukur.' dia menambah.
Pak cik tersebut kelihatan terdiam. Berborak-borak sepatah dua. Akhirnya, tiba di stadium. Bas yang dijangka akan berhenti dihadapan pagar, membelok dan menurunkan penumpangnya di dalam kawasan stadium.
'Terima kasih pak cik. Moga-moga pak cik dirahmati.' kata-kata tersebut dilafazkan sambil menuruni anak tangga.


**********************************************
Mari kita teliti kedua-dua situasi diatas. Saya sendiri yang melihat bagaimana, seorang akhowat bermain 'tarik tali' dengan pemandu bas yang sering dianggap garang oleh semua pelajar. Dalam diam, pelajar tersebut telah memenangi 'perlawanan' tersebut dengan hanya menggunakan tutur kata dan adab yang sopan.
Hakikatnya, tanpa kita sedari, dalam menghadapi kekalutan mahupun masalah, kita sering terlupa etika2, cara2 mahupun adab2 yang dituntut oleh Islam ketika bermuamalah. Manusia kadang-kadang terlalu mengikut perasaan tanpa memikirkan akibat yang berkemungkinan terjadi, hasil daripada tindakan kita tersebut.


Pengalaman pulang ke kampung halaman menaiki KTM cukup menginsafkan saya. Disebabkan keadaan penumpang yang agak padat, seorang wanita yang agak berusia telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap didengar, lantaran mengalami kesukaran untuk memboloskan diri keluar daripada KTM apabila telah sampai ke destinasi.
Saya terfikir, apakah salahnya sekiranya anak2 muda yang hendak masuk ke dalam KTM memberi ruang kepada wanita tersebut untuk keluar? Dan saya memikirkan, apakah salahnya, andaikata wanita tersebut menuturkan kata-kata yang sedap dan molek didengar? 
Apakah salahnya, andai salah satu dari dua pihak yang terbabit bersabar dan mengalah? Apakah salahnya? Bukankah Agama islam itu datang secara lengkap dan menyeluruh? Dan saya teringat akan sebuah hadith, mafhumnya: bukanlah daripada umatku[ umat Nabi Muhammad] sesiapa yang tidak menghormati yang tua dan tidak mengasihi yang muda. Baginda rasul amat menitik beratkan akhlak islamiyyah, kerana baginda sendiri adalah seorang yang berakhlak mulia. Firman Allah S.A.W; 'Sesungguhnya, telah ada pada diri Rasulullah itu, suri teladan yang baik bagimu...' [surah al ahzab:21]. 
Daripada kisah yang berlaku di KTM, saya teringat ungkapan kata-kata seorang bijak pandai, iaitu Luqmanul Hakim. "Wahai anak-anakku, barangsiapa menyatakan bahawa kejahatan boleh memadamkan kejahatan, suruhlah dia menyalakan dua api, kemudian suruhlah dia melihat apakah api yang satu boleh memadamkan api yang lain. sesunguhnya kebaikan itu akan memadamkan kejahatan seperti mana air memadamkan api."


Ajaran agama Islam meliputi semua aspek kehidupan. Dari sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara. Penekanan diberikan termasuklah dari adab makan sehinggalah melibatkan perkara haji, solat dan sebagainya. Lihatlah betapa syumulnya agama Islam. Semua perkara dititik beratkan tidak terkecuali sedikit pun. Maka rugilah kita yang beragama Islam ini sekiranya kita gagal untuk mengamalkan ajaran agama Islam ini dengan sebaiknya. Setulus hati kita. Dengan kefahaman. Dengan penghayatan. Marilah kita bersama-sama bertanya kepada diri kita, adakah islam yang ada pada kita, hanya Islam turun temurun, Islam hanya pada kad pengenalan ataupun Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia sahaja? Jika ianya begitu, maka rugilah kita. 
Marilah bersama-sama koreksi diri. Saya dan juga anda. Ana mahupun enta,enti. Ayuh, koreksi diri. Moga setiap apa yang kita lakukan mendapat bimbingan dari Allah. InsyaAllah.


Sekadar coretan sempena berpindah ke kediaman baru di semester baru :)


P/s: Yang merah itu saga, yang kurik itu kendi, yang indah itu bahasa, dan yang cantik itu budi pekerti~


 

3 comments:

Anonymous said...

achik : ain,, pasal kat ktm tu aku dah lali..esp kat kl sentral..kat situlah kita dapat tgok mcm2 karenah..by da way maybe yg rush tu ada got something to do !
papepon rush mane pon akhlak kenela jaga..
peringatan tuk aku gak..

Ainsolehah said...

Ain to achik yg dirahmati:

betul tu chik..insyaAllah, mari sama2 kita berusaha menjaga akhlak kita:)
Terima kasih atas pandgn yg juga merupakan peringtn untuk kita bersama. syukran~

tqa.awesome said...

klo akhlak yg baik dah sebati dlm diri,
mne2 pegi pon boleh bawak diri kan?
mne2 pegi pon boleh jage peribadi.
inshaAllah~

sme2 tanam aura2 positif dlm diri.
huhu~
nice pOst!!